Dear Diary,
Another entry about food... (nampak sangat azam menurunkan berat badan tak akan berjaya.... :"> )
Entry ni tentang satu lagi kuih tradisional yang berasaskan ubi kayu. Pada musim tengkujuh ni, kuih-muih berasaskan ubi kayu memang glamer. Salah satu kuih glamer apabila musim tengkujuh tiba adalah Putu Halba. Mama pernah buat entry tentang Putu Halba semasa cuti berpantang bersalinkan Nuha. Masa tu pun musim banjir sebab Nuha lahir bulan Oktober.
Selain putu halba, ada satu lagi kuih yang bahan asasnya ubi kayu iaitu Bungkus Manis. Mama panggil kuih ni Bungkus Manis, tapi mungkin dikenali dengan nama lain oleh orang² negeri lain.
Petang semalam Nek Mi buat Bungkus Manis ni, special request oleh Tok Pa. Mama catatkan resipi dan cara² membuatnya supaya satu hari nanti kalau Mama nak buat, resipinya akan kekal dalam diari Mama ni... :)
BAHAN-BAHANNYA :-
Ubi kayu yang diparut
Gula Melaka secukup rasa
Sedikit garam
Santan
CARA-CARANYA :-
Panaskan gula melaka dengan santan dan sedikit garam sehingga larut. Gaulkan bahan yang dipanaskan tadi dengan ubi kayu yang diparut. Bungkus adunan tadi dalam daun pisang. Kukus sehingga masak.
Adunan ubi kayu parut, gula melaka dan santan. |
Bungkus dalam daun pisang yang yang telah disalai untuk melembutkannya supaya senang dilipat. |
Taraaaaa..... Kuih Bungkus Manis. :-* |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan