Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Tahun 1438H!
Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.
Tqvm pencipta imej! |
Dah berapa tahun berturut-turut, keluarga kita terlepas waktu sahur pada hari pertama puasa. Namun tahun ini Alhamdulillah.... berjaya bersahur pada hari pertama berpuasa 😁. Kebetulan sahur kali ni Cecenor ada... dia yang tolong kejutkan Mama yang nyaris-nyaris terlepas waktu sahur juga kalau tak dikejutkan.
Baba bagitau dia dah terjaga juga, sejak jam 4 pagi lagi... tapi kalau tak kejutkan Mama, takde gunanya! 😬
Pagi tadi sahur dengan ayam masak lemak kuning, telur masin, sayur goreng campur dan sambal bilis. Pagi esok nak sahur dengan apa pulak ye? Baru dua hari puasa dah pening memikirkan menu apa nak masak untuk sahur....hmmmmmmmmmmmm 😵
Selamat berpuasa k.long & family...
BalasPadamBoleh pulak tak jaga sahur ye hikhik :)
Setiap tahun k.zack, puasa hari pertama mesti miss sahur. Tahun ni, rekod berjaya sahur hari pertama puasa. Ummi pun berapa kali call kejut bangun sahur...kunci jam hpon pun boleh tak dengar.
Padam