Hari ini kebetulan cuti Hari Wesak, Ajmal keluarkan ayat pertanyaan sekaligus dengan ayat kenyataan dan permintaan, "Mama dah dapat gaji kan? 25 haribulan kan Mama dapat gaji. Dah lama kita tak ke POPULAR..." 😏
Dua atau tiga bulan sekali Mama akan bawa anak² ke kedai buku. Mama mengaku memang dah lama since last time kita ke kedai buku. Pergi kedai buku BookTalk pun hanya beli stationeries. Dah lama tak beli buku. Ok lah...jomlah kita membeli buku di kedai buku POPULAR aka HARRIS @ AEON Tebrau City! Anak² suka ke sini kerana banyak pilihan.
Kebiasaannya, Mama memperuntukkan RM100 untuk membeli buku setiap kali ke kedai buku, dua bulan sekali sahaja... Mama kena berjimat cermat untuk komitmen dan simpanan yang lain juga.
Ambil masa hampir satu jam memilih buku. |
Ambil, belek, letak. Ambil, belek, letak. Hampir 10 pusingan lah... |
Ini hasil tangkapan hari ini... |
Kedai buku ni bukan setakat jual buku... mainan, gula² dan kad permainan semua ada. Hilang kesabaran melayan kehendak Si Atif nan seorang... Sabor je laaaaa.... 😓😥😫
Tiada ulasan:
Catat Ulasan