Ermmmm, aktif pulak Mama melakar kenangan di sini dua tiga hari ni... 😃😄
Hari Guru telah 3 hari berlalu, namun disebabkan tarikh 16 Mei 2018 ni jatuh sehari sebelum Awal Ramadhan 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439H, sekolah agama dan sekolah kebangsaan menyambut sambutan Hari Guru serentak pada waktu pagi 16 Mei tu... Maklumlah, esoknya dah nak puasa.
So, Ajmal dan Nuha memilih untuk hadir sambutan Hari Guru di sekolah agama memandangkan mereka bersekolah sesi pagi di sekolah agama. Kata Ajmal, kalau dia hadir sambutan sekolah kebangsaan, guru² sesi petang takde, tak dapat juga nak serahkan hadiah pada guru² yang mengajar dia di sesi petang. Jadi, baik dia ke sekolah agama, boleh sambut dan bagi hadiah kepada Ustazah sekolah agama yang mengajar dia di sesi pagi. Nuha pun setuju sebab mereka berdua sama² sesi pagi sekolah agama, dan sesi petang sekolah kebangsaan.
So, esoklah baru Ajmal dan Nuha boleh bagi hadiah hari guru kepada guru² sekolah kebangsaan. Seperti tahun lepas, Mama belikan pewangi jenama Fleur kepada semua guru² yang mengajar anak²... Pewangi ini boleh digunakan samada dalam kereta, dalam rumah, kat pejabat pun boleh...sangat wangi, lebih² lagi pewangi yang nama Honey Paris. Buka je kereta, semerbak bau dia. Tidak memeningkan kepala dan menyesakkan pernafasan... Sempat lagi Mama buat iklan ye... 😜
Haaaa...ini Honey Paris, mengandungi pati honey dew. Letak dalam kereta, memang menyegarkan. Baunya bukanlah seperti ada buah honey dew busuk yang terperap dalam kereta terlupa nak bawa keluar. 😂 |
Sehingga Darjah 6, Ajmal dan Nuha akan bagi hadiah pewangi Fleur ni kepada guru² setiap kali Hari Guru... 😅😅😅
Sedia untuk dibawa ke sekolah esok. Terima kasih Cikgu. Jasa dan baktimu sewangi bauan Fleur... 😍😆 |
Sekarang dah pukul 12 malam, dah masuk hari ke-4 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, tahun ini kita sekeluarga akan cuba istiqamah seperti amalan tahun lepas. Semenjak hari pertama, kita hadir awal ke masjid seawal jam 6.30 petang. Kita membawa sedikit juadah kuih untuk bekalan berbuka puasa di masjid. Semasa menunggu waktu berbuka, semua jemaah masjid berzikir dan bertahmid diketuai oleh Imam. Ada juga yang membaca Al-Quran. Mama pun ambil kesempatan ini untuk membaca Al-Quran. Mama dah baca Juzuk ke-6.
Mama dan Baba sangat menyenangi cara ini. Mungkin ada yang berpendapat, orang² yang berbuka puasa di masjid ini orang miskin atau orang kedekut. Tapi bagi Mama, semenjak kita sekeluarga menjadikan amalan berbuka di masjid daripada tahun lepas, ibadah puasa menjadi sangat tenang. Dari segi juadah berbuka, tiada lagi pembaziran sebab kita hanya sediakan sedikit kurma dan kuih untuk mengalas perut sahaja sebelum menunaikan solat Maghrib. Setelah selesai solat Maghrib, semua jemaah masjid dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan. Setiap malam, tanpa gagal, pihak pengurusan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn Johor Bahru akan menyediakan juadah berbuka kepada semua jemaah masjid yang hadir sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas.
Dari segi ibadah pula, tiada lagi rasa malas nak solat terawih sebab memang kita already ada di masjid dan faktor perut yang tidak padat disumbat dengan pelbagai jenis makanan meringankan lagi badan untuk menunaikan ibadah. Namun, hanya mampu terawih 8 rakaat je... Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita di bulan yang berkat ini, Inshaa Allah.
Seusai terawih, kita terus pulang ke rumah sebab Mama nak masak untuk sahur nanti... masak simple² je... Walaupun waktu sahur ni kebiasaannya orang takde selera, tapi Ajmal boleh makan bertambah...hihihiiiiii, semangat betul la Abang Ajmal ni... 😋
Untuk kesekian kalinya, Mama masih berimpian untuk menurunkan berat badan sempena bulan puasa tahun ini... 😅😅
Credit to source 😎 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan