Gigi susu diorang ni kukuh sangat sehingga gigi kekal dah keluar, gigi susu masih tak goyang. Keadaan ini menyebabkan gigi kekal diorang tumbuh tak cantik, tak tersusun..tumbuh berlapis-lapis macam gigi monster. Ajmal dan Nuha alami masalah yang sama.. Atif nanti tak tahulah...
Gigi susu anak² kukuh, masa kecil Mama ngan Baba bangga gigi anak² tak rongak, tak hitam, tersusun cantik je.. Masalah muncul bila gigi kekal mula tumbuh sedangkan gigi susu masih tak tercabut. Semua gigi susu kena pergi dental untuk dicabut. Gigi yang dah bergoyang sikit² tu, dentist guna krim pink tu je untuk kebaskan sebelum cabut. Tapi, bagi gigi yang betul² kukuh tak bergoyang langsung terpaksa dicucuk bius. Kebanyakan masanya, Ajmal dan Nuha memang kena cucuk lah... π«π«
Semalam, bawa Nuha jumpa dentist, cabut gigi depan yang dah goyang. Dalam masa yang sama, dua batang gigi kekal bahagian bawah sudah mula memunculkan diri.. Dentist nasihatkan gigi susu yang masih belum tercabut perlu dibuang supaya gigi kekal dapat tumbuh kat tempat sepatutnya. Nak cabut sekaligus tiga batang gigi Nuha semalam, macam kejam sangat...risau dia trauma pulak. π
Mama rasa, kalau macam ni masalahnya, tak payahlah jaga sangat gigi susu anak²... Biarkan je anak² makan gula-gula, tak payah gosok gigi, biar gigi rongak, biar gigi cepat tercabut..hmmmmmm
Mama bukannya ada duit banyak nak betulkan gigi anak, nak pakaikan braces pula bila diorang besar nanti sebab gigi tak tersusun...adoilaaaaa... Dilema mak² betullaaaa... πππ
Nuha rongak π |
Anak2 kami pun macam tu juga. Gigi susu semua elok lagi sampaikan kena cabut utk bagi laluan pd gigi kekal.
BalasPadamBukan anak-anak je trauma bila kena cabut gigi, mak2 lagi trauma...huhuhuuuuuuu
PadamGigi yang elok pulak tu dipaksa cabut, mcm kena seksa zaman pemerintahan jepun..hahahaaaaa