Semalam Mama dan Nuha telah berjaya membuat satu lagi cookies untuk juadah hari raya iaitu Popia Coklat Nestum @ Choco Stick Crunchy ~nama ni Mama reka sendiri 😋~
Sangatlah senang membuatnya dengan hanya gunakan 3 bahan sahaja.
BAHAN²
Kulit Popia (Mama guna jenama KG)
Coklat masakan (Mama guna Beryls)
Nestum Original
Campuran air dan tepung gandum sebagai gam.
CARA²
Bahagi kulit popia kepada 4 bahagian. Jangan gulung sebesar2 kulit popia yang asal sebab gulungan yang tebal akan menjadikan choco stick keras. Gulung kulit popia dengan straw. Lekatkan gulungan itu dengan campuran air dan tepung. Goreng sehingga kuning keemasan. Toskan minyak.
Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat. Kemudian gaulkan dengan nestum.
![]() |
Cairkan coklat guna kaedah double boil. Mama guna periuk pengukus je... |
![]() |
40 keping kulit popia menghasilkan Choco Stick Crunchy sebanyak ini... Yang belum celup coklat tu sambung malam nanti. Mama dah sakit pinggang. |
Tahniah Nuha dan Mama!!! 👏👏👏
Biskut raya ke-4... Done! 😘
Tiada ulasan:
Catat Ulasan