Today is 19th day of Ramadhan 1439H.
Yesterday was 3rd June 2018, Ajmal's 9th birthday.
Perbualan Ajmal dan Mama pada 1 Jun 2018, di hari Jumaat yang mulia,,,
Ajmal
|
:
|
Mama, Abang nak tanya boleh?
|
Mama
|
:
|
Boleh, tanyalah…
|
Ajmal
|
:
|
Hari ni dah masuk bulan Jun kan? Birthday
Abang bulan Jun kan? Dah dekatlah birthday Abang kan Mama?
|
Mama
|
:
|
Aah la Abang…birthday Abang 3 Jun, hari
Ahad ni birthday Abang.
(Ya
Allah, Mama sebenarnya terlupa, nasib baik Ajmal tanya…)
|
Sekarang ni bulan puasa, so, Mama tak
buat goodies untuk bagi kawan-kawan Abang kat sekolah tau… Hari Ahad nanti
kita pergi berbuka kat Chicken Rice Shop ye, Abang kan suka makan kat situ…
|
||
Ajmal
|
:
|
Ermmmmm, boleh tak kita pergi McDonald je…
Mama boleh belikan kek Red Velvet kat Mc Café tu. Kek tu pun dah ok untuk
birthday Abang.
|
Mama
|
:
|
Hah? Takkan Abang nak buka puasa dengan
burger?
|
Ajmal
|
:
|
Nasi Lemak McD kan ada… nasi juga tu…
|
Mama
|
:
|
Owwwhhhh, ok, ok... Mama setuju. Abang,
Mama tak banyak duit nak beli hadiah mahal-mahal untuk Abang.
|
Ajmal
|
:
|
Abang nak gel rambut je….gel rambut Abang
dah habis…
|
Mama
|
:
|
(Mama
hanya mampu tersenyum, sambil mengusap kepala Ajmal…sambil menahan air mata,
jangan gugur please…)
Ok, nanti kita beli gel rambut ye…yang
bau epal ke?
|
Ajmal
|
:
|
Boleh juga…
|
Mama
|
:
|
(Terima
kasih anakku kerana menjadi insan yang sangat memudahkan ibubapamu.)
|
Semalam, Baba dan Mama mengotakan janji kami untuk bawa Ajmal ke McD. Tempat makan yang bukan istimewa pun kerana boleh dikatakan setiap minggu akan singgah atau Drive Thru untuk membeli aiskrim atau fries...Tapi permintaan anak bujang kami ini sangat terkesan di hati. Ajmal tahu yang ibubapanya bukanlah orang berada kerana setiap kali dia request nak beli apa-apa sahaja, dia akan tanya barang tu harganya mahal ke... Kalau Mama jawab mahal, dia tak akan bertanya lagi...He is so considerate.
Masa Ajmal berumur antara 2-4 tahun, dia sangat suka mainan Ultraman. Dari sekecik patung sampai sebesar dia pun ada... Tapi masa nak beli mainan-mainan tu, kalau Baba bagitau mainan tu tak boleh beli sebab sangat mahal, dia akan akur dan pilih mainan yang lebih murah. He rarely throwing tantrums... Mama bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat senang dijaga dan mendengar kata. Tapiiii.... Atif sedikit berbeza, mungkin sebab dia yang bongsu...but it is another story....
Berbalik kepada cerita birthday Ajmal, semalam lepas solat terawih, kami ke McD Setia Tropika. Ajmal order Nasi Lemak McD, tapi kena tunggu 40 minit. Oitttt, lama tuuuu... So, dia order Ayam Goreng McD je and he is still happy. Mama jangan lupa kek Abang ye, pesannya... 😅😅😅
![]() |
Bila nak snap gambar Ajmal, memang susah sangat dia nak senyum naturally... Yang ini jenis senyuman nak buat passport 🤣 |
![]() |
Suruh dia senyum gaya lain, jadi senyuman jenis malu² 😸 |
![]() |
Ini sengihan...oklah Abang Ajmal, manis leting sengihan ini... 😍😘 |
Budak suka buat muka hodoh dan suka inteprem nih... |
Budak ni interprem lagi... 😁
Selamat menyambut hari lahir yang ke-9 Abang Ajmal. Semoga abang sihat walafiat, dilimpahkan rezeki dan rahmat Allah, membesar sebagai anak yang soleh. We love you soooo much Abang!!! 😘😘😘😘
Happy birthday ajmal dear! Be a good son always ye.. Ingatkan sebaya Fawwaz, 10 tahun.
BalasPadamMuka dia iras k.long lah. Anak mak ni hehe..
Terima kasih Ummi...
PadamDarjah 3, 9 tahun kan K.Zack...Ajmal baru darjah 3. Kalau arwah kakak Hurin ada, dia 10 tahun.