Kebetulan pula kumpulan Mama di group Whatsapp Ukhuwah Pengajian Iqra' yang membaca Al-Quran secara berjemaah sempena bulan Ramadhan ini khatam kesemua 30 juzuk pada tarikh Nuzul Al-Quran... Alhamdulillah. Semoga Allah menerima ibadah kita semua serta mendapat keberkatan dan kemuliaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Tengahari tadi, masa melayan facebook, ternampak Resipi Roti Jala Paling Sedap, Oleh Azie Kitchen. Kalau Chef Azie tu buat jadilah paling sedap, Mama buat jadi paling apa ye...🤔😅
Mama tak pernah buat roti jala. Mama nak cuba buat untuk juadah berbuka puasa hari ni...
BAHAN² :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air + 4 sudu besar santan. (Mama guna santan kotak jenama Kara dan Mama campur dengan ½ cawan susu sejat F&N lebihan buat puding jagung minggu lepas)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar minyak masak
Pewarna kuning (pewarna kuning takde, Mama letak warna pink 😅)
CARA² :
Blend semua bahan di atas. Masukkan dalam acuan, bolehla mula menjala... 😀😀
Kalau adunan keluarnya putus-putus, maksudnya adunan tu pekat sangat. Tambah lagi air sehingga adunan keluar dengan lancar. Mama guna kuali non-stick, so urusan berjalan lancar tanpa ada adegan mengeluh, menjerit dan mencampak adunan ke dalam sinki. 🤣
Hodohnya Mama menjala. Mama menjala pakai botol mineral yang Mama tebuk penutupnya dengan paku. |
Roti Jala Paling Hodoh dengan pasangan sejolinya, kari ayam. |
Walaupun kejadiannya tak cantik, tapi sememangnya ia adalah roti jala paling lemak dan lembut yang pernah Mama rasa... Ngengengeeee.... 😁😁😁
Raya nanti kita boleh buat Roti Jala Paling Sedap ni untuk juadah di pagi raya. 👌👍🤞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan