Resipi ini Mama belajar dari Kak Ina, orang Kedah. Kami berjiran masa Mama menyewa kat Blok LM9, Jalan Enau 20, Taman Daya. She's very nice person... She taught me step by step because she don't want people said that her recipe is 'tak menjadi'... But, people, dun worry... kalau ikut sebijik-sejibik resipi yang Mama kasik ni, mesti menjadi punya!! Dah ramai frens yang amik resipi ni dari Mama, hasilnya... SUPERB!! :p
Then, this recipe specially goes to... Eida!!
Bahan A
1 1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko (terpulang, biasa or van houten ke, or whatever brand)
1 cawan minyak
* Semua bahan A dimasak di atas api kecil. Kacau hingga sebati. Padamkan api, biar sejuk.
Bahan B
3 biji telur - pukul (tak kembang pun takpe...)
sedikit esen vanilla
Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua Bahan C diayak bersama. Nak lagi senang, ayak atas paper (suratkhabar). Senang nak tuang dalam periuk Bahan A nanti.
Campur semua bahan-bahan tadi. Tuangkan telur dalam periuk Bahan A. Tuangkan Bahan C dalam periuk Bahan A, kacau sebati.
Alaskan kertas A4 biasa pada dasar loyang pembakar dengan minyak. Kukus selama 1 jam 30 minit. Selagi tak cukup 1 jam 30 minit, tak payah le asyik dok bukak tutup periuk tuh! Cukup 1 jam 30 minit mesti masak punya. Amik pencucuk, cucuk kat tengah2 kek, kalau takde sisa yang melekat, masak le tu...
Bila kek sejuk letak topping.
Bahan2 topping
3 sudu susu pekat
3 sudu susu cair
3 sudu gula
3 sudu serbuk koko
3 sudu minyak
* Masak hingga agak pekat, tuang atas kek.
Walllllllllaaaaaaaaa... dah jadi kek coklat moist.
So, Eida...untuk door gift wedding anem nanti, kita buat kek ni lam bentuk cup cake. Harap-harap jadi walaupun tak sehebat Junior Masterchef, huahuahua... :p
Recap ~ Week 3, 2025
-
Minggu ke-3 2025 ni minggu akhir Sesi Persekolahan 2024/25. Jadi banyak
aktiviti berkisarkan anak⁴.
15/1 ~ *The girls were getting ready for their* hari a...
Sejam yang lalu
along, sempat ke nak buat??
BalasPadamgud question tuh!! huhuhu :p
BalasPadam