Tapi Ramadhan kali ini sangat berbeza. Ramadhan tahun 2020 ini, kita semua kena duduk rumah, patuhi arahan PKP. Solat jemaah dan solat terawih semua kat rumah. Bazar Ramadhan pun takde...jadi masaklah sendiri. 😅
Semenjak 1 Ramadhan, Mama tak pernah miss buat satu jenis kuih. Terpaksa buat, kena buat...selain untuk santapan family, Mama kena pulangkan pinggan jiran-jiran, Kak Ton dan Kak Fati... 😁. Berkat Ramadhan sempena PKP ni, sebab semua orang berbuka kat rumah je, jadi amalan bertukar-tukar juadah berbuka, dah jadi acara wajib antara rumah kita, Nek Ton dan Kak Fati.
Jom recap kuih-muih yang Mama telah sediakan sepanjang 1-7 Ramadhan 😉😋
1 Ramadhan
Mama bersilat dan tikam-menikam di hari pertama berpuasa ni... buntu memikirkan menu apa yang nak buat berbuka. Al-maklumlah, jarang-jarang masak... 😌🤭 Maka terjadilah kuih Lompat Tikam, kuih tradisional Kelantan. Tok Pa amat menggemari kuih ni. Mama ingat lagi dolu-dolu, kalau Papa pergi Pasar Besar Pasir Mas, mesti dia beli kuih ni... teringat kat Tok Pa dan Nek Mi puasa tahun ni sebab tak boleh berpuasa sama-sama di awal Ramadhan. 😢
Resipi dan cara-cara di SINI
2 Ramadhan
Mama buat kuih Onde-onde dan Butir Nangka. Kuih tradisional Kelantan juga...Ini kuih wajib setiap kali Ramadhan. Takde gambar nak letak sebab kuih dah biasa buat, so takdelah teruja sangat nak snap 🤭
3 Ramadhan
Order murtabak cheese dengan Kak Ummi. Kena support bisnes kawan² tambah² lagi musim PKP ni.
4 Ramadhan
Seri Muka yang kurang berseri sebab lapisan pulut kurang masak... Ada² saje masalah mama kalau masak kuih muih ni, mesti ada yang tak kena. Tapi yang ini Mama tau kenapa, sebab Mama derhaka dengan resipi asal 🤭. Mama tak rendam beras pulut tu selama 3-4 jam macam yang tok guru Malina Lina Pg buat.
Resipi dan cara-cara di SINI
5 Ramadhan
Hari ni Mama masak kuih tradisional Kelantan juga... Kuih Puteri Mandi atau dikenali juga dengan nama kuih Kepek Hidung. Kuih paling senang buat, gerenti jadi 😁.
Sedondon dengan tudung saji 😂 |
6 Ramadhan
Ini baru hari ke-6 puasa, tapi Mama dah buntu nak masak kuih apa. So, jadilah Agar² Santan dan Agar² Gula Melaka. Mama buat juga Roti Pizza simple.
Untuk tips agar-agar santan dan agar-agar gula melaka jadi cantik boleh lihat SINI dan SINI . Mama dah follow satu persatu resipi dan cara yang ditunjukkan, tapi masih tak cantik macam yang tok guru Malina Lina Pg buat. Mama punya agar-agar, nipis je lapisan bawah tu, senipis kulit bawang. Mungkinkah selepas ni Mama kena kurangkan santan?
7 Ramadhan
Buat kuih tradisional Kelantan lagi... Pulut Sekaya Telur. Mama masuk dapur awal hari ni, jadi masih ada masa untuk buat satu lagi menu kuih. Nasi semalam banyak lebih, so Mama buat Apam Nasi.
Resipi Apam Nasi di SINI
Resipi Pulut Sekaya Telur di SINI
Ada cerita di sebalik kuih Apam Nasi ni... Usai memproses adunan, Mama perap adunan dalam bekas bertutup. Selesai solat Asar, Mama masuk dapur, ini yang terjadi...😲
Lain kali kena guna bekas yang lebih besar 😅 |
Done minggu pertama Ramadhan. See you soon... 😘
Rajinnya mama :)
BalasPadamTak serajin Ummi. Mama buat sejenis kuih setiap hari pun semput. Tak sempat nak masak menu lain dah. Masak menu utk makan berat lps terawih 😄😁
BalasPadam