Hari ini 15 Ramadhan sudah...
Kenapa terasa sudah teramat lama kita berpuasa...
Mungkin juga kita berpuasa di musim PKP ini, dengan duduk saja di rumah, menjadikan masa terasa amat perlahan dan kadang-kadang duduk rehat sahaja, menjadikan kita terasa lebih penat, sakit urat dan macam-macam lagi.
Awal-awal tempoh PKP, di fasa pertama dan separuh masa kedua tu, Mama memang rasa sangat penat....mungkin sebab terlebih tidur...hahahaaaaa... iyelah, lepas solat Subuh, Mama bantai tidur lagi sebab takyah terkejar-kejar nak pergi kerja. Bangkit tidur, kepala ting tong... 😵
Tempoh PKP fasa ketiga dan keempat, Mama bertekad untuk berubah. Selepas solat Subuh, Mama tak sambung tidur dah... Mama terus buat kerja-kerja pejabat, barulah berkat gaji yang dapat semasa tempoh kerja WFH ni, Insyaa Allah. Sambil-sambil buat kerja opis, pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Tapi takdela terpantau sangat sebab sampai ke la ni, kerja sekolah Ajmal belum siap-siap juga...😫😵😵
Ramadhan tahun ini juga Mama berazam untuk khatam Al-Quran. Insyaa Allah dengan rezeki masa yang sangat luas yang Allah kurniakan di musim PKP ni, Mama sempat membaca 4 helaian Al-Quran atau lebih setiap kali solat fardhu.
~ credit to MuslimPro apps ~ |
Lepas solat Zohor, Mama terus masuk dapur untuk sediakan juadah berbuka. Walaupun masak simple, Mama kena masak awal, sebab bab masak-memasak ni, Mama slow-mo sikit... 😅
Jom recap juadah kuih-muih untuk berbuka yang Mama telah sediakan sepanjang 8-14 Ramadhan ✌
8 Ramadhan 1441H ~ 1 Mei 2020
Mama masuk dapur awal untuk menjala Roti Jala. 😀
Mama cuba resipi daripada blog Azie Kitchen. Mama pernah buat roti jala guna resipi yang sama sebelum ni. Memang lembut sampai ke malam. 👍
Nasi masa sahur berlebih banyak, so Mama buat Cucur Nasi. Ini first time Mama buat Cucur Nasi. Alhamdulillah, menjadi dan masih lembut walaupun dah sejuk... Mama guna resipi di SINI.
9 Ramadhan 1441H ~ 2 Mei 2020
Ya Allah... Mama sakit perut, sakit belakang dari malam hingga tengahari. Penyakit Mama ni semenjak Mama sekolah menengah lagi. Puncanya daripada sakit gastrik. Bila perut kosong sepanjang hari, dan waktu berbuka atau moreh tu Mama makan banyak, rasalah kesannya waktu malam tu. Perut rasa sebu dan sakit sampai ke belakang. Baba akan urut bahagian belakang, kat tempat yang rasa macam ada urat yang tersimpul tu...lepas urutan yang kuat, Mama akan sendawa atau muntah. Then, baru rasa lega. Penyakit angin kus-kus 😩
So hari ni, kita berbuka dengan kuih-muih yang Baba beli dan rezeki pemberian jiran-jiran. Mama masak lauk untuk sahur je lepas terawih.
10 Ramadhan 1441H ~ 3 Mei 2020
Masa Mama buat Apam Nasi minggu lepas, Baba bagitau dah lama tak makan apam yang selalu kita beli pada waktu pagi di kampung. Itu namanya apam bakar. Rasa dia macam ada rasa masam manis tapai atau pisang dan rasa lada hitam tu... Jadi, Mama google resipi Apam Bakar dan Mama memilih untuk mencuba resipi di blog Azie Kitchen.
Resipi tu dapat 7 biji apam. Dalam pinggan untuk Kak Ton, dalam bekas untuk Kak Fati. |
Mama buat Roti Lasagna juga, guna je bahan-bahan yang ada kat rumah. So cheese yang ada hanya cheesedale slice je...dia punya tarikan cheese tu tak umphhh sangat. Next time kita guna cheese yang sepatutnya iaitu mozarella or parmesan shredded... Mama cuba resipi di SINI.
Lapisan lasagna yang sangat tebal, makan seketul dah kenyang. Next time, buat dua lapis sahaja. |
Mama sempat masak Ayam Grilled Sos Pedas Korea juga. 😋
Hari ini cuti Hari Pekerja bawa ke depan. 😃😄
11 Ramadhan 1441H ~ 4 Mei 2020
Giliran Mama kerja di pejabat hari ini. Sampai rumah dah pukul 5 petang. Nak berbuka dengan apa kita hari ini? Mama ternampak pisang lebihan buat apam bakar semalam. Cekodok pisang sajelah yang Mama sempat hari ni ye...tapi juadah berbuka jadi bertambah juga hasil pemberian jiran-jiran, Alhamdulillah. 👐
12 Ramadhan 1441H ~ 5 Mei 2020
Stok roti sandwich banyak, so terjadilah Puding Roti Marble. Namun, masa nak berbuka, penuh satu meja dengan kuih kosui by Kak Ton, mee hailam by Kak Fati, seri muka, koci dan vadey yang Baba beli bila dia keluar beli air khatira.
Mama guna resipi Cikgu Edry Shaszlin di FB Kelas Online Berbayar Puding Custard Cocktail |
13 Ramadhan 1441H ~ 6 Mei 2020
Puding Roti Marble semalam masih ada lagi. So, jangan membazir. Tak perlu buat kuih lain lagi. Mama masak bihun tomyam untuk tambahan juadah berbuka. Sama seperti semalam, masa berbuka ada je tambahan juadah lain... kuih ketayap by Kak Ton dan spaghetti carbonara by Kak Zana. Alhamdulillah 👐
14 Ramadhan 1441H ~ 7 Mei 2020
Mama ulang lagi buat Butir Nangka, kuih feveret Mama 😀😁. Hari ni kita skip makan nasi. Seperti biasa, meja makan penuh juga dengan juadah pemberian jiran-jiran. Ada roti canai, bihun soto dan tomyam. Mama masak spaghetti bolognese untuk santapan selepas terawih, tetapi dah kena ngap masa berbuka... 😂😂😂
Berwarna-warni 😉😊😋 |
Meleleh sampai ke dagu 😆 |
Done minggu kedua Ramadhan. Insyaa Allah minggu depan Mama update lagi. Bye... 😘
Tiada ulasan:
Catat Ulasan