Ahad, 15 Mac 2026

My favourite movies and drama series of all times πŸ˜‰

Dalam banyak-banyak movies yang Mama pernah tonton sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah yang Mama ingat sampai sekarang adalah Anne of Green Gables lakonan Megan Follows sebagai Anne Shirley dan Jonathan Crombie sebagai Gilbert Blythe yang disiarkan melalui slot Dunhill Double di RTM 2 setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.00 malam, tahun 90-an dulu-dulu... 

Terngiang-ngiang lagi iklan yang berbunyi seperti ini.... "Alfred Dunhill mempersembahkan filem-filem yang bermutu luar biasa, setiap Khamis dan Jumaat, The Dunhill Double menampilkan (nama pelakon dan filem yang akan ditayangkan pada minggu itu). Iklan tersebut akan diakhiri dengan... "Dunhill, Gaya Mutu Keunggulan". Empunya siapakah suara latar di sebalik iklan itu? Mama tanya Mr. Google, tapi tiada maklumat tentang empunya suara latar itu. Tapi ada satu komen di YouTube yang menulis pemilik suara latar iklan itu adalah Allahyarham Farit Ismeth Emir. Mama dengar pun, sama macam suara arwah...

Sebenarnya, ada banyak versi filem Anne of Green Gables yang diadaptasi dari novel klasik karya Lucy Maud Montgomery ini. Tapi filem yang diarahkan oleh Kevin Sullivan dan dilakonkan oleh Megan Follows dianggap adaptasi paling popular. Mama pun suka versi yang ini. Tapi, sukar untuk mencari platform yang menyiarkan filem versi 1985 dan 1987 (sequel) sekarang. Yang ada di Netflix dan platform tontonan atas talian lain adalah versi yang lain-lain yang tidak se'asli' arahan Kevin Sullivan.

Mama rindu nak menonton lagi Anne of Green Gables versi ini. Kat mana ye Mama boleh menontonnya??? 😐

Poster filem Anne of Green Gables lakonan Megan Follows, arahan Kevin Sullivan. 
Credit goes to IMDb

Sewaktu zaman study UIA pula, Mama ter'minat' giler kat Shah Rukh Khan. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…  Semua filem lakonan Shah Rukh Khan Mama mesti tonton especially Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) dan Kuch Kuch Hota Hai (KKHH).

Credit goes to Wikipedia

Zaman dulu, kalau nak tengok movies, kena beli CD atau DVD, atau sewa je..lepas tengok, pulang balik πŸ˜‰ Almaklumlah, zaman study uni, duit tak berapa nak ada. Ada kawan-kawan yang have-have, diorang beli DVD, Mama pun menumpanglah tengok sama-sama kat Library Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai. Mama menginap di Kolej Zainab Al-Ghazali (KZAG), bersama-sama Farahiyah Badri, Hasniza Md Noor, Che Wan Azidah, Junida Jamaluddin...ramai lagi lah, tapi nama-nama hok ni je Mama ingat masa kat Matrik Lembah Pantai. Hujung minggu je, kitorang pegi library menonton Dilwale ramai-ramai. Indahnya kenangan itu...😍 

Time study di main campus, IIUM Gombak, terjebak pula dengan drama series Taiwan, Meteor Garden (TV Series 2001) yang dilakonkan oleh Barbie Hsu sebagai San Cai dan Jerry Yan sebagai Dao Ming Si. πŸ˜… Mama beli DVD diaaaaa... 😁 Setiap waktu terluang, Mama dan kawan-kawan yang menginap di Blok G Mahallah Asma' akan menonton siri ini di bilik Farahiyah atau bilik Azimah yang lebih mesra kami panggil Jim. Mama menginap satu bilik dengan Farah, Jim dan Che Wan. Naja, Shikin, Che Chu dan Junida yang menginap di bilik depan Blok yang sama akan datang ke bilik kami. Kadang-kadang port menonton adalah di bilik Naja. Tempat lepak kami menonton adalah di bilik kawan-kawan yang ada PC atau laptop πŸ˜†. Angah (Mommy) yang time tu study kat UPM, setiap minggu akan datang ke UIA lepak kat bilik Mama πŸ˜…. Mommy pun dah jadi salah seorang ahli geng lepak kami. Sehingga sekarang, Mama masih berhubung dengan geng Meteor Garden dan kami ada Grup WA yang adminnya adalah Naja dan dia namakan Grup WA kami tu 'Meteor Garden Clan'  πŸ˜„πŸ˜†. 

Tapiiiii, DVD Meteor Garden Mama tu dah takde 😩. Mama lupa siapa pinjam, tak dipulangkan πŸ˜’. Mama ingat-ingat lupa, rasanya sepupu Mama yang pinjam time Mama dah kerja kat Kota Bharu. 

Poster Meteor Garden 2001 
Credit goes to IMDb

Terpengaruh dek siri inilah, Mama bertindik sampai 3 lubang di kedua-dua telinga. 3 pasang Mama pakai anting-antingπŸ˜„πŸ˜…. Once Mama kahwin dengan Baba, Ummi (Nek Mi) suruh Mama pakai sepasang je anting-anting. Lama kelamaan, lubang yang lain itu tertutup. Rupanya bertindik lebih daripada satu lubang di setiap telinga itu adalah dilarang kerana menyerupai golongan lain. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Ω…Ω† ΨͺΨ΄Ψ¨Ω‡ Ψ¨Ω‚ΩˆΩ… ΩΩ‡Ωˆ Ω…Ω†Ω‡Ω… Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨   Mama rujuk di SINI.

Di era digital dan globalisasi ini, dunia saling terhubung oleh internet. Banyak platform dan aplikasi streaming service yang menawarkan pelbagai jenis rancangan TV, filem, anime dan dokumentari. Semuanya di hujung jari. Rumah kita ni, dah tak tengok siaran biasa TV. Buka TV je, tengok Netflix. Berita tentang negara dan luar negara, tengok kat handphone je melalui aplikasi FB, TikTok dan lain-lain. Banyak sangat perubahannya... Mama adalah anak zaman Gen X. Lahir di awal dunia mula globalisasi. Mama adalah generasi yang melalui fasa peralihan daripada teknologi analog kepada digital.

So, Mama pun tidak terkecuali menggunakan pelbagai medium penstriman yang wujud sekarang ini untuk menonton movies dan drama series dari pelbagai negara seperti Korea (K-Drama), Taiwan (C-Drama), Jepun (J-Drama), Turki, India, Sepanyol, Thailand dan negara-negara yang tak pernah Mama terfikir boleh tengok filem mereka seperti Rusia, Africa, dan baaaaanyak lagi...

Zaman sekarang, movies dan drama series banyak sangat. Setiap minggu keluar cerita baru kat Netflix, iQIYI, Viu dan lain-lain aplikasi penstriman. Bila dah banyak sangat, keterujaan kita akan hilang bila ceritanya lebih kurang sama. Mama akan tengok sekali dan binge-watch sahaja. Kadang-kadang skip je scene yang tak menarik sebab nak habiskan cepat siri tu untuk tahu endingnya sahaja.

Tapi ada beberapa K-Drama yang Mama suka dan boleh ulang tengok, antaranya Business Proposal, Reply 1988 dan When The Phone Rings. Ada beberapa lagi, tapi Mama lupa πŸ˜€. Baba pula suka melayan siri Racket Boys. Dah berpuluh kali kot dia khatam. Baba bagitau dia suka cerita tu sebab cerita santai, lucu, semangat setiakawan yang tinggi dan tak sakit kepala dan tak perlu fikir banyak bila menontonnya. 😁

Manakala C-Drama pula, Mama selalu ulang tengok cerita Hidden Love lakonan Zhou Lusi dan Chen Zeyuan. Satu lagi cerita The Prisoner of Beauty lakonan Liu Yuning dan Song Zuer.

Filem Inggeris yang menjadi kegemaran Mama dan Baba adalah The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Sequel ketiga The Voyage of the Dawn Treader tu dah tak berapa syok. Pernah tengok tapi tak habis pun..so, tak berapa pasti jalan ceritanya macam mana... Dan, sudah pastinya tersenarai dalam movies paling disukai adalah semua siri The Lord of the Rings dan The Hobbit.

Ada satu movie Inggeris yang Mama selalu ulang tengok dan akan menitis air mata dan rasa sebak... cerita tu bukan cerita sedih... tapi Mama tak tahu kenapa Mama rasa sebak... tajuknya Flipped. Mama menontonnya di Netflix. Mama menangis teresak-esak masa scene Juli dapat tahu yang Bryce buang telur ayam yang dia bagi pada Bryce setiap hari dan sebak bila scene Juli mula menjauhkan diri setelah peristiwa itu. Tapi sekarang filem Flipped ni dah takde kat Netflix. Mama tak tahu nak tengok kat mana pula... Mungkin ada kat platform MovieBox.

Ada satu lagi movie Jepun yang memberikan perasaan yang sama sewaktu Mama menonton Flipped... tajuknya Our Secret Diary, filem tahun 2023. Filem ini berkisar tentang zaman persekolahan dan semangat setia kawan. Mama menangis sewaktu scene Setoyama bagi teddy bear yang dia dapat di claw machine tu kepada Kuroda. Satu lagi scene yang menyentuh hati bila Kuroda dan kawan-kawan dia berselisih faham dan salah seorang kawan dia request lagu yang menceritakan tentang persahabatan dan betapa susahnya meminta maaf. Semasa lagu itu diputarkan, kawan Kuroda menunduk dan mengucapkan "Gomen ne" (I am sorry). Seorang lagi kawan yang turut mendengar lagu itu diputarkan semasa waktu rehat di sekolah mereka, berlari ke bilik broadcast sekolah dan mereka bertiga berpelukan dan saling meminta maaf. Ada beberapa scene lagi yang menyentuh perasaan. Kalian boleh menontonnya sendiri πŸ˜‰. Kebanyakan filem dan drama yang Mama sebutkan di atas boleh ditonton di SINI.

Ok, that's all movies dan drama series yang Mama boleh ingat sepenuhnya jalan cerita dan scene menarik sebab banyak kali ulang tengok πŸ˜€. Mungkin in the future, akan ada movies atau drama yang bisa menyentuh hati dan tersenarai dalam list Mama's favourite movies. πŸ‘Œ✌πŸ’“

Next time, Mama akan menulis tentang movies dan drama yang anak-anak suka pula. 😎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP