Mama ingat lagi masa Mama sekolah rendah, Mama jumpa seekor anak kucing warna oren kat tempat letak basikal... Mama kesian tengok anak kucing tu, kecik, kotor dan lapar. Tanpa fikir panjang Mama ambil anak kucing tu, letak dalam beg sekolah, letak dalam raga basikal. Balik rumah, Mama mandikan, sampai calar tangan kena cakar. Lepas tu bagi minum susu...dan Mama dan Mommy Amjad (Angah) sepakat menamakan kucing kami tu 'Dino'.
Dino membesar bersama-sama kami hinggalah Mama masuk universiti... Pengakhiran yang sedih bagi Dino apabila dia kena gigit binatang berbisa di pipi, bernanah dan berbau busuk. Binatang yang gigit Dino tu kami tak pasti apa, samada ular atau po'kko angguk (chameleon aka sesumpah...hihihiiiii). Namun kami tetap menjaga Dino kerana dia sebahagian dari ahli keluarga kami... Namun, satu hari Dino hilang... mati di mana-mana atau dibuang oleh seseorang yang membenci dia, biasalah kucing mesti masuk rumah jiran-jiran kami dan mungkin dia nakal sikit.. Kami tak jumpa Dino sampai ke sudah. Mama sangat sedih, menangis teresak-esak ketika Ummi sampaikan berita sedih tu... Mama rasa terkilan sebab semenjak Mama belajar sekolah menengah dan tinggal di asrama, Mama semakin jauh dengan Dino dan Mama tak sempat luangkan masa dengan dia. Mesti Dino sedih, mungkin dia rasa kami dah tak sayang dia... π
Sekarang ni Atif yang Mama nampak kasihkan kucing... π»
Kucing ni kami jumpa petang tadi, masa Mama temankan anak-anak main kat bawah tadi, kat Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa, Kem Kementah. Kami datang bercuti Chinese New Year kat rumah Abang Amjad ni sebab tak balik kampung...
Bulan Mac nanti kami balik kampung pula, Insyaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan