13 Februari 2018, Ustazah Siti Mastura tiba-tiba mesej Mama melalui aplikasi Whatsapp bertanyakan nama penuh dan No. K/P Abang Ajmal. Mama tanya Ustazah maklumat tu untuk buat sijil ke. Ustazah mengiakan, tapi Mama takde la bertanya sijil apa.
Then. Mama dapat lagi mesej daripada Ustazah Siti Mastura pada 14 Februari tu, dia share gambar Abang Ajmal terima sijil Tokoh Maulidur Rasul 2018. Hahahaaaa....Mama rasa terharu pun ye, nak tergelak pun ya... Iyalah... Kalau kat rumah Mama tak nampak pun ketokohan Abang Ajmal ni... ππ
Ustazah Mastura bagitau Ajmal memang ada ketokohan tu, berani, berketrampilan dan ada ciri-ciri pemimpin. Terharu Mama... Rasa bangga dapat anak yang mempunyai good attitude ni. Mama berharap sangat agar anak-anak Mama akan menjadi anak yang soleh, solehah dan menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka sehingga akhir hayat mereka. Sekarang ni ramai anak-anak yang bijak pandai, genius otaknya tapi ketandusan nilai-nilai murni, lack of empathy...Ada juga anak-anak yang masa usia kanak-kanak sangatlah bagus tapi bila dewasa berubah karakternya...Nau'zubillahi min zaalik.
Tokoh Maulidur Rasul SKTD3 2018 ππππ |
Ini semua kawan2 Ajmal dari Kumpulan Qasidah Zikrul Matien... Boleh pula diorang 6 ketul ni tubuh grup qasidah kat sekolah... πππ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan