Kuih ni Mama buat untuk berbuka puasa di hari kedua puasa. :p
Memandangkan semua bahan² yang diperlukan untuk membuat kuih ini ada di rumah, tak payah susah² gi pasar beli, Mama pun cubalah resipi Bingka Pandan Noxxa di Facebook Koleksi Resipi Kak Zon. Pelbagai resipi bingka ada, dimasak dengan periuk noxxa. Cepat dan tangkas.
Ini resipinya :-
BINGKA PANDAN NOXXA
************************
Bahan²:
2 cawan tepung
1 cawan gula
3 biji telor
2 cawan santan
1 cawan air pandan
2 sdb butter
1/2 sdt garam
Bijan utk tabur
Cara²:
π blend semua bahan kecuali bijan.
π lengser minyak dlm innerpot dn tuang adunan yg bertapis.
π tabur bijan atas adunan dn steam 25 minit.
π sejukkan baru potong.
Masa steam tu, abaikan saje bunyi beep beep tu. Selepas 25 minit boleh terus buka tutup periuk. After 5 minit baru buka tutup dan keluarkan innerpot. Biarkan innerpot sejuk dulu, dah boleh pegang tanpa kain lapik, baru keluarkan bingka dan potonglah kuih tu.
Biarkan sejuk dulu dalam innerpot noxxa. Sepatutnya ada taburan bijan kat atas bingka ni. Tapi bijan takde... |
Yang ini untuk hantar pinggan Kak Ton (jiran sebelah). Dia bagi kuih buka puasa tahun lepas. Tahun ni baru balas... melampau Mama ni :p |
Food tester Chef Mama :p |
acah cari resepi nak buat. sampai kesudah tak menjadi. thanks share resepi.
BalasPadamThanks for resepi...alhamdulillah menjadi dan cukup segala rasaπ
BalasPadamBoleh lah buat lagi puasa tahun ni ye...
Padam