Ramadhan datang lagi. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang barakah ini. Semoga amalan Mama di bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, Insyaa Allah.
Tapi, dah lekat badi agaknya keluarga kita ni... Asal hari pertama puasa je, mesti tak terjaga untuk sahur.. :(
Mama dah siap masak lauk untuk sahur, sup ayam, ikan rebus (goreng garing²), masak nasi. Akhirnya tak bangkit sahur.
So, lauk-lauk tu menjadi sarapan pagi anak². Abg Ajmal pun tak puasa dengan alasan tak sahur.. huh...
Juadah berbuka hari ini...
Sagu Gula Melaka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan