Hari ni Mama dah dapat surat from Bahagian Pinjaman Perumahan bahawa cek bayaran baki harta kepada penjual dah diterima oleh pihak lawyer... Meaning, x lama lagi Mama dah boleh pindah rumah baru la. Tapi, kena tunggu jugak Salmi (owner) siap renovate rumah baru dia dulu.. hmmm...lambat lagi ke?
Mama dah x sabar nak dok rumah sendiri... banyak idea2 renovation lam kepala otak Mama ni. Area bawah tangga, Mama nak buat rak buku, dan jadikan ruangan tu ruang bacaan, letak my most beloved books dalam rak cermin berkunci. Boleh kata ruang tu akan jadi ruang Mama la...
Dalam bilik, buat wardrobe kaler putih. Kitchen cabinet Salmi yang lama dah ok, cuma maybe Mama akan tukar style pintu or it's colour...Ruang dry kitchen maybe akan diubahsuai jadi tempat makan tetamu... waaaaaaa, x sabarnyeeeeeee...
Nasib baik Baba pandai buat semuanya sendiri. Kalau tidak melayang la duit puluh2 ribu lagi nak buat all the renovations. Untung gak kawin ngan orang reti bertukang. Hmmmm, baru Mama ingat, dulu2 masa time sekolah, Mama suka mengubah kedudukan perabot lam bilik. Minggu ni, katil sebelah sini, meja study dok sudut sana. Sat gi, katil dok sebelah sana pulak, meja study kat sudut sini. Meja study pun Mama ubahsuai jadi meja dan rak buku sekali, kreatif gak Mama ni walaupun rak tu senget benget... Time tu, mama selalu fikir, bestnya kalau suami Mama nanti tau buat perabot sendiri, tau interior design nih... x sangka pulak, dapat suami yang cengitu..
Moral of the story... bagi yang belum kawin tu, impikan lah bakal suami anda jutawan ka, hartawan ka sebab kemungkinan besar anda akan dapat apa yang anda impikan tu... renung-renungkan dan selamat berimpian... :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan