Lama dah Mama berhenti menulis di sini...
Tapi terpanggil untuk menulis semula bila banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ini yang memerlukan ianya dicatat untuk kekal dalam ingatan.
Coretan ini tentang Papa.. cucu-cucu panggil Tok Pa..
Setelah hampir setahun juga Tok Pa batuk berdarah dan keluar darah melalui hidung, dan bila kelenjar leher Tok Pa membengkak pada 9 Januari 2022, Mommy bawa Tok Pa ke HUSM untuk buat ct scan.
Pada 23 January 2022, doktor diagnose Tok Pa kena kanser hidung. Bermulalah sesi rawatan chemo sebanyak 16 kali. Setelah habis sesi chemo, doktor nak sambung buat radiotherapy, tapi kanser dah scattered ke paru-paru. Jadi tak boleh buat radiotherapy.
Doktor nasihatkan untuk sambung sesi chemo, tapi Tok Pa enggan buat chemo lagi. Dia penat. Dia dah tak nak rasa tak bermaya dan hilang selera makan. Doktor faham sebab Tok Pa warga emas. Kalau orang muda doktor tak akan beri pilihan lain selain untuk teruskan sesi chemo. Disebabkan Tok Pa dah lanjut usianya, jadi doktor bagi pilihan untuk makan ubat sahaja.
Sepanjang tahun 2023, Tok Pa memang sihat, selera makan pun bertambah sebab dah berhenti chemo. Masa Tok Pa mula-mula kena kanser, dia jual semua lembu peliharaan sebab tak mampu untuk jaga. Tapi, bila dah sihat ni, dia beli semula lembu-lembu. Dia mula berkebun semula. Pergi mana-mana pun, dia drive sendiri. Masa chemo, aktiviti ke surau terhenti. Tapi lepas dia sihat semula, setiap kali masuk waktu, mesti akan pergi surau dengan Nek Mi...mcm dulu-dulu...
Awal tahun 2024, Tok Pa alami masalah dengan mata. Semua objek dia nampak 2, jadi sukar untuk dia bergerak dan buat aktiviti harian bila semua objek yang dia lihat akan ada sepasang. Kalau naik motosikal, jalan akan nampak dua. Bila ke HUSM, doktor pun tak boleh sahkan samada masalah mata Tok Pa ni berpunca daripada kesan kanser atau penyakit baru yang timbul. So, Tok Pa letakkan kertas hitam menutup sebelah cermin spek mata dia. Bila guna sebelah mata sahaja, barulah benda tak jadi double..
19 Mei 2024, Tok Pa sakit kepala yang sangat kritikal sehingga doktor mengesahkan Tok Pa kena strok. Tapi sebab Cik Nor sempat bawa Tok Pa ke hospital cepat, badan, kaki dan tangan Tok Pa boleh pulih seperti sedia kala. Cuma, percakapan Tok Pa sahaja yang terjejas, jadi pelat, lidah seolah-olah jadi pendek, tertarik ke dalam. Biasanya begitulah kesan pesakit yang kena strok kan...
Mama cuba kerap balik kampung untuk jenguk Tok Pa dan Nek Mi. Nasib baik ada Cik Nor yang tinggal bersama Tok Pa dan Nek Mi di kampung dan Cik Anim yang tinggal di Pengkalan Chepa...
Syafahullah utk ayah Kaklong 🤲
BalasPadamSyukran Jazilan Kak Zack.
Padam