Ajmal terpilih menyertai kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) tahun ini. Kumpulan nasyid mereka di beri nama Soutun Najah. Dapat Johan semasa pertandingan peringkat Daerah. Dapat Naib Johan semasa pertandingan peringkat Negeri.
Walaupun dia keberatan dan lebih nak masuk pasukan bola, tapi disebabkan cikgu nasyid insist dia join juga kerana tak cukup peserta, sebab pelajar Tingkatan Lima tidak boleh dilibatkan, terpaksa jugalah dia join team nasyid ni.. tapi Mama tahu, dia kata terpaksa, tapi sebenarnya dia rela..hahahaaaa π
Yang buatkan dia mengeluh dan keberatan tu sebab, latihan nasyid sangat lama dan dia stress tak boleh balik rumah bila time cuti pulang asrama (CPA). Pelajar lain semua boleh balik rumah, tapi team nasyid kena stay asrama untuk berlatih.
Mama pun kesian tengok dia penat dan tak enjoy, tapi apa yang Mama boleh buat hanyalah bagi kata-kata semangat dan tenangkan dia..rasionalkan fikiran dia supaya dia tenang dan anggap ini sumbangan dia kepada sekolah.
Namun, walaupun di bibir mengeluh penat, tapi dia tetap cuba bersungguh-sungguh sebab dia memang minat nasyid.
Bila Mama tengok Ajmal dan team perform masa pertandingan, dia sebenarnya bersungguh-sungguh buat yang terbaik. Mama bangga.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan