Sabtu, 10 Mac 2018

Projek Nuha & Mama ~Muffin Nutella~

Petang semalam, selepas balik dari Book Talk Bandar Dato' Onn, kami singgah Maslee Taman Setia Indah, beli bahan-bahan untuk buat Muffin Nutella...

Semua bahan-bahan dalam sukatan gram/liter, so Mama sukat dan tukarkan dalam sukatan cawan bagi bahan-bahan serbuk, tapi maintain sukatan liter bagi bahan-bahan cecair.

BAHAN-BAHAN

1/2 buku buttercup
3/4 gula kastor
2 biji telur
1 1/2 all purpose flour
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 liter susu segar
Nutella

CARA-CARA

Pukul butter dan gula sehingga gula hancur. Masukkan telur sikit-sikit. Pukul sebati. Masukkan campuran tepung serbaguna, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Pukul sebati. Masukkan susu segar. Gaul sebati. Masukkan adunan muffin tadi dalam plastik piping. Paipkan dalam bekas muffin atau cawan kek tu separuh. Lepas tu masukkan sesudu kecil nutella. Then, paip lagi adunan muffin tu tutup nutella. Kemudian, tabur chocolate chip.
Atif dan Nuha tukang tabur chocolate chip, so ada yang banyak, ada yang dua ketul je...πŸ˜…
Kemudian bakar dalam oven 180°C selama 25 minit.


Inilah kejadiannya selepas pelbagai insiden yang berlaku... antaranya gula tumpah, chocolate chip berterabur dan Mama menjerit macam tarzan...πŸ˜‚πŸ€£

Ajmal yang memang cerewet bab makanan ni memuji dan suruh Mama buat banyak-banyak untuk jual. 🀣🀣🀣
Nak buat sebanyak ini pun Mama kena cari mood rajin berjurus benar, bersilat la kalau nak jual...huuuuuuu
Asalkan Abg Ajmal, Kakak Nuha dan Adik Atif bagitau sedap pun Mama dah happy..

Jumaat, 16 Februari 2018

Atif the cat lover 😻😺😼

Semenjak Mama Shah (pengasuh) memelihara seekor kucing yang diberi nama Adam, Atif menjadi peminat kucing.. Jumpa kucing di mana-mana saja akan disapa dan diusap kucing tu walaupun kucing tu kotor... Mama will make sure Atif washes his hands thoroughly after that...

Mama ingat lagi masa Mama sekolah rendah, Mama jumpa seekor anak kucing warna oren kat tempat letak basikal... Mama kesian tengok anak kucing tu, kecik, kotor dan lapar. Tanpa fikir panjang Mama ambil anak kucing tu, letak dalam beg sekolah, letak dalam raga basikal. Balik rumah, Mama mandikan, sampai calar tangan kena cakar. Lepas tu bagi minum susu...dan Mama dan Mommy Amjad (Angah) sepakat menamakan kucing kami tu 'Dino'.

Dino membesar bersama-sama kami hinggalah Mama masuk universiti... Pengakhiran yang sedih bagi Dino apabila dia kena gigit binatang berbisa di pipi, bernanah dan berbau busuk. Binatang yang gigit Dino tu kami tak pasti apa, samada ular atau po'kko angguk (chameleon aka sesumpah...hihihiiiii). Namun kami tetap menjaga Dino kerana dia sebahagian dari ahli keluarga kami... Namun, satu hari Dino hilang... mati di mana-mana atau dibuang oleh seseorang yang membenci dia, biasalah kucing mesti masuk rumah jiran-jiran kami dan mungkin dia nakal sikit.. Kami tak jumpa Dino sampai ke sudah. Mama sangat sedih, menangis teresak-esak ketika Ummi sampaikan berita sedih tu... Mama rasa terkilan sebab semenjak Mama belajar sekolah menengah dan tinggal di asrama, Mama semakin jauh dengan Dino dan Mama tak sempat luangkan masa dengan dia. Mesti Dino sedih, mungkin dia rasa kami dah tak sayang dia... 😭

Sekarang ni Atif yang Mama nampak kasihkan kucing... 😻







Kucing ni kami jumpa petang tadi, masa Mama temankan anak-anak main kat bawah tadi, kat Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa, Kem Kementah. Kami datang bercuti Chinese New Year kat rumah Abang Amjad ni sebab tak balik kampung...

Bulan Mac nanti kami balik kampung pula, Insyaa Allah. 

Gong Xi Fa Chai 2018

Meriahnya bila tiba detik 12 tengah malam Tahun Baru Cina  di Taman Setia Indah ni....almaklumlah kita berjiran dengan majoritinya berbangsa Cina.... Anak-anak pun seronok tengok budaya berbilang kaum ni...




Dah, jom tido... Esok pagi nak bangun awal, nak siap-siap pegi KL. Bawa anak-anak jumpa sepupu sepapat.. πŸ˜πŸ˜„πŸ‘
Ajmal yang paling excited,,,tak sabar nak jumpa sahabat karib dia, partner in crime... Abang Amjad.

Khamis, 15 Februari 2018

Tokoh Maulidur Rasul SKTD3 2018

Assalamualaikum Diari Mama,

13 Februari 2018, Ustazah Siti Mastura tiba-tiba mesej Mama melalui aplikasi Whatsapp bertanyakan nama penuh dan No. K/P Abang Ajmal. Mama tanya Ustazah maklumat tu untuk buat sijil ke. Ustazah mengiakan, tapi Mama takde la bertanya sijil apa.

Then. Mama dapat lagi mesej daripada Ustazah Siti Mastura pada 14 Februari tu, dia share gambar Abang Ajmal terima sijil Tokoh Maulidur Rasul 2018. Hahahaaaa....Mama rasa terharu pun ye, nak tergelak pun ya... Iyalah... Kalau kat rumah Mama tak nampak pun ketokohan Abang Ajmal ni... πŸ˜†πŸ˜…

Ustazah Mastura bagitau Ajmal memang ada ketokohan tu, berani, berketrampilan dan ada ciri-ciri pemimpin. Terharu Mama... Rasa bangga dapat anak yang mempunyai good attitude ni. Mama berharap sangat agar anak-anak Mama akan menjadi anak yang soleh, solehah dan menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka sehingga akhir hayat mereka. Sekarang ni ramai anak-anak yang bijak pandai, genius otaknya tapi ketandusan nilai-nilai murni, lack of empathy...Ada juga anak-anak yang masa usia kanak-kanak sangatlah bagus tapi bila dewasa berubah karakternya...Nau'zubillahi min zaalik.

Tokoh Maulidur Rasul SKTD3 2018 😍😍😘😘

Ini semua kawan2 Ajmal dari Kumpulan Qasidah Zikrul Matien... Boleh pula diorang 6 ketul ni tubuh grup qasidah kat sekolah... πŸ˜ŒπŸ˜ŽπŸ˜€




Rabu, 14 Februari 2018

KURSUS JATIDIRI @ KEM KAIZEN GUNUNG PULAI PONTIAN

Ini kursus pertama Ajmal sertai semenjak bergelar pelajar sekolah...
Lepas-lepas ni ada banyak lagi kursus-kursus dan kem-kem yang akan Abg Ajmal sertai, Insyaa Allah.

Seperti biasa, bila anak-anak terlibat dengan program macam ni, ibu-ibu pulak yang terlebih risau macam kita pulak yang nak pergi kem tu. Risau anak-anak tak cukup pakaian, tak cukup spender, terhilang kasut, terhilang baju...macam-macam laaa... 😡 (atau Mama sorang je yang ter'over acting' lagu ni...)

...dan di zaman teknologi canggih ni, bila ada aktiviti atau program je, wujudlah Whatsapp Group. Begitu juga dengan cikgu ustaz ustazah sekolah menggunakan kemudahan ini untuk berkongsi apa jua program anak-anak dengan ibubapa. Dapatlah ibubapa menatap gambar-gambar anak sepanjang program tu... siap ada ibubapa yang request macam-macam dalam group tu, seolah-olah ustaz ustazah tu jaga anak dia sorang je...huhuhuuuuuuu 😏


8.2.2018 : Berkumpul di Surau Sekolah Agama Taman Daya. Lebih kurang jam 7.15 baru bertolak sebab bas lambat sampai.















10.2.2018 : Sesi bergambar setelah tamat program.


Muka penat... 😫😫

Mama : Apa pengajaran dan nilai-nilai murni yang Abang belajar sepanjang kursus jatidiri ni?

Abang Ajmal : ...bekerjasama dalam kumpulan, bersabar,,,,, lagi,,,,,,,, lagi,,,,,,,,hmmmmmm,,,,,,,,jap ye nak fikir.....hmmmmm,,,,, tidak meninggalkan solat... haaaaaa!!!! menghormati guru-guru, mengikut arahan,,,,itu je la kottt...dahhhhhh


Sabtu, 27 Januari 2018

CUTI-CUTI SEKOLAH TAHUN 2017

Hahahaaaaaaaaaadeiiiiiiiiii....

Tengok tajuk tu pun dah tahu cerita ni ketinggalan zaman!! 😏😏
Tapi takpolah...Mama nak tulis juga dan tepek semua gambar yang kita bercuti tahun lepas.

Tahun lepas keluarga kita mula bercuti sekolah awal sikit sebab Mama kena aturkan cuti Mama biar berkebetulan dengan majlis perkahwinan Along anak Che Ngah (kakak Baba nombor 4) kat Bandar Baru Ehsan Selangor pada 17/12/2017. Mama kena ejas cuti berjurus benar sebab cuti pun dah takde bila dah tiba hujung tahun ni...

So, lepas majlis tu, kami semua stay one day kat rumah Mommy & Daddy sebab Ajmal rindu sangat kat sahabat baik dia, Abg Amjad. Keesokan harinya, 19/12/2017 kami bergerak balik ke Selatan dan singgah di Melaka.... Melaka lagiiiiiii... (itu je lah tempat percutian yang di dalam bajet Mama tahun ni....huuuuuuu). Tapi takpe...anak-anak dah bagitau kat mana pun boleh asalkan ada waterpark. Sinonim sungguh budak-budak ni dengan air ye...

Kali ni kami cuti-cuti sekolah sama ngan Cik Sue... Cik Sue masa tu sedang cuti praktikal, so dapat join cuti bersama. Nasib baik juga ada Cik Sue temankan kita sebab Baba terpaksa balik awal, ada komitmen dengan customer dia... (itu kisah yang sama berlaku hampir setiap tahun terutama sekali setiap musim perayaan). 😏😏

Sampai Melaka pukul 12.00 tengahari, kami check in dulu...kali ni kita stay kat Hotel Seri Malaysia je... Tapi masa kami sampai tu, bilik belum sedia, pihak hotel bagitau pukul 2 petang baru bilik sedia sebab sekarang ni musim cuti sekolah, full house... Ok, takpe... jom kita pegi Melaka Wonderland dulu.... Kita mandi manda dulu!!!













Semua gambar candid di atas diambil dengan GoPro Hero 5.

Selesai mandi manda sampai kecut...jom kita balik hotel. Masa tu dah lebih kurang pukul 4.30 petang. Bilik sepatutnya dah ada lah kan sebab pihak hotel janji tadi pukul 2.00 petang.

Sampai hotel, bilik dah sedia. Solat jama' Zuhur dan Asar, Baba off to zzzzz land sekejap sebab malam tu dia dah kena naik bas balik JB sorang-sorang...

Malam tu selepas hantar Baba naik bas, on the way balik hotel, kami singgah makan kat Restoran Klasik Terapung Ayer Keroh.


Mama pernah makan kat restoran ni sebelum ni... Masa tu bos Mama Puan Irmawati yang bawa. Menu restoran ni masakan panas macam menu-menu kat kedai makan tomyam biasa tu... rasa makanannya pun biasa-biasa saja, tapi tempat dia tu memang nampak eksklusif kalau nak dibandingkan dengan restoran makanan panas yang biasa-biasa tu. Kami pilih tempat makan yang duduk bersila. Kat belakang tu boleh jenguk ke bawah dan nampak tasik buatan yang ada beberapa ekor binatang bergerak-gerak kat bawah tu. Mama rasa seram sejuk je, sebab ingatkan binatang tu biawak besar... rupa-rupanya kura-kura... 😌


Perut pun dah kenyang, jom kita balik hotel. Masa kat kaunter pembayaran tu, ada pulak diorang letak mainan-mainan. Adoiiiiiii, lari bajet percutian kalau macam gini.....πŸ˜”

Bila sampai bilik, kami terasa ada sesuatu yang tak kena....jeng jeng jeng.... bilik tu panas. Aircond dah buka tapi bunyi angin je lebih. Tapi sebab penat, letak je kepala, terus kroh kroh kroh...πŸ˜ͺ

Mama terjaga pukul 2.30 pagi, berpeluh-peluh...aircond tak sejuk juga. Sah aircond rosak. Mama call receptionist, buat aduan. Tak lama lepas tu, datang sorang technician bawa kipas. Dia suruh guna kipas dulu sementara dia betulkan aircond tu... Alhamdulillah, buka je kipas barulah rasa nyaman. Masa tu Cik Sue pun dah terjaga juga sebab panas sangat. Lepas tu kami berdua tak tidur menunggu mamat tu siapkan kerja dulu. Rupanya aircond habis gas. Lepas dia masukkan gas, barulah terasa kenyamanan penyaman udara di bilik kami tu... Oklah, terima kasih ye...ambiklah semula kipas ni, babai. Kami nak sambung tido... 

Esok pagi selepas breakfast, kami terus check out dan menuju ke Taman Mini Malaysia & Asean Ayer Keroh. Mama bawa anak-anak ke sini sebab kebetulan Mama dapat voucher diskaun buy 1 free 1 untuk semua tiket nak masuk sini  πŸ˜†. Kebetulan juga, Taman Mini Malaysia dan Asean ni baru dibuka semula setelah sekian lama ditutup untuk dinaik taraf. Tapi bila kami masuk hari tu, tak nampak pun apa yang dinaik tarafkan...😞

Walaupun anak-anak nampak boring sebab takde apa kat situ kecuali rumah-rumah lama...jom kita tour semua rumah-rumah tradisi ni...




Daripada enam anak panah yang Mama kena bayar RM4 , Ajmal berjaya membidik tepat ke sasaran hanya satu je...Nasib baik kena 1 tu, kalau tak, patah hati dia...πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜€



After that, we went to Submarine Museum at Jalan Klebang Besar, Melaka. The submarine named SMD QUESSANT AGOSTA 70 from France was originally purchased by the Royal Malaysia Navy (RMN). Kapal selam ini pernah menjadi tempat latihan krew pertama kapal selam negara kita.

Masa kami sampai, hujan renyai-renyai... Anak-anak pun dah penat. Suruh posing bergambar pun dah tak lalu...huhuhuuuuuu πŸ˜…πŸ˜”πŸ˜ͺ

Nuha tu muka toya kena paksa bangun tidur... 😁








Selepas makan kat cafe yang ada kat Muzium Kapal Selam tu, kami bergerak balik ke Johor Bahru. Maka, berakhirlah cuti-cuti sekolah tahun 2017.

Sekian.

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP