Selasa, 29 Jun 2010

(' ',) eppy holiday !!

Cabaran betul nak balik kampung ni... Ingatkan pagi2 dah boleh bertolak, tapi Baba ada projek urgent pulak. Tapi, ok jugak, ada la masa untuk Mama buat apa yang patut :p Kain baju yang basuh semalam pun lembap lagi.. Mama bawak balik baju lembap le ke Kg. Bujok!!

Tak sabarnya nak balik kg. Kg. Bujok... here I come!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Abang & Adik...

Hujung minggu, Mama ke KL. Mek Baba datang rumah kakak kat Bandar Seri Ehsan. So, Mama pun gi la jumpa dia. Nasib baik Kak Na (kakak Baba no. 2) bagitau yang Mek ada kat rumah Kak Inun (kakak Baba no. 3). Kalau tak, kami balik kampung nanti, x dapat jumpa Mek la... jadi, walaupun sekejap, dapatla Baba jumpa Mek dia.

Kebetulan, singgah rumah Mama, Papa Danish. Mama nak pulangkan stroller yang Abang Danish pinjamkan pada Ajmal dulu. Tak lama lagi, Abang Danish nak dapat adik baru. So, stroller tu masih boleh digunakan oleh adik Danish nanti. Tak yah beli yang baru, pembaziran jer...anak2 ni cepat membesar. Bila dah besar, tak nak diorang duduk dalam stroller tuh!!

Tengok lah Danish ni... besar betul dia..makin nakal dan kelakar gelagat2 dia (aksi x cukup cekodok paling melucukan). ;)

Cuba bandingkan kepala Danish ngan Ajmal!! huhuhu... :D

Anak-anakku... :-*   Abg Danish dan Adik Amal

Ajmal ber'posing' ngan motosikal Abg Danish. (nanti mintak Baba belikan satu yek..)  :p


Yahooooo....

Esok pagi Mama akan bertolak balik ke Kg. Bujok, To'Uban... jadi doh kali ni. :D

Jumaat, 25 Jun 2010

Mama kembali bersiaran...

Dear diary...

Mama baru balik kursus PAC tuh!! Kursusnya kat Bukit Lagong... Best sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa! X best sebab... faham2 sendirila bila kursus... Teramatla sadisnya kenangan di waktu itu. Mama terasa amatlah bodoh kerana sepanjang kursus tu Mama mcm orang bodoh memang bodoh pung, sket2 :D Dalam satu sesi LDK, Mama boleh tertido!!! Dahsyat sungguuuuuhhh.. Panel minta siapkan satu minit mesyuarat on the spot tentang perbincangan satu projek pembangunan...masa tulis minit tu la Mama tidoooo... :p

Terlupa nak bagitau... Masa sesi impromptu public speaking Mama dapat tajuk nih "............ relocated Zoo Negara to the rural area. Discuss." Bukan main lagi baca tentang RMK10, NKRA, Model Baru Ekonomi dan lain-lain tajuk yang bombastic la...tapi dapat tajuk ni. Tapi, cakap merapu jugak!! Terketar2, sampai beberapa kali silap sebut 'relocated'... 'recolated', 'relacoted' 'recoted'...mcm2 lagi la...hampeh tol! Masa dok berucap kat depan tu, asyik nampak muka Le'an je, yang terhangguk2 kala Mama terbelit2 lidah menyebut perkataan relocated!! :">

Kursus ni untuk PTD batch kami, 2/2005 naik ke Gred 48 KUP (khas untuk penyandang kerja untuk percuma Post 48 sikit je, tapi yang mengejarnya ramai..ugh,ughhhh kejarla korang, Mama nak jalan slow-slow dulu. Lagipun, Mama x nak kena tukar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ni... rumah baru pun tak sempat nak duduk lagi. Bila la Salmi ni nak pindah rumah baru dia? Lambat tol renovation tuh!! :(

Hari Mama balik, Mama terus gi rumah Cheq Na, amik Ajmal... Mula2 dia tengok Mama, dia terkejut, then terus meluru ke arah Mama. Mama angkat dia dan dia peluk Mama, erat.... Mama sedih gila... Macam mana nih?? Bulan Julai ni makin lama Mama akan tinggalkan dia ngan Baba... :(

Khamis, 17 Jun 2010

Meeting dan aktiviti makan-makan !! ;p

Meeting bersama Ketua Sektor baru tu sampai ke pukul 6 petang... maklumla, banyak benda nak update dan banyak benda jugak yang dia minta kami clarify. Di samping tu, kami raikan birthday beliau memandangkan semalam dia punya birthday. Kebetulan jugak, akauntan kami birthday dia hari ni. Happy Birthday, Naz!! Gambar-gambar akan Mama upload later, k. Now, nak sleep dulu...

Nite Baba... dok layan bola tuh!!
Nite dear diary... c ya! :-*

to be continued... B-)

It's a quarter after one...

" Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now "


Listening to this song while doing some reading about all actually only manage to read one topic the related topics that could have been popped out to me in impromptu public speaking. Actually the date of PAC course had been finalized. From 20 till 23rd June... the venue is, SURPRISE!!! Everyone is guessing... Rumors, kem dalam hutan..wuihhhh, adventure tuh... I loike!! Ingatkan bila buat dalam hutan, tak de la module impromptu public speaking dan pengucapan awam or LDK. Ada jugak rupenyer... I don't laaaaaaaaaiiikk! Surat panggilan kursus yang Mama dan kawan2 dapat lagi misteri. "Sila berpakaian sukan semasa mendaftar. Pakaian sepanjang kursus ialah sport attire. Sila bawa bersama komputer riba". Kat dalam hutan tu ada ke plug nak pasang laptop?? Mama rasa laptop tu buat ketuk kepala orang yang tido masa pengucapan awam or LDK :D

Mama dah pakat ngan geng yang base kat negeri nih untuk tidak beria-ria perform masa PAC nanti. Dengar cerite, kenaikan pangkat based on ranking sape yang well-performed in PAC. Hohohooooh, Mama nak buat bodoh-bodoh alang je time PAC nih... Tapi, x nak la bodoh bedo'oh sampai dapat ranking ke-300!! Ranking ke-250, cun lah... :p

Kena tinggalkan Ajmal lagi buat kesekian kalinya. Bulan Julai nanti, lagi banyak kali Ajmal kena tinggal... Mama sedih :( tapi nak buat macam mana, Mama terpaksa demi mencari rezeki, sayang...

Hmmmm, dah start gerodes blog nih, nampak gaya sampai di sini dulu la sesi pembacaan Mama. Ajmal & Baba dah lama zzzzzzzzzzz... Ajmal dah beberapa kali merengek, Mama tanya dia nak susu ke? Sambil pejam mata dia jawab, "Nak!"

Mama pun nak zzzzzzz jugak la..esok pagi ngantuk, malas nak gi keje. Mula lah Mama merangka-rangka dalam kepala otak Mama yang genius nih alasan yang sesuai untuk ponteng keje. Tapi esok cannot, Bos baru datang report duty, Mama pulak urusetia mesyuarat petang esok. So, by hook or by crook, Mama kena ada esok. Alahai, baru Mama ingat, minutes last meeting belum siap!!! First thing to do in my list tomorrow morning... :-O

Selasa, 15 Jun 2010

The planning was cancelled.

Mama kan dah plan nak balik kampong minggu ketiga Jun. Tak jadi pulops!!! :(
Baba ada urgent projek, Mama pulak bos baru nak datang pada 17 Jun tuh. Tak sedap la bila bos datang for the first time, Mama pulak cuti... So, planning cun bukan main tuh sudah gone with the wind lah.. Jadi, disebabkan tak jadi balik minggu ni, Mama gi jumpa Tok Pa, Nek Mi and Cik Su kat KLIA on last Friday. Diorang baru balik dari Labuan, melawat Amjad & cuti-cuti 1 Malaysia kat sana... transit kat KLIA, sebelum amik flight ke Pengkalan Chepa. Mama apply cuti rehat hari Jumaat tu semata-mata nak jumpa my parents and my beloved sister yang semakin cute :-*

Bukan main suka lagi Ajmal berlari-lari baring kat situ... tak larat Mama and Cik Su nak kutip! :D

Ummi story-mory about how Angah celebrated Pesta Gawai with Aiman's family... The most scary moment ever... Semasa time puncak perayaan tu, semua orang yang hadir ditarik dan dipaksa minum sampai mabuk. Angah tak terkecuali lah, tapi dia menjerit tak nak hinggakan orang yang tarik dia tu sambil mabuk-mabuk kata, "kalau macam ni, baik tak yah datang..." Angah memang tak nak pegi pun. Nasib baik Aiman ada dan explain to that guy (kiranya dia tok batin rumah panjang tu la...) Lepas tu, Angah terus masuk bilik, kunci pintu dan tido ngan Amjad. Ummi lagi takut kalau2 Amjad yang dipaksa minum tuak tu. Budak kecik bukannya tau menolak kalau orang bagi minum... banyak kali Ummi pesan pada Angah supaya jaga Amjad elok-elok masa pesta tu. Mama pun risau... tapi, Syukur, everything ok. Daddy ada...

Mama dan Baba dah rancang nak balik ujung bulan ni pulak... :p
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. :)

Isnin, 14 Jun 2010

Muktamad!

Dear diary...
Hari ini Mama dah buat keputusan muktamad untuk tidak further study dulu...not yet! Selepas berbincang dengan kawan2 Mama, kami rasa better tunggu confirm KUP dulu, then baru sambung belajar. Kalau sambung sekarang, by the time habis belajar nanti, kami belum confirm post KUP kerana sepanjang cuti belajar bergaji penuh, nama kami akan di pool di JPA. Habis belajar, barulah urusan KUP kami akan diproses. Akan ambil masa yang lama jugak...

Jika further study after confirmation KUP 48, sepanjang tempoh belajar memanglah nama kami akan di pool di JPA jugak tapi sekurang-kurangnya, jawatan kami by that time dah KUP 48. Bila habis belajar, kami akan tunggu posting je. So, ikut nasihat Pn Rafeah Khafidah :D Insya-Allah Mama akan further study Sesi Julai 2011. Tapi, mama dah siap isi form tu, tang referee je yang belum isi.. sekurang2nya seorang academician, uggghhh... kat mana Mama nak cari lecturer Mama dolu2. Nama diorang pun Mama dah lupa... student yang x mengenang budi betullah Mama ni! :(

Isnin, 7 Jun 2010

Further study ko?

Dok berfikir-fikir sama ada nak further study or not? :-/
K.Ina, Aje & Su JPN Klate sume pakat sambung belajar. Sebenarnya diorang tak nak naik pangkat dulu, same goes here.. Mama pun tak nak naik pangkat cepat2..nanti kena gi kerja Putrajaya. Susah la, Ajmal kecik lagi... Kalau Mama further study, tak yah transfer dulu.. So, Mama akan amik master kat universiti yang ada kat JB jer...UTM!! :D

Mama dah print borang, tapi belum pun isi...biasalah, Mama ni Queen of Procrastinate... ;) Tapi, by the end of this week, Mama akan siapkan jugak isi borang tuh!!

Sabtu, 5 Jun 2010

Kesian birthday boy...

Ajmal celebrate birthday kat rumah Cheq Na (bb-sitter).. Mama masak kat rumah, then bawak semua makanan ke rumah C.Na. Mama masak spaghetti bolognese, bihun goreng, donut coklat, donut kentang...

Tapi, yang makan orang lain la...birthday boy meragam, kek birthday sendiri pun x nak..
Tengok la tu, masa nak tiup lilin, dia dok teghiok..dia marah sebab orang lain dok menyibuk kat depan kek tu, dia nampak lilin kat atas kek tuh..Dia nak tiup lilin...Mama recordkan masa Ajmal tiup lilin, tapi video tu terbalik. Mama tak reti nak edit macam mana...

Selamat Ulangtahun Yang Pertama, sayang Mama... semoga Ajmal sihat walafiat, di rahmati Allah s.w.t., dilimpahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu. Aaamiiiiiiiin. :-*

Khamis, 3 Jun 2010

Happy Birthday Sayang Mama...

Ajmal dah 1 tahun!!!

Insya-Allah, this weekend Ajmal will celebrate his birthday with all his friends... then, will celebrate again at kampung with Tok Pa & Nek Mi on the 3rd week of June.

Mama nak amik cuti, balik kg. Rindu kat Papa & Ummi...dah lama x balik, tsk,tsk... :(

Rabu, 2 Jun 2010

Kiri, kanan, kiri, kanan...weiii, nak gi mana nih?

Tengahari semalam, Mama & da' gang kluar lunch... Giliran Mama lah yang drive, lagipun semalam yang nak lunch sesama ramai, 7 of us... Kalau naik Honda Muliati, x muat la pulops. Dah selalu, lunch tempat sama, boring la kan...so, Muliati cadangkan kita g lunch tempat lain la pulak. Kami pergi area dekat2 area BBU, dekat2 Angsana jugak. Nak sampai tempat tu, kawan2 Mama bagitau masuk kiri, Mama selamba tanpa rasa bersalah amik lane kanan. Kawan2 Mama dah terjerit2 sbb salah lane, tapi Mama mmg yakin betul la (cam masuk jangan lupa lirik pulak..) Lepas tu, baru Mama sedar Mama silap. Pastu, dah sampai simpang yang sepatutnya masuk tempat makan tu, diorang suruh masuk kiri, sekali lagi Mama dengan selambanya, amik lane kanan... sekali lagi diorang terjerit2. Nasib baik la x banyak kereta time tu, so sempat la Mama cepat2 masuk simpang kiri tu... Apa nama penyakit orang yang sukar mengenalpasti kiri or kanan ni ye... Mama rasa ini pun sejenis penyakit jugak ye...

Mama memang lemah nak tangkap kiri kanan bila drive nih. Selalu jugak kena marah ngan Baba, sebab kalu gi mana2 destinasi baru, Mama dilantik jadi penunjuk arah (silap bidang tugas daaaa....) Mama akan suruh Baba ke kanan tapi tangan tunjuk kiri...Bila Baba nak ke kanan, Mama akan jerit2, salah, salah la, masuk sini, masuk sini... boleh gitu?? Selalu kena bebel ...Mama sengih2 jer, sambil berkata," oooo, silap ek.." :p (dah memang salah Mama..)

Itu la yang terjadi semalam, sampaikan kawan2 Mama terjerit2, " What's wrong with you???!!!"
"I dun know, isk, isk..."
Tapi ape2 hal pun, sampai jugak tempat makan tu, ' The House Of Chicken Rice' (eh, betul ke tajuk restoran tu??, lebih kurang gitu la...) Menu istimewa..of course la Nasi Ayam. Sedap ke? Ok le kot...Mama order pai tee je, sbb dah brunch Mama on diet laaa :p pagi tu...

Mama ada satu lagi big problem nih.. tengah surf cari info about 'that prob'.. :-/

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP