Everything has a FIRST TIME...
Kali pertama Ajmal cabut gigi... kena cabut sebab gigi kekal dah tumbuh di belakang gigi susu. Kalau tak cabut, senget bengetlah gigi Ajmal nanti. Mama jugak yang kena berabis duit pasang braces nanti...uhuhuhukkkk
So, hari Rabu minggu lepas, Mama minta pelepasan balik awal untuk bawa Ajmal jumpa dentist. Kami pergi sebuah klinik gigi di area Taman Daya, Klinik Gigi dan Surgeri toooooott.... Tunggu bukan main lama, bila tiba giliran Ajmal, excited lah dia tapi dentist tu bagitau dia tak nak cabut sebab Ajmal is too small and it will frightened him if we force him to pluck that tooth.. Whatttttt? :-o Mama confused sebab selalunya Mama dengar kalau gigi kekal dah tumbuh dan gigi susu masih ada, kena bagi ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh, kena cabutlah gigi susu tu walaupun masih kuat lagi. Macam-macam lagilah alasan dentist tu untuk menguatkan alasan dia taknak cabut gigi Ajmal. Katanya, walaupun budak kecik, oleh kerana gigi masih kuat, kena inject ubat bius, so mesti sakit. Bila sakit, anak kecik akan fobia untuk cabut gigi lagi. Ada lagi kata-kata dentist tu yang amat menyakitkan hati Mama, senget betul dentist ni.
Tanpa berlengah Mama bawa Ajmal keluar, tapi kat luar kena panggil dengan kerani, minta bayaran. Bayar apa sebab tak buat apa² pun...takkan consultation sesat macam tu pun kena bayar. Bayaran pendaftaran katanya...Mama bayarlah jugak RM10 walaupun tak puas hati. Sumpah Mama tak akan jejak lagi ke klinik gigi toooottt ni!
Then, kat dalam kereta Mama terfikir nak bawa Ajmal ke klinik gigi yang lain...just for the sake of second opinion. Pegi klinik gigi... lupa nama... Dentist an Indian woman yang chubby and has a nice smile. She did mine before...
Once Mama told her about what happenend at the other clinic, terus dia bagi syarahan tentang gigi susu kanak² berusia 6-7 tahun yang sepatutnya tercabut dan kalau tak tercabut naturally, it should be plucked to avoid ketidakstabilan pertumbuhan gigi. See.....Mama rasa pengetahuan Mama tentang gigi is better than dentist yang senget tu tadi. B-)
So, after applying some sort of cream warna pink/purple... gigi Ajmal dicabut, ambil masa tak sampai 5 saat pun. Ajmal x menangis kesakitan pun... mengaduh sakit pun tak sempat.
Itulah kenangan cabut gigi Ajmal yang pertama kali. Dia amatlah excited, cabut gigi tak sakit katanya... tunggulah bila dah tua nanti... cabut gigi adalah sesuatu yang mesti dielakkan..huhuhuuuu
Gigi tumbuh kat belakang gigi susu tu. |
Budak excited boleh cabut gigi :p |
Rongak sudahhhh... |