Walaupun dah hampir sebulan berlalu, Mama nak tulis jugak cerita tentang banjir ni... Semoga ia menjadi kenang-kenangan dan tak akan berulang lagi, Insyaa Allah dengan izin Allah...
Tahun ni, banjir di Kampung Bujok, air naik sampai masuk dalam rumah!
Dah lama banjir tak seteruk ini. Tahun 2003 seingat Mama last banjir air masuk dalam rumah. Biasanya, air naik seberang jalan je, rumah Pok Pi dan rumah Mokcik Nah Pok Jik memang kebiasaannya akan naik air lah... Tapi, banjir tahun ni, rumah Tok Pa pun air naik, sampai masuk dalam rumah. Tapi hanya setakat di ruang tamu rumah yang memang rendah tu. Ruang family dan ruang dapur x sempat naik air. Ini banjir gelombang pertama!
Tak sangka pulak yang air akan naik lagi. Gelombang kedua!! Kali ni, banjir besar yang menyebabkan air naik keseluruhan negeri Kelantan. Rumah Tok Pa pula air naik sampai bahagian dapur yang tinggi tu... kira teruklah tu bagi rumah kita yang tak pernah naik air. Terjejas teruk kawasan di Gua Musang dan Kuala Krai menyebabkan majoriti penduduk di sana kehilangan harta benda. Rumah-rumah tinggal tapak semata-mata...sungguh sedih..
Mama, Mommy, Papa, Ayah Cu terputus hubungan dengan semua keluarga di kampung. Semenjak 25 haribulan sampailah 31 Disember tak tau apa-apa pun cerita tentang orang kampung Bujok. Semasa kejadian, yang ada kat kampung, Tok Pa, Nek Mi, Cik Nor dan Cik Su...sedih tak terkata, sehingga Mama terfikir kemungkinan-kemungkinan yang buruk berlaku kepada mereka semua.
Setelah 6 hari berlalu, selepas air bah surut, barulah kami semua dapat hubungi keluarga di kampung. Alhamdulillah, keadaan di kampung kita taklah seteruk yang berlaku di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. Syukur Ya Allah...
Air depan rumah... ini keadaan masa banjir gelombang pertama. |
Ummi memikirkan nasib almari dan gerobok yang bakal tenggelam...huhuhu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan