Gara-gara tido lewat malam semalam, Mama terjaga pukul 7.30 pagi dan terkejar-kejar bersiap ke ofis...tapi tetap sampai 9.15 jugak! Yelah, nak gi antar Ajmal rumah babysitter lagi, dengan jammednya lagi..
Sebab ni la Mama tido lewat semalam, jeng,jeng,jeng...
*
*
Cantik tak? Boleh le ye bagi budak baru belajar... Ni baru work in progress... Dah siap sume nanti Mama upload lagi ye. Mama memang suka jait manik untuk memperindahkan baju tapi Mama ni malas di samping tak banyak idea. Sekarang ni idea sedang mencurah2, semangat juang pun tinggi, hohohh.. Patern bunga teratai ni Mama baru belajar dari internet, dari blog Koleksi Cheq Sue, thanks, credit to her.. Malam2 je, paksa Ajmal tido awal sebab Mama nak mulakan projek.. heheh, bukan projek meramaikan rakyat Malaysia ye ;p.. Projek Manik!!
Selain dari jahit crosstitch, baca novel Sidney Sheldon, ini pun adalah salah satu hobi Mama time rajin sahaja .. Projek Crosstich Mama yang dari tahun 2005, sampai sekarang x siap2!! Adoiiii...
Tiap kali nak sambung projek, Baba mesti menyindir, ".. masa mengandungkan Hurin pun buat projek ni, masa mengandungkan Ajmal pun masih projek ni, bila nak siap ni?? "
" Yo lar... doh Baba x tolong siapkan..."
" Baba tengok pun dah pening, belum buat lagi.., kalau Baba buat bukan jadi bunga, jadi basikal ado lar..."
" Jadi basikal, magik lar..."
Mama tak sabar nak upload projek crosstich tu, tapi tunggu siap sepenuhnya le ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan