Mama geram dengan pe'el baru Ajmal yang Mama x berapa suka ni... Dia sekarang suka menjerit protest menggunakan pic yang sangat tinggi (ala2 mariah kari gitu)dan meragam kalau ada benda yang dirampas atau diambil daripada dia... Contohnya, kalau dia tengah main dengan satu mainan or apa2 je lah, dan ada sesiapa yang amik mainan tu dari dia samada dengan cara paksaan atau dengan cara lembut, dia mesti menjerit dengan kuatnya! Walaupun mainan tu mainan orang lain punya, tapi bila dia dah dapat, orang lain x boleh ambil dia punya..
Mama perhatikan Ajmal ni cepat belajar, dia akan absorb perlakuan sesiapa sahaja yang rapat dengan dia. Yang Mama geram dia dapat pe'el budak bertuah ni dari anak2 dan anak2 sedara baby sitter... Budak2 tu suka merampas apa sahaja yang Ajmal pegang atau main...meraung la Ajmal bila barang dia kena rampas. So, dia dah terikut-ikut dengan cara merampas dan x nak kongsi sesuatu dengan siapa2 pun..apa yang dia tau, kalau orang lain nak ambil sesuatu daripada dia, maknanya dia kena pertahankan sehingga ke titisan air mata yang terakhir dan meraung sekuat hati...hohohhh! Sekarang ni, kalau Mama nak amik apa2 yang dia tengah pegang pun, dia menjerit2 marah dan meraung sekuat hati... Mama tak suka perangai Ajmal macam ni. Kalau la dia bawak perangai bertuah ni sampai ke besar...uuuihhhh, jadila dia budak yang dibenci parents lain. Sebab Mama pun x suka budak2 yang ketega'q (bak kata farahiyah, kawan Mama org Penang)...
Nak salahkan budak2 100% pun, salah...budak2 kecik, apa yang diorang tau... Mak bapak la yang patut dipersalahkan sebab x didik anak2 mereka dengan nilai2 moral yang murni. Tapi bagi kes ibubapa yang kerja, pergi pagi..balik tak nampak tanah...anak seharian bersama pengasuh, malam pulak sekejap je bersama anak..bila masa nak terapkan nilai2 murni tu...akhirnya anak ikut perangai siapa yang dia paling banyak spent time with la... bila dah besar, paling lama dia spent time with their friends, so pengaruh rakan sebaya pulak.
Hoooiiiih, susah jaga anak ni, baru la Mama faham perasaan Papa dan Ummi macam mana jaga anak 7 orang... ni baru Ajmal sorang, tambahan lagi nak mendidik anak di zaman yang serba mencabar, yang banyak dipengaruhi anasir2 luar yang menyesatkan nih...Semoga Ajmal adalah anak yang mudah dibentuk untuk menjadi insan berguna di dunia dan di Akhirat, amiiiiiin. Tolong la jangan bawa perangai tak elok ni sampai ke besar Ajmal weiiii, tension Mama...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan