
Kuih ni Mama buat untuk berbuka puasa di hari kedua puasa. :p
Memandangkan semua bahan² yang diperlukan untuk membuat kuih ini ada di rumah, tak payah susah² gi pasar beli, Mama pun cubalah resipi Bingka Pandan Noxxa di Facebook Koleksi Resipi Kak Zon. Pelbagai resipi bingka ada, dimasak dengan periuk noxxa. Cepat dan tangkas.
Ini resipinya :-
BINGKA PANDAN NOXXA
************************
Bahan²:
2 cawan tepung
1 cawan gula
3 biji telor
2 cawan santan
1 cawan air pandan
2 sdb butter
1/2 sdt garam
Bijan utk tabur
Cara²:
📌 blend semua bahan kecuali bijan.
📌 lengser minyak dlm innerpot dn tuang adunan yg bertapis.
📌 tabur bijan atas adunan dn steam 25 minit.
📌 sejukkan baru potong.
Masa steam tu, abaikan saje bunyi beep beep tu. Selepas 25 minit boleh terus buka tutup periuk. After 5 minit baru buka tutup dan keluarkan innerpot. Biarkan innerpot sejuk dulu, dah boleh pegang tanpa kain lapik, baru keluarkan bingka dan potonglah kuih tu.
![]() |
Biarkan sejuk dulu dalam innerpot noxxa. Sepatutnya ada taburan bijan kat atas bingka ni. Tapi bijan takde... |
![]() |
Yang ini untuk hantar pinggan Kak Ton (jiran sebelah). Dia bagi kuih buka puasa tahun lepas. Tahun ni baru balas... melampau Mama ni :p |
![]() |
Food tester Chef Mama :p |