Selasa, 13 Jun 2017

Pengalaman pertama kali iftar di masjid...sungguh mendebarkan

Assalamualaikum Diari Mama,

Sepanjang 10 tahun Mama bermastautin di Johor Bahru ni, tak pernah walau sekalipun Mama berbuka puasa di masjid. Kenapa? Ada banyak sebab... dan sebab yang paling utama adalah Mama rasa malu berbuka di masjid sebab nanti orang kata kita pergi masjid semata-mata nak berbuka puasa free.

Kebiasaannya, selepas berbuka dan selepas solat Maghrib di rumah, barulah kita ke masjid untuk solat terawih berjemaah. Jadi, situasi berbuka di rumah memang sinonim dengan keadaan kelam kabut menyediakan juadah, sambil tunggu nak berbuka, mata tak lepas dari memandang kaca tv. Begitulah keluarga kita masa tunggu waktu berbuka....

Mama terpanggil untuk mencuba berbuka puasa di masjid tahun ni selepas terbaca satu penulisan daripada sumber yang Mama tak dapat trace, Mama pun tak berusaha untuk mencari sumbernya, namun pengisian penulisan itu mengusik perasaan Mama. Lantas Mama share penulisan tu dengan Baba melalui aplikasi Whatsapp, dan "...jom Baba, kita berbuka di masjid hari ni..." Tarikh hari tu 11 Jun 2017 bersamaan 16 Ramadhan 1438H.

Mama salin dan tepekkan di sini apa yang Mama baca tu...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
TARAF JUTAWAN.. KENAPA TAK MASAK? KENAPA BERBUKA DI MASJID
=============================

Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga,

datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka,

dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2... alhamdulillah ramai nak tahu.

Saya nak share kisah yang bermula pada tahun 2012. Tahun itu, saya belum lagi buat bisnes. Hanya makan sahaja produk tapi tak buat bisnes.

Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes di Hotel  De'Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.

Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :

" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"

Beliau jawab :

"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa

Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "

" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL.."

" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....

" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "

"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... ALLAHu akbar...."  kata beliau lagi....

"Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai...inshaaALLAH " Akhiri beliau

Saya senyp sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka,

atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan

Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.....

Saya terbanding diri saya dengan beliau...

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,

ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit,

buah lah

air lah

kuih tak potong lagi lah

tuang nasi lah

memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri....

Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.

Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan....

sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH....

Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,

Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat....

Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Post Hamba Allah ini samada di Facebook atau di mana-mana saja medium media sosial yang beliau guna, memang kena sekelepuk atas kepala Mama. Kalau pada hari bekerja, Mama memang tak sempat nak masak beria, so Mama atau Baba akan beli juadah berbuka di Bazar Ramadhan. Dua belah tangan menjinjing beg plastik juadah berbuka yang kebanyakannnya makanan tersebut ada bakinya yang terpaksa dibuang atau diletakkan di dalam peti ais kerana tak habis. ~Sehingga saat ini ada tiga kebab daging yang disimpan dalam peti ais kerana sayang nak buang...tapi tunggu masa juga kena buang sebab dah terlalu lama simpan~

Tanggal 11 Jun 2017, bermulalah pengalaman pertama keluarga kita berbuka di masjid. Kita berbuka di sini  👇

Image result for masjid bandar dato onn
Masjid Bandar Dato' Onn Johor Bahru
~credit to source~

Hari pertama berbuka di masjid, perasaan Mama bercampur baur, tapi Mama diamkan saja. Masuk masjid, Mama solat sunat dua rakaat, Nuha pula asyik bertanya, kita ni dah nak solat terawih ke... Lebih kurang jam 6.45 petang, kedengaran suara Imam buat pengumuman...bukan pengumuman buka puasa ye... tapi pengumuman untuk sama-sama bertahlil sementara menunggu waktu berbuka. Semasa bertahlil, perasaan Mama terus berkecamuk dan berkata-kata di dalam hati...

" Ada ke berbuka puasa di masjid ni, sebab tak nampak pun orang atau AJK masjid sedang sediakan juadah..." 😩

Jemaah lain pula Mama tengok semua datang dengan bekal masing-masing. Ada yang menjinjing beg plastik, ada yang bawa tupperware berisi makanan. Sudahhhhh...nak berbuka dengan apa keluarga kita ni. Mama risaukan Ajmal je sebab Mama tengok dia tadi memang penat. Maklumlah, hari pertama berpuasa waktu sesi persekolahan. Sebelum ni puasa waktu cuti sekolah, taklah penat sangat sebab rileks tengok tv je kerjanya...

Waktu berbuka kian hampir, Mama semakin risau sampaikan bacaan tahlil pun berterabur antara baca dengan tidak. Selesai tahlil, Imam mengumumkan supaya jemaah bersedia untuk berbuka puasa. Mama terus keluar ke ruang legar masjid dan ternampaklah Baba, Ajmal dan Atif terkedek-kedek ke arah Mama. Baba tersenyum dari jauh, bila dah dekat dia cakap "Kalau takde jamuan berbuka puasa kat masjid ni, kita makan kat luar lepas solat terawih. Abang Ajmal sabar dulu ye, buka puasa dengan kurma je dulu". Hahahaaaa...rupanya Baba pun berkecamuk fikirannya sama macam Mama juga.

Tiba masa berbuka, keluarga kita berbuka dengan kurma dan air mineral. Mama bawa kurma dan air dari rumah, masjid pun ada sediakan juga kurma dan mineral cup. Muka Ajmal memang monyok je sepanjang berbuka. Kesian pulak Mama tengok dia... Selesai berbuka dengan kurma dan air jerrr, kami solat Maghrib. Masa solat pun Mama tak khusyuk sebab dok fikir lagi tentang peliknya takde orang sediakan juadah berbuka...haruuuuuuu

Selesai solat Maghrib, selesai doa, Imam buat pengumuman sekali lagi kepada semua jemaah untuk ke ruang bawah masjid bagi menikmati juadah berbuka puasa...Yeayyyyyyyy, ada rupanyaaaaaaa... Mama dan Nuha keluar ke ruang legar masjid dan terus nampak muka Baba yang tergelak besar kat situ. Mama pun ikut gelak sama...

Masa nak berbuka pun ada dugaan yang keluarga kita alami. AJK masjid tegur Baba kenapa makan sorang-sorang sedangkan juadah tu dalam talam untuk 4 orang makan. Kebetulan masa tu Mama dan anak-anak semua sedang ambil air. Berubah juga muka Baba sambil dia tunjuk ada family yang akan makan sama-sama, bukan makan sorang je... Baba tak puas hati betul dengan Pak Aji AJK masjid tuh! 😒

Selesai berbuka puasa, sementara tunggu Isyak, dapatlah Mama mengisi masa membaca Al-Quran yang mana mustahil untuk dibuat kalau berbuka di rumah. Time tu lah nak kemaskan pinggan mangkuk yang guna masa berbuka tadi, time tu lah jugak nak kena bersiap-siap untuk ke masjid. So, nikmat berbuka puasa di masjid ni adalah pengisian masa dengan aktiviti-aktiviti bertahlil dan mengaji tu amatlah bernilai. Kalau berbuka kat rumah, sementara menunggu waktu berbuka tu, sempat lagi layan tv, nak bertahlil atau berdoa jauh sekali...

Terawih Mama mampu buat 8 rakaat je. On the way balik, Baba masih lagi tak puas hati dengan Pak Aji AJK masjid tadi. Tapi kami rasa dugaan itu terjadi kat keluarga kita sebab masa mula-mula datang masjid petang tu, fikiran dah tak tenang. Solat Maghrib pun tak khusyuk sebab dok fikir pasal makanan, so Allah bagi pengajaran...hihihiiiiiii 😅

Semalam, hari kedua kita berbuka di masjid. Mama berjaya bertahlil dengan tenang. 5 minit sebelum berbuka, Mama sempat memanjatkan doa supaya keluarga kita dirahmati Allah, dimurahkan rezeki. Mama juga berdoa agar diberikan peluang dan ruang untuk menjadi salah seorang penyumbang aktiviti berbuka puasa di masjid ini. Semalam, Mama dah bersedia dengan juadah pengalas perut. Mama goreng karipap, samosa daging dan potong buah. Semua habis, takde pembaziran. Semalam juadah berbuka di masjid, Laksa Johor.

Sementara menunggu masuk waktu Isyak, Mama berjaya habiskan Surah Al-Mukminun. Hari ni dah mula baca Surah An-Nuur.

Hari ni menumpang kasih di rumah ALLAH lagi, Insyaa Allah.

Alhamdulillah. 😊

3 ulasan:

  1. Good sharing k.long.
    Moga terus istiqomah.
    Doakan kami sama k.long, dah lama berhasrat nak berbuka di masjid ni tapi masih belum kesampaian huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq K.Zack...
      Insyaa Allah, anak² dah besar sikit, bolehlah bawa ke masjid.. Bab makan tu memanglah takde kepuasan sprt juadah yg kita masak sendiri, tapi pengisian ibadah tu yang indah.

      Ada juga k.long nampak family yg bawa juadah sendiri, cuma diorang dtg berbuka di masjid.

      Padam
  2. dia ni tulis long.. https://m.facebook.com/pengedarshakleeterbaik
    nama dia salwa al izzah.. lama dah dia tulis, dr tahun 2014 lg..tahun ni viral smula.. dia pun jutawan jugok dah lonih huhu

    BalasPadam

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP