Perancangan untuk mengadakan Family Day Anok Cucu Cicit Moksu Mek Yoh bermula dengan mesyuarat antara 7 adik-beradik Baba dan dibawa untuk perbincangan lanjut dan persetujuan semua ahli keluarga semasa sesi mesyuarat pada Hari Raya Pertama Aidilfitri lalu. Semasa sesi mesyuarat itu, semua perkara dibincangkan termasuk persetujuan untuk menaikkan kutipan bulanan Tabung Keluarga daripada RM50 sebulan ke RM80 sebulan. Majoriti ahli keluarga bersetuju dan Bendahari Tabung Keluarga masih kekal diamanahkan kepada Kak Inun aka Cik Ngoh.
Tarikh Family Day Tahun 2026 telah ditetapkan pada 2-4 Jun 2026 di Tok Janggut Homestay Taiping, Perak. Tindakan selanjutnya adalah membuat tempahan baju dan semua sebulat suara memilih warna teal blue untuk warna tema baju hari keluarga kali ini. Kakak Syafiqah Mok Cik dipertanggungjawabkan untuk mencipta design baju.
![]() |
| After beberapa pembetulan dan penambahbaikan, beginilah rupa baju hari keluarga tahun 2026 yang telah dipersetujui oleh semua ahli keluarga. |
Mama pening memikirkan berapa banyak cuti rehat yang Mama kena apply untuk attend Family Day. Walaupun tarikh yang dicadangkan adalah semasa musim cuti persekolahan, tapi Mama bukan cikgu. Mama kerja pejabat yang kena ambil cuti rehat. Kelayakan cuti rehat tahun ini pun dah tinggal sikit.. Hanya tinggal 26 hari sahaja lagi. Nak pakai sampai bulan 12. π
![]() |
| Kalau tengok pada grafik ini, Mama tak boleh apply cuti untuk Raya Haji. Mama kena simpan kelayakan cuti rehat untuk ambil pada 3, 4 & 5 Jun 2026. ππ |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan