School Holiday 2019!

Cuti-cuti sekolah tahun 2019 ke Colmar Tropicale pada 22 - 24 Disember 2019 yang mesti diabadikan di dalam Diari Mama kerana mungkin ianya akan menjadi percutian pertama dan terakhir kita sekeluarga ke sana... 😏

Sebab apa Mama cakap macam tu? Sebabnya tempat tu kalau pergi sekali pun dah ok kot... Ada sesetengah tempat yang termasuk dalam pakej lawatan, tidak diselenggara dan dijaga as it's supposed to be. Contohnya Animals Park. Arnab ada dua ekor je, anak rusa nani tak nampak batang hidungnya, my little pony pun takde. Anak-anak excited nak tengok binatang, tapi dapat tengok arnab je...itupun arnab tu nampak macam sakit, lemah je...

Patutlah Mama perhatikan ramai pelawat yang datang balik hari dan tidak menetap di situ. One of the obvious reason is, makanan kat atas tu sangatlah mahal, umpama makan di atas kayangan 😏😓. Restoren tutup seawal jam 9 malam. 7 Eleven tutup seawal jam 7 petang lagi... Untuk memandu turun dari Bukit Tinggi ke Bentong di waktu malam, tak sanggup kami... so, malam pertama kita bertahan dengan stok roti dan maggi yang Mama dan Mommy beli semasa dalam perjalanan ke Bukit Tinggi. Bertabahlah kita untuk 2 malam lagi...huhuhuuuuuuu

Esoknya, selepas melawat ke Botanical Garden dan Japanese Garden, kita semua turun ke Bentong, makan tengahari, beli KFC untuk dinner dan stock up bekalan maggi dan jajan...

Aktiviti yang paling anak-anak suka, mandi kat swimming pool...biasalah, kalau stay mana-mana hotel pun, tempat yang pertama dicari adalah pool. Aktiviti wajib, melawat swimming pool dua kali sehari, pagi dan petang, mandi-manda sampai kecut. 😆

Cuti-cuti kali ini featuring Nek Mi, Cik Su dan Mommy sekeluarga.


Hari pertama, mula-mula sampai, kita explore kawasan Colmar Tropicale sahaja.







Atif with his signature pose ✌

Bagi can kat Baba posing his signature pose... senget sebelah 😆😆😆


After exploring, we had lunch @ La Flamme and spent over RM300+ on pizzas, spaghetti, mac 'n cheese and beverages for 6 adults and 7 kids.

...yang sempat Mama snap...


On the way nak naik ke bilik, tiba-tiba terdengar muzik yang kuat, dan beberapa orang lelaki dan perempuan berpakaian sukan kuning muncul dan berzumba. Oklah, layan zumba dulu...



After that, we checked in dan mak ayah dan nenek dapatlah rehat sekejap, memejamkan mata dan merehatkan badan... Anak-anak riuh ke sana ke mari, berlari ke sana sini. Mama booked family room with connecting room, so enough space for our family. Tapi, untuk tidur, dua katil bersaiz Queen tidaklah dapat menampung semua orang dewasa dan anak-anak. Jadi, kita bawa tiga bidang tilam toto. Isu tempat tidur selesai!

Baru je sekejap memejamkan mata, anak-anak dah bersiap sedia dengan baju mandi, mengajak untuk ke pool... Alahai anak-anak...Daddy yang masih mengantuk, terpaksa juga bangkit sebab Baby Zulaikha dah mengamuk. Mama dan Baba pun ikut samalah menemankan anak-anak yang nak mandi. Tapi bila sampai pool, Baba sibuk nak berposing kat tepi kolam pulakkkk...kasik canlah... 



Berjujuk molek... 


 👦😎

Waktu malam tak begitu happening, restoren tutup awal dan aktiviti yang ada hanyalah sesi zumba. Habis aktiviti zumba, suasana sunyi. Aktiviti malam di sini hanyalah mengambil gambar-gambar sekitar hotel yang diterangi lampu-lampu.


  






Kasik can Mama ngan Baba nak bersuwit sawit skettt 😁😀😄






Hari kedua, awal-awal pagi kita turun breakfast sebab perancangan hari ini kita mesti kena selesaikan lawatan sebelum tengahari. Tengahari kita kena turun ke Bentong untuk makan tengahari dan shopping stok makanan. Additional charged for breakfast is RM200+. 😅😓

Jom kita ke Botanical Garden dan Japanese Garden!





Untuk naik ke Botanical Garden dan Japanese Garden, kita terpaksa mendaki tangga yang sangat tinggi, lenguh lutut semua orang...kesian Nek Mi 😟

Pintu masuk ke Japanese Garden & Botanical Garden.







 


Tak banyak sangat bunga-bungaan di Botanical Garden semasa kita datang... Bunga yang ini je yang menarik perhatian Mama.

Nek Mi nak bergambar dengan pokok unik kat belakang tu...


Mama, tolonglah jangan posing tonggek lagi lepas ni... 😑

Ada juga gambar sefamily Mommy... 😍
Gambar sefamily kita nan hado... 😑


Jom balik... waktu turun, tak perlu menuruni tangga. Jalan turun landai je.

On the way nak turun ke Bentong, kita singgah ke Animals Park...yang tak sepertinya sebab takde pun animalsss. Gambar nggak ada, terbantut semangat nak bergambar tengok keadaan tempatnya. 😒

Balik daripada Bentong, hari dah petang. Aktiviti wajib anak-anak, melawat pool lagi...

Hari terakhir, seawal pagi anak-anak dah bangun sebab nak manfaatkan waktu sebelum checked out, melawat swimming pool buat kesekian kalinya. Kita checked out jam 12 tengahari dan menuju pulang ke kediaman Mommy Daddy di Pangkalan Tentera Udara Kuantan.

Berakhir sudah cuti-cuti sekolah tahun 2019. Next year, kita bercuti di tanah landai je, serik dah ke bukit tinggi gunung ganang bagai... 😅😅😅

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP