Trip to 'Skybridge KLCC' ~ CNY 2018

Cuti Chinese New Year tahun 2018, keluarga kita tak balik kampung since Mommy Amjad pun tak balik. So, Mama bawa anak-anak ke KL untuk spent holiday with their cousins...

Seperti biasa bila ke KL, tempat penginapan adalah rumah Daddy and Mommy Amjad di Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa, Kem Kementah.

Dan seperti biasa, Daddy Amjad akan plan for a trip here and there... Kali ini, kita ke Skybridge KLCC.

Walaupun Mama belajar di UIA semenjak tahun 1998, telah beberapa kali mengunjungi pusat beli belah di KLCC, tapi tak pernah terfikir untuk merasai pengalaman berada di ketinggian 170 meter dari permukaan tanah dan melihat pemandangan daripada jejantas menara berkembar.

Ini pengalaman pertama bagi semua orang. Mommy and Daddy juga tak pernah as well as Cik Su.

We went there by LRT. First experience for the kids. Mereka sangat teruja dan seronok...


Tengok ekspresi Ajmal tu...muka excited first time naik LRT. 

Atif pun nak berdiri pegang tiang juga...taknak duduk kat kerusi dengan Mama.



Perkara pertama yang kami buat apabila tiba di KLCC, bergegas untuk membeli tiket di Level Concorse Twin Towers. Jumlah bayaran untuk tiket kami belanjakan lebih kurang RM200++.

Harga tiket dewasa (14-60 tahun)  - RM30
Harga tiket kanak-kanak (3-13 tahun) - RM15
Harga tiket warga emas (61 tahun ke atas) - RM15

Beli tiket pukul 11.00 pagi, giliran sesi lawatan pukul 2.30 petang. Lama tu kena tunggu...so, kami pergi makan dan jalan-jalan kat taman dulu.



Ada seorang photographer dari Indonesia yang tolong ambilkan gambar ni...

Mama dah habis gaya posing mengiring, mengetam nak bagi nampak kurus, tapi gemoks jugakkkk 😔



Hampir jam 2.00 petang kami menuju semula ke Menara Twin Towers. Apabila waktu melawat akan bermula, semua pelawat diminta beratur untuk melepasi mesin pengimbas tiket dan melalui pemeriksaan keselamatan oleh polis yang bertugas. Taklimat keselamatan disampaikan secara digital, tonton je screen...

Sedang beratur untuk melepasi mesin pengimbas tiket. 

Kami diiringi oleh polis bertugas menaiki lif ke Tingkat 41 iaitu tingkat yang menempatkan skybridge ini. Skybridge adalah jejantas pejalan kaki sepanjang 58.4 meter yang tergantung antara dua bangunan Menara Berkembar Petronas. Aras ketinggian adalah 170 meter dari permukaan tanah! Meninjau ke seluruh Bandaraya KL di aras ketinggian ini, semuanya nampak sayup dan kecil sahaja. Rasa gayat pun ada... 

Dah ke mana tudung korang?

Semua muka penat. Afiah siap menguap 😆😂

Pemandangan dari Tingkat 41 Menara Berkembar Petronas.

Kemudian, kami dibawa menaiki lif ke Tingkat 83. Tingkat 83 ini level untuk transit sahaja, kemudian kami dibawa menaiki lif yang lebih kecil untuk ke Tingkat 86.

Tingkat 86 adalah aras tertinggi yang dibenarkan untuk orang awam. Aras ini untuk Observation Deck. Teropong berkuasa tinggi ada disediakan untuk pelawat. Mama tak sempat nak meneropong sebab anak-anak berebut nak teropong...

Puncak Menara Berkembar tu dekat je rasa...

Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang saujana mata memandang..

I am here! 👍

Masa yang diperuntukkan untuk berada di Observation Deck ini hanya 20 minit sahaja. Kemudian kami dibawa turun ke Tingkat 83 semula, tingkat transit tadi tapi kali ini keluar lif di bahagian lain. Keluar sahaja dari lif, kita akan terpandang dinding biru yang memaparkan grafik menara-menara dan bangunan tertinggi di dunia. Jalan depan sikit...tu diaaaa....ada kedai cenderahati. Nuha dah mula mengira dan menghitung bilangan kawan-kawan yang dia nak bagi key-chain. Nak pengsan Mama bila tengok harganya... jadi Mama benarkan Nuha ambil 2 key-chain sahaja dan Mama beli satu fridge magnet. Ajmal tak berminat....selamatttttt duit Mama... 😌



Overall, pengalaman yang mengujakan. Walaupun penat, kami semua seronok. Sampai rumah lebih kurang jam 5.30 petang. Semua penat, tidur macam pengsan.

Malamnya pula, Papa, Mommy, Danish, Mya dan Myra datang...kami keluar menonton Black Panther, Wakanda Forever!!!

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Back to TOP