Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada 5 September 2025, jam 5.35 petang.
![]() |
| Anak-anak dan cucu NekMi |
| Di Madinah, Mama menginap di Rose Holiday II Hotel. Jarak dari hotel ke Masjid Nabawi hanya 950 meter sahaja. |
![]() |
| Ini pemandangan daripada bilik hotel. |
6 September 2025
Kali pertama menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Mama terpegun melihat keindahan binaan masjid dan takjub saat payung-payung besar di sekitar masjid dibuka usai solat Subuh. Sebelum ini hanya mendengar sahaja cerita daripada rakan-rakan yang telah dijemput ke bumi Anbiya ini sambil membayangkan sahaja. Akhirnya, berpeluang juga Mama melihat keindahan ini. Alhamdulillah, syukur.
![]() |
![]() |
Payung gergasi di sekeliling dataran Masjid Nabawi ini dibuka selepas solat Subuh sehinggalah ke waktu petang untuk memayungi jemaah ketika solat dan beribadah di dataran masjid ketika waktu siang yang panas. Sebelum solat Maghrib, payung ditutup semula. Baba pernah bercerita, payung ini akan ditutup sekiranya hujan turun dan para jemaah akan bergembira mandi air hujan. Ketika Mama di Madinah, tak pernah hujan, jadi tak dapatlah Mama mengalami situasi itu.
![]() |
| Mama ternanti-nanti saat untuk menziarahi Raudhah. Sistem untuk booking waktu ziarah Raudhah ini menggunakan aplikasi Nusuk. |
Pandangan Raudhah dari luar Masjid Nabawi. Tepat di bawah kubah hijau inilah terletaknya makam Nabi Muhammad SAW dan juga makam sahabat Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab.
Malam nanti jam 10.00 malam, giliran Mama untuk masuk Raudhah. 😍
Tepek gambar Ceq Nor posing depan kubah hijau. Cantik Cecenor 😍😍
Sempat juga Mama ambil video semasa berjalan keluar dari Raudhah setelah selesai solat dan berdoa. Sambil ambil video, sambil risau kena jerit dengan petugas-petugas di situ supaya cepat berjalan keluar sebab giliran jemaah lain pula nak masuk. 😅
Selesai sudah menziarahi Raudhah. Kami masuk pukul 10.00 malam, bila keluar tengok jam dah hampir pukul 1 pagi. Lama juga kat dalam sana ye..rasa macam sekejap je.. Perasaan bercampur baur. Gembira, puas hati, sayu, sebak.. macam-macam rasa datang.
![]() |
| Sijil Berjaya Memasuki Raudhah 😍 Sijil ini boleh generate dekat aplikasi Nusuk. |
Aktiviti utama kami sepanjang di Madinah adalah di Masjid Nabawi. Solat berjemaah dan membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu sembahyang fardhu. Setiap kali ke masjid, kami tidak melepaskan peluang minum air zam zam dan mengisi botol bekas air dengan air zam zam yang disediakan di kawasan dataran masjid dan juga di dalam masjid.
Amalan yang Mama tak akan lupa semasa di Tanah Suci adalah, setiap kali selesai solat fardhu, mesti ada solat jenazah. Betapa bertuahnya sesiapa yang meninggal di Tanah Suci, disolatkan oleh beratus ribu jemaah dari seluruh dunia.
Kalau pergi awal bolehlah masuk solat dalam masjid. Ada pintu khas untuk jemaah wanita. Mama masuk masjid guna Pintu 17 dan 25. Kalau sampai lewat, pintu dah tutup, boleh solat di dataran masjid. Solatlah di mana-mana pun di Masjid Nabawi, rasanya sangat istimewa, sayu dan tenang.
Kalau solat di dalam masjid, Mama selalu mendongak ke atas sebab design silingnya sangat indah. Tiang-tiang dalam Masjid Nabawi sangat gah dan mewah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Cantik corak siling tu kan..
Gambar sebelah tu Mama nak tunjuk corak dan warna karpet dalam Masjid Nabawi.
Corak dan warna yang sama juga di Raudhah.
7 September 2025
Mutawwif membawa jemaah menziarahi Masjid Quba dan Jabal Uhud. Mama terlupa nak mention, kali ini kami menunaikan umrah bersama Tiram Travel. Mutawwif kami Haji Wan Mustaffa.
Mutawwif membawa jemaah menziarahi Masjid Quba dan Jabal Uhud. Mama terlupa nak mention, kali ini kami menunaikan umrah bersama Tiram Travel. Mutawwif kami Haji Wan Mustaffa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah pada 8 Rabiulawal (622 Masihi). Terletak di perkampungan Quba, kira-kira 5 kilometer di selatan Masjid Nabawi.
Dalam perjalanan balik dari Masjid Quba, jemaah dibawa melawat Kebun Kurma. Mama beli kurma segar (ruthob) yang baru dipetik dari pokok. Mama suka rasa kelat manis ruthob yang separuh masak.
![]() |
![]() |
![]() |
Kemudian, kami dibawa ke Bukit Uhud (Jabal Uhud). Bukit Uhud menjadi destinasi wajib dalam atur cara ziarah luar di Madinah untuk mengingatkan kita akan pengorbanan 70 pejuang Islam yang syahid semasa Perang Uhud. Ia adalah tapak ziarah penting yang menempatkan makam para syuhada termasuk makam bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib.
Bukit kecil di hadapan Jabal Uhud
adalah Jabal Rumat (Bukit Pemanah).
Di bukit ini Rasulullah
menempatkan
askar pemanah
semasa Perang Uhud.
![]() |
| Makam para syuhada. Makam yang diletakkan tanda dengan dikelilingi batu itu adalah tempat persemadian bapa saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Muttalib. Besar dan tinggi manusia pada zaman dahulu kan... |
![]() |
| Suasana Masjid Nabawi usai solat Subuh 😍 |
![]() |
![]() |
Menunggu masuk waktu Maghrib di dataran Masjid Nabawi.
10 September 2025
Setelah selesai Ziarah Wada', kami meneruskan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan umrah.
![]() |
| Berhenti di Miqat Bir Ali untuk berniat ihram umrah. |
Setelah selesai urusan check-in hotel dan urusan bagasi, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk bersedia menunaikan umrah wajib. Umrah Wajib ini kami laksanakan diketuai oleh mutawwif bersama jemaah yang lain.
![]() |
| Alhamdulillah, lebih kurang jam 1.00 pagi, kami selesai melaksanakan Umrah Wajib. |
![]() |
| Mama abadikan memori ini ketika berjalan balik menuju hotel usai melaksanakan Umrah Wajib. |
11 September 2025
![]() |
![]() |
Keesokan harinya barulah boleh ambil gambar Kaabah. Semalam masa buat Umrah Wajib, memang fokus untuk beribadah dan ingat semua perkara "do & don't" sahaja. Selepas selesai Umrah Wajib pun masih terasa terawang-awangan. Jadi hari ini, bolehlah melihat Kaabah sepuas hati. Boleh solat Zuhur di depan Kaabah dan membaca doa-doa kiriman sahabat handai.
13 September 2025
![]() |
![]() |
With Ummiku sayang 😍😘
Berkumpul di lobi untuk ziarah luar ke Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Padang Mina, Muzdalifah, Muasissem dan Masjid Jaaranah. Mama berniat umrah di Jaaranah untuk melaksanakan umrah sunat.
![]() |
| Bergambar kenangan bersama jemaah 05SEP2025SVG4 di Jabal Nur. |
![]() |
![]() |
Selesai saie dan tahallul di Bukit Marwah.
15 September 2025
Selesai melaksanakan Tawaf Wada' lebih kurang jam 12 tengah malam. Kami balik ke bilik untuk bersiap-siap untuk check-out. Mutawwif berpesan jangan tidur selepas Tawaf Wada'. Jadi, setelah selesai mengemas, kami terus turun dan berkumpul di lobi, walaupun jadual pergerakan ke lapangan terbang pukul 3.00 pagi. Risau kalau tunggu di bilik, mesti tertidur lena atas katil. 😅
Lamanya urusan check-in bagasi nak balik Malaysia. 😌
Setiap jemaah dapat 5 liter air Zamzam, diuruskan oleh mutawwif Tiram Travel. Sampai Malaysia nanti, barulah air Zamzam tersebut akan diserahkan kepada jemaah.
Bergambar kenangan bersama jemaah dan mutawwif di KLIA.
Kenangan menunaikan Umrah ini sangat indah dan Mama berdoa agar Allah menjemput Mama ke Tanah Suci lagi, Insyaa Allah, aamiiiiiin. 🤲🏻









































