Ahad, 15 Mac 2026

My favourite movies and drama series of all times πŸ˜‰

Dalam banyak-banyak movies yang Mama pernah tonton sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah yang Mama ingat sampai sekarang adalah Anne of Green Gables lakonan Megan Follows sebagai Anne Shirley dan Jonathan Crombie sebagai Gilbert Blythe yang disiarkan melalui slot Dunhill Double di RTM 2 setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.00 malam, tahun 90-an dulu-dulu...

Terngiang-ngiang lagi iklan yang berbunyi seperti ini.... "Alfred Dunhill mempersembahkan filem-filem yang bermutu luar biasa, setiap Khamis dan Jumaat, The Dunhill Double menampilkan (nama pelakon dan filem yang akan ditayangkan pada minggu itu). Iklan tersebut akan diakhiri dengan... "Dunhill, Gaya Mutu Keunggulan". Empunya siapakah suara latar di sebalik iklan itu? Mama tanya Mr. Google, tapi tiada maklumat tentang empunya suara latar itu. Tapi ada satu komen di YouTube yang menulis pemilik suara latar iklan itu adalah Allahyarham Farit Ismeth Emir. Mama dengar pun, sama macam suara arwah...

Sebenarnya, ada banyak versi filem Anne of Green Gables yang diadaptasi dari novel klasik karya Lucy Maud Montgomery ini. Tapi filem yang diarahkan oleh Kevin Sullivan dan dilakonkan oleh Megan Follows dianggap adaptasi paling popular. Mama pun suka versi yang ini. Tapi, sukar untuk mencari platform yang menyiarkan filem versi 1985 dan 1987 (sequel) sekarang. Yang ada di Netflix dan platform tontonan atas talian lain adalah versi yang lain-lain yang tidak se'asli' arahan Kevin Sullivan.

Mama rindu nak menonton lagi Anne of Green Gables versi ini. Kat mana ye Mama boleh menontonnya??? 😐

Poster filem Anne of Green Gables lakonan Megan Follows, arahan Kevin Sullivan.
Credit goes to IMDb

Sewaktu zaman study UIA pula, Mama ter'minat' giler kat Shah Rukh Khan. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…  Semua filem lakonan Shah Rukh Khan Mama mesti tonton especially Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) dan Kuch Kuch Hota Hai (KKHH).

Credit goes to Wikipedia

Zaman dulu, kalau nak tengok movies, kena beli CD atau DVD, atau sewa je..lepas tengok, pulang balik πŸ˜‰ Almaklumlah, zaman study uni, duit tak berapa nak ada. Ada kawan-kawan yang have-have, diorang beli DVD, Mama pun menumpanglah tengok sama-sama kat Library Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai. Mama menginap di Kolej Zainab Al-Ghazali (KZAG), bersama-sama Farahiyah Badri, Hasniza Md Noor, Che Wan Azidah, Junida Jamaluddin...ramai lagi lah, tapi nama-nama hok ni je Mama ingat masa kat Matrik Lembah Pantai. Hujung minggu je, kitorang pegi library menonton Dilwale ramai-ramai. Indahnya kenangan itu...😍

Time study di main campus, IIUM Gombak, terjebak pula dengan drama series Taiwan, Meteor Garden (TV Series 2001) yang dilakonkan oleh Barbie Hsu sebagai San Cai dan Jerry Yan sebagai Dao Ming Si. πŸ˜… Mama beli DVD diaaaaa... 😁 Setiap waktu terluang, Mama dan kawan-kawan yang menginap di Blok G Mahallah Asma' akan menonton siri ini di bilik Farahiyah atau bilik Azimah yang lebih mesra kami panggil Jim. Mama menginap satu bilik dengan Farah, Jim dan Che Wan. Naja, Shikin, Che Chu dan Junida yang menginap di bilik depan Blok yang sama akan datang ke bilik kami. Kadang-kadang port menonton adalah di bilik Naja. Tempat lepak kami menonton adalah di bilik kawan-kawan yang ada PC atau laptop πŸ˜†. Angah (Mommy) yang time tu study kat UPM, setiap minggu akan datang ke UIA lepak kat bilik Mama πŸ˜…. Mommy pun dah jadi salah seorang ahli geng lepak kami. Sehingga sekarang, Mama masih berhubung dengan geng Meteor Garden dan kami ada Grup WA yang adminnya adalah Naja dan dia namakan Grup WA kami tu 'Meteor Garden Clan'  πŸ˜„πŸ˜†.

Tapiiiii, DVD Meteor Garden Mama tu dah takde 😩. Mama lupa siapa pinjam, tak dipulangkan πŸ˜’. Mama ingat-ingat lupa, rasanya sepupu Mama yang pinjam time Mama dah kerja kat Kota Bharu.

Poster Meteor Garden 2001
Credit goes to IMDb

Terpengaruh dek siri inilah, Mama bertindik sampai 3 lubang di kedua-dua telinga. 3 pasang Mama pakai anting-antingπŸ˜„πŸ˜…. Once Mama kahwin dengan Baba, Ummi (Nek Mi) suruh Mama pakai sepasang je anting-anting. Lama kelamaan, lubang yang lain itu tertutup. Rupanya bertindik lebih daripada satu lubang di setiap telinga itu adalah dilarang kerana menyerupai golongan lain. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Ω…Ω† ΨͺΨ΄Ψ¨Ω‡ Ψ¨Ω‚ΩˆΩ… ΩΩ‡Ωˆ Ω…Ω†Ω‡Ω… Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨   Mama rujuk di SINI.

Di era digital dan globalisasi ini, dunia saling terhubung oleh internet. Banyak platform dan aplikasi streaming service yang menawarkan pelbagai jenis rancangan TV, filem, anime dan dokumentari. Semuanya di hujung jari. Rumah kita ni, dah jarang tengok siaran biasa TV. Buka TV je, tengok Netflix. Berita tentang negara dan luar negara, tengok kat handphone je melalui aplikasi FB, TikTok dan lain-lain. Banyak sangat perubahannya... Mama adalah anak zaman Gen X. Lahir di awal dunia mula globalisasi. Mama adalah generasi yang melalui fasa peralihan daripada teknologi analog kepada digital.

So, Mama pun tidak terkecuali menggunakan pelbagai medium penstriman yang wujud sekarang ini untuk menonton movies dan drama series dari pelbagai negara seperti Korea (K-Drama), Taiwan (C-Drama), Jepun (J-Drama), Turki, India, Sepanyol, Thailand dan negara-negara yang tak pernah Mama terfikir boleh tengok filem mereka seperti Rusia, Africa, dan baaaaanyak lagi...

Zaman sekarang, movies dan drama series banyak sangat. Setiap minggu keluar cerita baru kat Netflix, iQIYI, Viu dan lain-lain aplikasi penstriman. Bila dah banyak sangat, keterujaan kita akan hilang bila ceritanya lebih kurang sama. Mama akan tengok sekali dan binge-watch sahaja. Kadang-kadang skip je scene yang tak menarik sebab nak habiskan cepat siri tu untuk tahu endingnya sahaja.

Tapi ada beberapa K-Drama yang Mama suka dan boleh ulang tengok, antaranya Business Proposal, Reply 1988 dan When The Phone Rings. Ada beberapa lagi, tapi Mama lupa πŸ˜€. Baba pula suka melayan siri Racket Boys. Dah berpuluh kali kot dia khatam. Baba bagitau dia suka cerita tu sebab cerita santai, lucu, semangat setiakawan yang tinggi dan tak sakit kepala dan tak perlu fikir banyak bila menontonnya. 😁

Manakala C-Drama pula, Mama selalu ulang tengok cerita Hidden Love lakonan Zhou Lusi dan Chen Zeyuan. Satu lagi cerita The Prisoner of Beauty lakonan Liu Yuning dan Song Zuer.

Filem Inggeris yang menjadi kegemaran Mama dan Baba adalah The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Sequel ketiga The Voyage of the Dawn Treader tu dah tak berapa syok. Pernah tengok tapi tak habis pun..so, tak berapa pasti jalan ceritanya macam mana... Dan, sudah pastinya tersenarai dalam movies paling disukai adalah semua siri The Lord of the Rings dan The Hobbit.

Ada satu movie Inggeris yang Mama selalu ulang tengok dan akan menitis air mata dan rasa sebak... cerita tu bukan cerita sedih... tapi Mama tak tahu kenapa Mama rasa sebak... tajuknya Flipped. Mama menontonnya di Netflix. Mama menangis teresak-esak masa scene Juli dapat tahu yang Bryce buang telur ayam yang dia bagi pada Bryce setiap hari dan sebak bila scene Juli mula menjauhkan diri setelah peristiwa itu. Mama menangis lagi bila scene Bryce tanam sycamore tree di halaman rumah Juli dan Juli memaafkan Bryce. Mereka menanam pokok sycamore bersama-sama. That day they started to really talk and they'd be talking for a long time. Happy ending πŸ˜πŸ’“. Tapi sekarang filem Flipped ni dah takde kat Netflix. Mama tak tahu nak tengok kat mana pula... Mungkin ada kat platform MovieBox.

Ada satu lagi movie Jepun yang memberikan perasaan yang sama sewaktu Mama menonton Flipped... tajuknya Our Secret Diary, filem tahun 2023. Filem ini berkisar tentang zaman persekolahan dan semangat setia kawan. Mama menangis sewaktu scene Setoyama bagi teddy bear yang dia dapat di claw machine tu kepada Kuroda. Satu lagi scene yang menyentuh hati bila Kuroda dan kawan-kawan dia berselisih faham dan salah seorang kawan dia request lagu yang menceritakan tentang persahabatan dan betapa susahnya meminta maaf. Semasa lagu itu diputarkan, kawan Kuroda menunduk dan mengucapkan "Gomen ne" (I am sorry). Seorang lagi kawan yang turut mendengar lagu itu diputarkan semasa waktu rehat di sekolah mereka, berlari ke bilik broadcast sekolah dan mereka bertiga berpelukan dan saling meminta maaf. Ada beberapa scene lagi yang menyentuh perasaan. Kalian boleh menontonnya sendiri πŸ˜‰. Kebanyakan filem dan drama yang Mama sebutkan di atas boleh ditonton di SINI.

Ok, that's all movies dan drama series yang Mama boleh ingat sepenuhnya jalan cerita dan scene menarik sebab banyak kali ulang tengok πŸ˜€. Mungkin in the future, akan ada movies atau drama baru yang bisa menyentuh hati dan tersenarai dalam list Mama's favourite movies. πŸ‘Œ✌πŸ’“

Next time, Mama akan menulis tentang movies dan drama yang anak-anak suka pula. 😎

Khamis, 12 Mac 2026

Letak cute icon di Blog Archive

Nampak tak cute icon πŸ’•yang tergedik-gedik sebelah Blog Archive ni?
Macam mana cara nak buat tu?

Caranya macam ni πŸ‘‡πŸ˜Ž

> Templates > Edit HTML

> Control F cari kod ini  :
<data:i.title/>

> Masukkan kod html ini  :

> Kod html akan jadi macam ini :
<data:i.title/>

> Kalau Blog Mama, kod html ini di barisan 2803.

Kat mana nak dapatkan URL cute icon yang comey-comey dan free? Lawatlah blog ✿LYSSA FAIZUREEN✿ Dia berkongsi banyak cute mini icon di SINI. Mama selalu lawat blog dak Lyssa Faizureen ni sebab dia banyak buat tutorial untuk upgrade dan cantikkan blog. Jadikan blog kita unik. Dia tak kedekut ilmu. Terima kasih nak..makcik suka, makcik suka.. 😍😘

Sabtu, 7 Mac 2026

Ubah background-wrapper dan content-wrapper di page

Semenjak ter'melawat' blog Diari Mama minggu lepas, Mama terjebak dan addicted to change background-wrapper dan content-wrapper di pages yang Mama buat selama ini menggunakan skin yang Mama ambil daripada ipietoon.com dan lyssasecret.com. Sekarang, Mama dah tahu yang gambar biasa pun boleh dijadikan wrapper sekiranya kita tahu url gambar itu. So, untuk setiap page, Mama jadikan ianya lebih unik dengan meletakkan gambar yang berkaitan dengan cerita di page itu. Contohnya, bagi page Umrah September 2025, Mama ambil gambar siling Masjid Nabawi dan gambar suasana selepas solat Subuh di dataran Masjid Nabawi.

Untuk page School Holiday : CNY 2026 pula Mama ambil gambar pemandangan Cameron Valley Tea dan gambar bunga di Lavender Garden.

Ini kod html untuk style wrapper di page blog kita. πŸ‘‡

Page Umrah September 2026
Background wrapper - gambar dataran Masjid Nabawi
Content wrapper - gambar corak siling dalam Masjid Nabawi

Ok, done untuk catatan dan menyenangkan Mama untuk refer di masa depan.

Jomlah kita ke dapur memasak Butir Nangka untuk juadah berbuka puasa. πŸ˜‰

Butir Nangka done!!! πŸ˜‹
Nuha : Euwwww, apa yang hitam tu Mama?
Mama : Itu bukan tahi lipas, itu biji halba. πŸ˜’

Jumaat, 27 Februari 2026

Cara susun gambar sebelah menyebelah dalam post dan page

Eh, tiba-tiba ada post baru πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Tiba-tiba mood rajin melanda, so terpanggil untuk melawat blog sendiri yang dah lama bersawang 😩

So, bila melawat blog ni, ada sahajalah yang nak diubah. Kali ini Mama cuba belajar susun gambar di page School Holidays dan Special Events Remembered agar lebih tersusun dan kemas guna kod html. Mama create this post supaya lepas ni senang buat rujukan.

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Inilah kod html yang boleh digunakan untuk menyusun gambar sebelah menyebelah dengan kemas dan tersusun agar galeri pages kita tidak berselerak. Kod html ini sesuai untuk gambar yang kita nak letak link url ke pautan post atau page lain.

Untuk saiz gambar boleh ubah je saiz "height" dan "width" tu ikut kesesuaian. Untuk jarakkan kedudukan gambar boleh ubah saiz margin-left dan margin-right tu.

Kalau nak tambah baris, untuk jarakkan gambar atas dan bawah, boleh tambah kod html ini :

Kalau nak ubah jarak di Compose view, boleh tekan "enter" je..

Kalau nak letak susun gambar sebelah menyebelah TANPA pautan url link, boleh guna kod html yang ini πŸ‘‡

Kod html di atas untuk susun 2 gambar. Kalau nak letak 3 gambar, tambah kod html untuk URL GAMBAR 3 dan ubah width gambar menjadi lebih kecil. Mama buat saiz "250", ngam πŸ‘untuk 3 gambar.

Ini wajah baru page School Holidaysss!!! yang susunan gambarnya lebih tersusun. Terlupa nak screenshot paparan sebelum diubah penampilannya. πŸ˜…

Tapiiiiiiii.... kalau buka kat handphone, paparan mobile, berselerak jugaaakk... hahahaaaa πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Mama juga dah ubah outer-wrapper di page Atif Raihan. Letak skin yang bertema bola sepak. πŸ˜‰

Page Atif Raihan yang mama dah tukar outer-wrapper dan content-wrapper dengan blog skin bertema bola sepak. Ada rumput hijau, ada pemain bola sepak tu.. πŸ˜ƒ

Sabtu, 7 Disember 2024

Selamat Tinggal Papa 😭😭😭

Selamat tinggal Papaku sayang...

Papa telah kembali ke Rahmatullah pada 25 November 2024, jam 12.36 pagi. Mama terima panggilan Mommy lebih kurang jam 12.45 pagi. Mama terkedu dan menangis, tak tahu nak buat apa selama 10 minit... Kemudian, bila fikiran kembali waras dan tenang, Mama terus bagitau Nuha untuk kemas apa yang patut. Kita kena balik kampung sekarang juga.

Baba dan Atif ke KL, ada games. Mama call Baba berkali-kali nak bagitau Mama nak balik kampung dulu sebab tak sempat tunggu mereka balik dari KL. Rupa-rupanya, Baba dah sampai JB masa tu tapi dia tak dengar Mama call. After 30 minutes lebih kurang, Baba return call dan bagitau tunggu kat rumah, kita balik sama-sama. Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami gerak ke sekolah Ajmal. Selesai urusan mohon kebenaran warden untuk bawa Ajmal keluar asrama, kami gerak balik ke Kelantan jam 2.45 pagi. Kami sampai kampung lebih kurang jam 1 tengahari. Urusan pengebumian selesai jam 3 petang.

"Ya Allah, tempatkanlah roh arwah Papaku di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan beriman. Luaskanlah tempat pembaringannya seluas saujana mata memandang. Ringankanlah siksaan kuburnya. Semoga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang Along baca sampai terus kepada Papa. Semoga Al-Mulk yang Along baca menerangi Papa di alam sana, Insyaa Allah, aamiiiiiin YRA." 😭

Kami 7 beradik akan selalu ziarah pusara Papa... setiap kali balik kampung.. Kami janji.

Jumaat, 19 Julai 2024

Abang Ajmal dan nasyid berpisah tiada... 😍

Ajmal terpilih menyertai kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) tahun ini. Kumpulan nasyid mereka di beri nama Soutun Najah. Dapat Johan semasa pertandingan peringkat Daerah. Dapat Naib Johan semasa pertandingan peringkat Negeri.

Walaupun dia keberatan dan lebih nak masuk pasukan bola, tapi disebabkan cikgu nasyid insist dia join juga kerana tak cukup peserta, sebab pelajar Tingkatan Lima tidak boleh dilibatkan, terpaksa jugalah dia join team nasyid ni..

Yang jadi dia mengeluh dan keberatan tu sebab, latihan nasyid sangat lama dan dia stress tak boleh balik rumah bila time cuti pulang asrama (CPA). Pelajar lain semua boleh balik rumah, tapi team nasyid kena stay asrama untuk berlatih.

Mama pun kesian tengok dia penat dan tak enjoy, tapi apa yang Mama boleh buat hanyalah bagi kata-kata semangat dan tenangkan dia..rasionalkan fikiran dia supaya dia tenang dan anggap ini sumbangan dia kepada sekolah.

Tapi bila Mama tengok Ajmal perform masa pertandingan, dia sebenarnya bersungguh-sungguh buat yang terbaik. Mama bangga.

Mata naik ketumbit pulak time nak bertanding ni 😣

Selasa, 2 Julai 2024

Papa ~Tok Pa~ πŸ’ž

Lama dah Mama berhenti menulis di sini...

Tapi terpanggil untuk menulis semula bila banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ini yang memerlukan ianya dicatat untuk kekal dalam ingatan.

Coretan ini tentang Papa.. cucu-cucu panggil Tok Pa..

Setelah hampir setahun juga Tok Pa batuk berdarah dan keluar darah melalui hidung, dan bila kelenjar leher Tok Pa membengkak pada 9 Januari 2022, Mommy bawa Tok Pa ke HUSM untuk buat ct scan

Pada 23 January 2022, doktor diagnose Tok Pa kena kanser hidung. Bermulalah sesi rawatan chemo sebanyak 16 kali. Setelah habis sesi chemo, doktor nak sambung buat radiotherapy, tapi kanser dah spread ke paru-paru. Jadi tak boleh buat radiotherapy.

Doktor nasihatkan untuk sambung sesi chemo, tapi Tok Pa enggan buat chemo lagi. Dia penat. Dia dah tak nak rasa tak bermaya dan hilang selera makan.  Doktor faham sebab Tok Pa warga emas. Kalau orang muda doktor tak akan beri pilihan lain selain untuk teruskan sesi chemo. Disebabkan Tok Pa dah lanjut usianya, jadi doktor bagi pilihan untuk makan ubat sahaja.

Sepanjang tahun 2023, Tok Pa memang sihat, selera makan pun bertambah sebab dah berhenti chemo. Masa Tok Pa mula-mula kena kanser, dia jual semua lembu peliharaan sebab tak mampu untuk jaga. Tapi, bila dah sihat ni, dia beli semula lembu-lembu. Dia mula berkebun semula. Pergi mana-mana pun, dia drive sendiri. Masa chemo, aktiviti ke surau terhenti. Tapi lepas dia sihat semula, setiap kali masuk waktu, mesti akan pergi surau dengan Nek Mi...mcm dulu-dulu...

Awal tahun 2024, Tok Pa alami masalah dengan mata. Semua objek dia nampak 2, jadi sukar untuk dia bergerak dan buat aktiviti harian bila semua objek yang dia lihat akan ada sepasang. Kalau naik motosikal, jalan akan nampak dua. Bila ke HUSM, doktor pun tak boleh sahkan samada masalah mata Tok Pa ni berpunca daripada kesan kanser atau penyakit baru yang timbul. So, Tok Pa letakkan kertas hitam menutup sebelah cermin spek mata dia. Bila guna sebelah mata sahaja, barulah benda tak jadi double..

19 Mei 2024, Tok Pa sakit kepala yang sangat kritikal sehingga doktor mengesahkan Tok Pa kena strok. Tapi sebab Cik Nor sempat bawa Tok Pa ke hospital cepat, badan, kaki dan tangan Tok Pa boleh pulih seperti sedia kala. Cuma, percakapan Tok Pa sahaja yang terjejas, jadi pelat, lidah seolah-olah jadi pendek, tertarik ke dalam. Biasanya begitulah kesan pesakit yang kena strok kan...

Mama cuba kerap balik kampung untuk jenguk Tok Pa dan Nek Mi. Nasib baik ada Cik Nor yang tinggal bersama Tok Pa dan Nek Mi di kampung dan Cik Anim yang tinggal di Pengkalan Chepa...

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP