Perasaan Mama malam ni bercampur-baur.. Gembira dan sedih bersilih ganti.
Mama tumpang gembira dan terharu (rasa nak nangis pun ada) bila dapat berita yang kawan Mama telah selamat melahirkan seorang baby girl petang tadi... Disebabkan kawan Mama ni selalu update dia punya status menunggu kelahiran kat FB, Mama jadi macam penunggu setia pulak, selalu tertanya-tanya2 dah bersalin ke belum...Sama la jugak hari ni bila dia update status, dah sakit nak bersalin, Mama pulak yang gabra dan berdebar. Macam Mama pulak nak beranak! :p Lebih kurang pukul 6.50 petang (sewaktu Mama stuck in the traffic-jam) waktu tu la, kawan Mama selamat melahirkan seorang bayi perempuan, nun jauh di Kelantan sana. Lahir pada 10.08.10... cun gak tarikh nih! Tahniah Adora & Mazran!! :)
Tapi pada masa yang sama, seorang kawan Mama di JB berada di ICU menemankan baby girl yang berusia 25 hari, sedang nazak. Selepas azan Maghrib, bayi beliau disahkan meninggal. Alangkah sedih dan luluhnya hati kawan Mama... Takziah Ila & suami... :(
Mama faham....sangat faham perasaan si ibu kerana Mama pernah berada di dalam situasi itu. Memandang tubuh anak kecil yang mula kebiruan dan bunyi pernafasan yang menyeksakan, tanpa dapat berbuat apa-apa, menyebabkan Mama memohon kepada Allah supaya cepat-cepat ambil nyawa anak Mama.. "Ya Allah, aku redha... Ya Allah, aku redha ... Janganlah Engkau menyeksa anak aku lagi atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan... Engkau ambillah dia, aku redha", berulang kali Mama berdoa sambil memeluk Hurin Ain yang semakin biru dan semakin sejuk..
Sudah 2 tahun, 4 bulan, 2 minggu dan 3 hari Hurin Ain tinggalkan Baba dan Mama. Semoga Hurin Ain menjadi bidadari di syurga... Amiiiiiin.
1 Ramadhan, seluruh Ummat Islam akan berpuasa... Semoga Mama dapat mengambil keistimewaan dan ganjaran Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Amiiiiin.
Kena tido la, nanti nak bangkit sahur. Kalau tak jaga time sahur nanti, kesian kat Baba... dia tu memang tak leh, kena sahur jugak!!
Gudnite. :x
hurin ain= bidadari yg bemata jeli :)
BalasPadamthis entry made me cry.
ida
I was in tears while writing this entry...
BalasPadam