Dear Diary,
Lebih kurang jam 9.30 tadi, Mama baru sampai rumah...dari Shah Alam... Actually, bertolak dari Shah Alam sejak dari pagi, tapi Baba tinggalkan Mama dan Ajmal rumah Kak Na kat Nilai sebab dia ada projek ngan kawan dia kat Bangi. Pukul 5.30 baru bertolak dari Nilai.
Hari Khamis Ummi sampai rumah Abg Chik & Ida (Papa Danish & Mama Danish) kat Shah Alam. Jumaat malam after work, Mama terus ke Shah Alam untuk jumpa Ummi. Ummi bawak buah-buahan dari kampung. Dia teringat kat anak-anak yang tak dapat pulang musim buah ni... Alang2 Ummi datang Mama pesan serunding daging, boleh makan time sahur bulan puasa ni.. Gula melaka pun Mama pesan jugak sebab masa balik awal bulan Julai lepas, Mama lupa nak beli. Setiap kali balik Kelantan, it's a must to buy that gula melaka. Kalau beli kat JB, jenuh kena ketok ngan lesung batu setiap kali nak masak bubur atau pengat. :p
Petang Sabtu, Mama Danish bawak kami pergi nyoping baju raya untuk Ummi, Papa & Cik Su. Cik Syuqi punya, Mama or Ummi tak berani nak tolong belikan, takut dia tak berkenan. So, Syuqi beli sendiri lah...Tema tahun ni, turqoise yer... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan