Kawan Mama yang 'sorang' :) ni suka sangat forwardkan artikel-artikel yang berguna untuk peringatan Mama. So, Mama nak kongsikan satu lagi artikel yang telah diforwardkan oleh beliau. Mula-mula baca artikel ni, Mama pun terkejut jugak...betul ke??? :-/
Sila perhatikan pokok hiasan ni betul-betul... kat mana-mana pun, Mama selalu nampak pokok ni..belakang rumah Papa kat Kg. Bujok pun ada... Ummi pun ada tanam dalam pasu kat depan rumah, bawah pokok durian... ada lagi tak, no?
This is what the article said, " Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok ini dengan segera. Segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 hingga 3 tahun yang belum tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang biasanya diletakkan di depan rumah sebagai hiasan.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun, boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit! Bagi orang dewasa pula, boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Apa ke hal la orang dewasa nak makan daun ni, dah tak de makanan lain ke? Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kesan apabila tergigit daun beracun : Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalang pernafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana mangsa tidak dapat bernafas. Sila ambil maklum kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalunya kes akan diklasifikasikan sebagai 'food poisoning'."
Begitulah pesanan dari penulis artikel ini... Sumber asalnya Mama kurang pasti kerana Mama dapat ni pun hasil dari kawan Mama punya kawan, kawan dia punya kawan, dan kawan dia punya kawan yang forwardkan.....
What's your take on this? Care to share it with me...
Jaga diri, hiasi peribadi :x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan