Assalamualaikum, Dear Diary...โค
Terlebih rajin pulak Mama menulis dua tiga hari ni. Almaklumlah, sedang Cuti Kuarantin jaga Atif kena chicken pox.
Tapi walaupun cuti, Mama tetap bekerja... bekerja dari rumah. Sekarang ni zaman teknologi, semua kerja pejabat boleh diselesaikan walaupun sedang bercuti di rumah. Asalkan ada PC dan line internet, semua beresssss. ๐
One more thing, walaupun handphone Mama seringkali di'kidnap' oleh Atif, tapi Mama masih boleh ber'whatsapp' tanpa gagal dengan menggunakan Whatsapp Web. See..... senang betul kerja dengan adanya teknologi ni. Tapi kemajuan teknologi ni kalau disalahgunakan, parah jadinya. Ada harga yang perlu dibayar untuk setiap kemajuan dan pembangunan. ๐
Back to cerita bekerja dari rumah...
Pengarah Maritim Daerah whatsapp tanya Nota Serah Tugas Ketua Pengarah kita dah hantar ke?
Mama terlupa dah sebenarnya task tu, tapi sepantas kilat Mama whatsapp semua Timbalan Pengarah lain untuk bagi maklumat Seksyen masing-masing. One hour later, Nota Serah Tugas telah selamat diemelkan ke Wilayah Maritim Selatan (WILSEL). Selesai!
Timbalan Pengarah (Pengurusan) WILSEL whatsapp minta bantuan boleh ke sediakan driver bawa peserta kawad ke Pusat Latihan Amsas?
Terus Mama whatsapp Asyraf... (staff yang sangat senang minta tolong, semoga segala urusan beliau dipermudahkan Allah sebab dia selalu permudahkan kerja orang lain). Selesai!
Staf Admin whatsapp tanya boleh ke Seksyen Operasi minta sediakan sajian untuk Mesyuarat Operasi?
Well, Mama terus whatsapp urusetia mesyuarat sendiri bagitau suruh dia baca Arahan Ketua Pengarah APMM berkaitan kawalan dalaman penjimatan "sajian tidak dibenarkan untuk mesyuarat, hanya sediakan air mineral dan biskut sahaja." Walaupun ada nada tak puas hati dari urusetia... Selesai!
Untuk mesyuarat yang Mama jadi urusetia, selalu Mama yang sponsor sajian, nasi lemak ke, kuih-muih ke... Penjimatan duit pengurusan, tapi ketirisan duit Timbalan Pengarah Pengurusan...huhuhuuuu ๐ญ
Malam tadi sempat mengajar Nuha membaca buku English. Merangkak-rangkak Nuha menyebut perkataan English.
"
How many languages do you sepak" (How many languages do you speak?)
Mama gelak sampai keluar air mata. ๐๐๐๐๐๐๐