Akhirnya, mesin basuh yang telah dibaiki dengan kos RM150 minggu lepas, turut bersara dari perkhidmatan. Masa membasuh dari 26 minit menjadi 2 jam gara-gara air tak penuh-penuh. Kena mengisi air dalam baldi semata-mata nak bagi mesin bertukar ke mode washing. Membasuh pula tak boleh kapasiti banyak, kena water level small sahaja. Jadi, Mama dan Baba ambil keputusan untuk membeli mesin basuh baru.
Semalam, Baba survey kedai peralatan elektrik kat Taman Setia Indah. Kedai yang sama kita beli mesin basuh lama tu..Mula-mula, tokey kedai tu recommend mesin SHARP 14kg sebab Baba request nak mesin top load. Bawa balik ke rumah, mesin tak muat masuk ruangan peti basuh asal. Pintu tak boleh buka sebab tersekat di kabinet. π Mesin ini lebih tinggi daripada mesin sebelum ini. Maklumlah, 14kg..
Mesin SHARP 11kg sebelum ini muat masuk bawah kabinet sebab pintu dia boleh lipat. Sekarang dah tiada model pintu top load boleh lipat. So tokey kedai recommend mesin basuh front load.
So, bermula malam semalam, bermulalah perkhidmatan mesin basuh baru di rumah kita. MIDEA front load, 12kg. Harapan Mama agar mesin basuh ini akan berkhidmat lama seperti mesin basuh sebelum ini.
Terima kasih kepada mesin basuh SHARP 11kg yang telah berkhidmat hampir 11 tahun.
![]() |
| Masa beliau dibaiki tempoh hari. Takde gambar lain nak tepek. Bolehlah, buat kenangan.. π |




Itu yg malas nak repair kan :(
BalasPadamTapi rezeki dapat wm baru :)
hehehee....rezeki juga kan,,, walaupun kena keluar duit sekarang, tapi kalau servis lama, berbaloila dengan kos yang dibayar.
PadamDugaan 2026...... tapiiii byk new electrical item kat umah along ...... yeayyy happy mama ❤️
BalasPadamYeaaayyyyy, dapat gajet baru...tapi, duit pun banyak kena laburkan..huuuu. Kita tunggu dugaan di tahun 2036 pula... π
Padam@Tanpa Nama ni Cik Eid ke? Ke Mommy Eida?
Padam