Khamis, 1 Julai 2010

Air Dalam Botol Plastik

Kawan Mama send mesej ni dalam inbox Yahoo Mama. Mama dah tau hal ni sebab dah ada kawan yang pernah nasihatkan Mama jugak sebelum ni. Tapi, biasalah... Mama ni ignorant la... Kalau time dahaga tu, kebetulan ada air mineral dalam kereta, Mama minum jer... masa nak minum tu terfikir jugak, tapi selalu sedapkan hati, "Insya-Allah, tak pe kot...

Ingat!!! Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah berbahaya!

Dengan cara inilah Sheryl Crow (penyanyi tu...) mengalami kanser payudara. Dia tampil dalam rancangan talkshow Ellen Degeneres Show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab utama kanser payudara, terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa menghidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata: Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Doktor menerangkan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol menyebabkan penghasilan bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara. Hawa panas dapat menyebabkan racun/toksin dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Jadi tolonglah berhati-hati dan jangan meminum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati...mungkin juga secebis informasi ini akan menyelamatkan hidup kita. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Ataupun, jangan sekali-kali tinggalkan botol mineral yang masih ada air di dalam kereta. Bila dah takde botol mineral ditinggalkan, takde la kita minum air tu, idok gitu?

Ingatan ini bukan hanya untuk Mama, tapi juga untuk semua wanita yang membaca, terbaca atau terjenguk blog Mama ni...especially to Mommy Amjad, Mama Danish, Cik Anim, Cik Syuqi dan Cik Su. :-* ( Nek Mi tak reti bertenet2.. :p )


Jaga diri, hiasi peribadi :x

:x :x :x

Selasa, 29 Jun 2010

(' ',) eppy holiday !!

Cabaran betul nak balik kampung ni... Ingatkan pagi2 dah boleh bertolak, tapi Baba ada projek urgent pulak. Tapi, ok jugak, ada la masa untuk Mama buat apa yang patut :p Kain baju yang basuh semalam pun lembap lagi.. Mama bawak balik baju lembap le ke Kg. Bujok!!

Tak sabarnya nak balik kg. Kg. Bujok... here I come!!!

Isnin, 28 Jun 2010

Abang & Adik...

Hujung minggu, Mama ke Selangor. Mek Baba datang rumah kakak kat Bandar Seri Ehsan. So, Mama pun gi la jumpa dia. Nasib baik Kak Na (kakak Baba no. 2) bagitau yang Mek ada kat rumah Kak Inun (kakak Baba no. 3). Kalau tak, kami balik kampung nanti, tak dapat jumpa Mek la... jadi, walaupun sekejap, dapatlah Baba jumpa Mek dia.

Kebetulan, singgah rumah Mommy, Papa Danish. Mama nak pulangkan stroller yang Abang Danish pinjamkan pada Ajmal dulu. Tak lama lagi, Abang Danish nak dapat adik baru. So, stroller tu masih boleh digunakan oleh adik Danish nanti. Tak yah beli yang baru, pembaziran jer...anak2 ni cepat membesar. Bila dah besar, tak nak diorang duduk dalam stroller tuh!!

Tengok lah Danish ni... besar betul dia..makin nakal dan kelakar gelagat2 dia (aksi x cukup cekodok paling melucukan). 😂


Anak-anakku... 😘   Abg Danish dan Adik Amal
Ajmal ber'posing' ngan motosikal Abg Danish.
(nanti mintak Baba belikan satu yek..)  😜


Yahooooo....

Esok pagi Mama akan bertolak balik ke Kg. Bujok, To'Uban... jadi doh kali ni. :D

Jumaat, 25 Jun 2010

Mama kembali bersiaran...

Dear diary...

Mama baru balik kursus PAC tuh!! Kursusnya kat Bukit Lagong... Best sebab dapat jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa! X best sebab... faham2 sendirila bila kursus... Teramatla sadisnya kenangan di waktu itu. Mama terasa amatlah bodoh kerana sepanjang kursus tu Mama mcm orang bodoh memang bodoh pung, sket2 😁 Dalam satu sesi LDK, Mama boleh tertido!!! Dahsyat sungguuuuuhhh.. Panel minta siapkan satu minit mesyuarat on the spot tentang perbincangan satu projek pembangunan...masa tulis minit tu la Mama tidoooo... 😝 

Terlupa nak bagitau... Masa sesi impromptu public speaking Mama dapat tajuk nih "............ relocated Zoo Negara to the rural area. Discuss." Bukan main lagi baca tentang RMK10, NKRA, Model Baru Ekonomi dan lain-lain tajuk yang bombastic la...tapi dapat tajuk ni. Tapi, cakap merapu jugak!! Terketar2, sampai beberapa kali silap sebut 'relocated'... 'recolated', 'relacoted' 'recoted'...mcm2 lagi la...hampeh tol! Masa dok berucap kat depan tu, asyik nampak muka Le'an je, yang terhangguk2 kala Mama terbelit2 lidah menyebut perkataan relocated!! 😅

Kursus ni untuk PTD batch kami, 2/2005 naik ke Gred 48 KUP (khas untuk penyandang kerja untuk percuma Post 48 sikit je, tapi yang mengejarnya ramai..ugh,ughhhh kejarla korang, Mama nak jalan slow-slow dulu. Lagipun, Mama x nak kena tukar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ni... rumah baru pun tak sempat nak duduk lagi. 

Hari Mama balik, Mama terus gi rumah Cheq Na, amik Ajmal... Mula2 dia tengok Mama, dia terkejut, then terus meluru ke arah Mama. Mama angkat dia dan dia peluk Mama, erat.... Mama sedih gila... Macam mana nih?? Bulan Julai ni makin lama Mama akan tinggalkan dia ngan Baba... 😢

Khamis, 17 Jun 2010

Meeting dan aktiviti makan-makan !! ;p

Meeting bersama Ketua Sektor baru tu sampai ke pukul 6 petang... maklumla, banyak benda nak update dan banyak benda jugak yang dia minta kami clarify. Di samping tu, kami raikan birthday beliau memandangkan semalam dia punya birthday. Kebetulan jugak, akauntan kami birthday dia hari ni. Happy Birthday, Naz!! Gambar-gambar akan Mama upload later, k. Now, nak sleep dulu...

Nite Baba... dok layan bola tuh!!
Nite dear diary... c ya! :-*

to be continued... B-)

It's a quarter after one...

" Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now "


Listening to this song while doing some reading about all actually only manage to read one topic the related topics that could have been popped out to me in impromptu public speaking. Actually the date of PAC course had been finalized. From 20 till 23rd June... the venue is, SURPRISE!!! Everyone is guessing... Rumors, kem dalam hutan..wuihhhh, adventure tuh... I loike!! Ingatkan bila buat dalam hutan, tak de la module impromptu public speaking dan pengucapan awam or LDK. Ada jugak rupenyer... I don't laaaaaaaaaiiikk! Surat panggilan kursus yang Mama dan kawan2 dapat lagi misteri. "Sila berpakaian sukan semasa mendaftar. Pakaian sepanjang kursus ialah sport attire. Sila bawa bersama komputer riba". Kat dalam hutan tu ada ke plug nak pasang laptop?? Mama rasa laptop tu buat ketuk kepala orang yang tido masa pengucapan awam or LDK :D

Mama dah pakat ngan geng yang base kat negeri nih untuk tidak beria-ria perform masa PAC nanti. Dengar cerite, kenaikan pangkat based on ranking sape yang well-performed in PAC. Hohohooooh, Mama nak buat bodoh-bodoh alang je time PAC nih... Tapi, x nak la bodoh bedo'oh sampai dapat ranking ke-300!! Ranking ke-250, cun lah... :p

Kena tinggalkan Ajmal lagi buat kesekian kalinya. Bulan Julai nanti, lagi banyak kali Ajmal kena tinggal... Mama sedih :( tapi nak buat macam mana, Mama terpaksa demi mencari rezeki, sayang...

Hmmmm, dah start gerodes blog nih, nampak gaya sampai di sini dulu la sesi pembacaan Mama. Ajmal & Baba dah lama zzzzzzzzzzz... Ajmal dah beberapa kali merengek, Mama tanya dia nak susu ke? Sambil pejam mata dia jawab, "Nak!"

Mama pun nak zzzzzzz jugak la..esok pagi ngantuk, malas nak gi keje. Mula lah Mama merangka-rangka dalam kepala otak Mama yang genius nih alasan yang sesuai untuk ponteng keje. Tapi esok cannot, Bos baru datang report duty, Mama pulak urusetia mesyuarat petang esok. So, by hook or by crook, Mama kena ada esok. Alahai, baru Mama ingat, minutes last meeting belum siap!!! First thing to do in my list tomorrow morning... :-O

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘🥰


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP