Rabu, 18 Ogos 2010

Congratulations EidaxAbe Cik & AngahxAiman

Korang berdua ni macam janji2 ajer... Dulu pun, lepas Ida pregnant, Angah pun preggy sama, pastu Along. Sekarang pun sama, baru je dapat tau happy news Danish bakal dapat adik, Amjad pun rupanya bakal dapat adik juga.

Lepas tau Angah pregnant, Mama call Nek Mi bagitau rindu nak pegnen jugak!

Terus Ummi menjerit," Woooittt, demo tu tak po la...beranok normal. Mu tu, ikut tingkap sokmo... Ummi rusing kalu dok buko acap kali, takut tok leh tutup pulok!!!  
"Waaaaaaaaaa....pah tu lagu mano Mi?"  
"Tunggu la Ajmal umur 2 tahun dulu...buat maso lo ni, jago molek diri sendiri dulu, biar betul2 bersedia dan sihat." 
"Sekarang ni pun, sihat walafiat apo!"  
"Dalam perut mung tu tak tau la sihat ko dok! Doh, pokoknyo, Along jange ngandung dulu. Sabar dulu deh..."


Betul jugak apa yang Ummi cakap tu... untuk kebaikan Mama.

Baguih campany Tok Pa & Nek Mi ni...tiap-tiap tahun ada production.

2007 - Muhammad Rizqan Danish
2008 - Muhammad Amir Amjad & Hurin Ain
2009 - Muhammad Ajmal Mirza
2010 - Bakal adik Danish
2011 - Bakal adik Amjad
2012 - Bakal adik Ajmal ~insya-Allah~  :p
2013 - Bakal adik Danish
2014 - Bakal adik Amjad
2015 - Bakal adik Danish lagi...
2016 - Bakal adik Amjad lagi....
2017 - 2020  - adik-adik Danish dan Amjad lagi dan lagi dan lagi....

By that time, Mama dah stop produce doh! isk, isk..  :(  ~branch ni kena tutup sebab tak produktif, mengabihkan bogheh ajo...~

***************

Projek baru Mama dan Ajmal ~yang suka interprem~...yang mengambil masa berbulan-bulan!!  ;)




Mama jait manik kat lengan baju jer... Kalau nak jait kat leher, taun depan baru siap! wakaka... :p

Ahad, 15 Ogos 2010

Alahai Ajmal...

Dah lama Mama tak update tentang my little hero! Ajmal la, sape lagi... :p

Mama tengah pening kepala memikirkan Ajmal yang semakin meningkat umurnya tapi semakin ringan dan kecik (macam iklan susu ~lupa nama~ yang budak makin kecik kat kerusi tuh!)... Kalau dulu, Mama seronok suap dia makan, makan dengan berselera gitu, siap dengan gaya2 sekali..."mmmm, dap!"  Tapi sekarang, dia tutup mulut kemas-kemas bila Mama nak suap nasi. Bila Mama berjaya bukak mulut dia, dia kacip gigi pulak! Budak bertuah... ~lauk tak sedap kot!~

Mama rasa berat dia sama je masa umur 1 tahun yang last gi timbang tu, malah makin ringan... Masa tu 8.65kg. Sekarang ni, berapa la berat anak Mama ni...dah lama tak timbang. 

Tapi, walaupun kecik, he is even-more-energetic than he used to be... kalau dulu dah memang lasak, cuba bayangkan sekarang! Bergerak je, mesti berlari...pastu tak sempat brek. Langgar je apa yang ada kat depan... dinding, rak tv, almari, pintu dan yang sewaktu dengannya! Kat dahi sepanjang masa ada tanda...yang warna biru baru kena, warna purple sebelum bertukar warna kuning, warna kuning yang dah nak sembuh! Bibir lak dah 2-3 kali berdarah sebab tersengguk dan sengaja dihantuk kat rak tv! Macam mana tu...

Sekarang dah pandai sebut "tido".... Sebab malam-malam susah nak tidur, penat bergusti dulu baru dia tidur. So, perkataan tido tu selalu dia dengar, lebih kurang 20 kali setiap malam... :p

Betul ke masa kita solat, kalau anak lelaki datang kacau dan tersentuh kita, batal solat. Betul ke? Mama pernah terdengar tentang tu, tapi sumber tak pasti. Kalau betul macam tu, hmmmm... dah berapa kali la batal solat Mama. Setiap kali Maghrib, Mama akan solat bersama-sama Ajmal yang akan duduk tepi Mama buat hal sendiri ataupun ketuk-ketuk belakang Mama time sujud...kuat pulak tuh!! Kalau nak tunggu Baba balik baru nak solat Maghrib, alamatnya qadha la... Mama kena tanya ustaz untuk confirmkan hal ni.

Rabu, 11 Ogos 2010

*Tahniah Mazran & Adora* #Takziah Ila...#

Perasaan Mama malam ni bercampur-baur.. Gembira dan sedih bersilih ganti. 

Mama tumpang gembira dan terharu (rasa nak nangis pun ada) bila dapat berita yang kawan Mama telah selamat melahirkan seorang baby girl petang tadi... Disebabkan kawan Mama ni selalu update dia punya status menunggu kelahiran kat FB, Mama jadi macam penunggu setia pulak, selalu tertanya-tanya2 dah bersalin ke belum...Sama la jugak hari ni bila dia update status, dah sakit nak bersalin, Mama pulak yang gabra dan berdebar. Macam Mama pulak nak beranak!  :p  Lebih kurang pukul 6.50 petang (sewaktu Mama stuck in the traffic-jam) waktu tu la, kawan Mama selamat melahirkan seorang bayi perempuan, nun jauh di Kelantan sana. Lahir pada 10.08.10... cun gak tarikh nih! Tahniah Adora & Mazran!!  :)  

Tapi pada masa yang sama, seorang kawan Mama di JB berada di ICU menemankan baby girl yang berusia 25 hari, sedang nazak. Selepas azan Maghrib, bayi beliau disahkan meninggal. Alangkah sedih dan luluhnya hati kawan Mama... Takziah Ila & suami...  :(

Mama faham....sangat faham perasaan si ibu kerana Mama pernah berada di dalam situasi itu. Memandang tubuh anak kecil yang mula kebiruan dan bunyi pernafasan yang menyeksakan, tanpa dapat berbuat apa-apa, menyebabkan Mama memohon kepada Allah supaya cepat-cepat ambil nyawa anak Mama.. "Ya Allah, aku redha... Ya Allah, aku redha ... Janganlah Engkau menyeksa anak aku lagi atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan... Engkau ambillah dia, aku redha", berulang kali Mama berdoa sambil memeluk Hurin Ain yang semakin biru dan semakin sejuk.. 

Sudah 2 tahun, 4 bulan, 2 minggu dan 3 hari Hurin Ain tinggalkan Baba dan Mama. Semoga Hurin Ain menjadi bidadari di syurga... Amiiiiiin.

1 Ramadhan, seluruh Ummat Islam akan berpuasa... Semoga Mama dapat mengambil keistimewaan dan ganjaran Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Amiiiiin.

Kena tido la, nanti nak bangkit sahur. Kalau tak jaga time sahur nanti, kesian kat Baba... dia tu memang tak leh, kena sahur jugak!!

Gudnite. :x

Isnin, 9 Ogos 2010

Weekend with my Ummi

Dear Diary,

Lebih kurang jam 9.30 tadi, Mama baru sampai rumah...dari Shah Alam... Actually, bertolak dari Shah Alam sejak dari pagi, tapi Baba tinggalkan Mama dan Ajmal rumah Kak Na kat Nilai sebab dia ada projek ngan kawan dia kat Bangi. Pukul 5.30 baru bertolak dari Nilai. 

Hari Khamis Ummi sampai rumah Abg Chik & Ida (Papa Danish & Mama Danish) kat Shah Alam. Jumaat malam after work, Mama terus ke Shah Alam untuk jumpa Ummi. Ummi bawak buah-buahan dari kampung. Dia teringat kat anak-anak yang tak dapat pulang musim buah ni... Alang2 Ummi datang Mama pesan serunding daging, boleh makan time sahur bulan puasa ni.. Gula melaka pun Mama pesan jugak sebab masa balik awal bulan Julai lepas, Mama lupa nak beli. Setiap kali balik Kelantan, it's a must to buy that gula melaka. Kalau beli kat JB, jenuh kena ketok ngan lesung batu setiap kali nak masak bubur atau pengat. :p

Petang Sabtu, Mama Danish bawak kami pergi nyoping baju raya untuk Ummi, Papa & Cik Su. Cik Syuqi punya, Mama or Ummi tak berani nak tolong belikan, takut dia tak berkenan. So, Syuqi beli sendiri lah...Tema tahun ni, turqoise yer... :)


Rabu, 4 Ogos 2010

Nampak gayanya, lambat lagi laaaa...

"Salam. Akak, kemungkinan kita tak dapat pindah rumah baru sebelum raya ni... ada problem dengan contractor. Project renovation delay. Sori ye kak..."

Begitu la bait-bait indah SMS yang dihantar oleh tenant (dulu dia owner rumah) rumah Mama kat Taman Setia Indah. :( Berkecai harapan Mama untuk beraya di rumah baru (not so new la, 'coz that previous owner live there for 5 years already, but of course new for me laaa...)

Masa proses tunggu loan dari Bhg. Pinjaman Perumahan dulu, bukan main lagi dok kejar kita, asyik call tanya payment bila nak dapat. Sekarang dah dapat duit, lambat pulak dia keluar dari 'rumah kita'.. Tapi, ok jugak sebab dia paid rental based on the amount of monthly installment yang Mama kena potong gaji. Rugi pulak tak request terms dalam S&P dulu.... 'kalau seller lambat keluar dari rumah, rental will be increasing gradually'... nge,nge,nge :p

Selasa, 3 Ogos 2010

Pokok Beracun???

Kawan Mama yang 'sorang' :) ni suka sangat forwardkan artikel-artikel yang berguna untuk peringatan Mama. So, Mama nak kongsikan satu lagi artikel yang telah diforwardkan oleh beliau. Mula-mula baca artikel ni, Mama pun terkejut jugak...betul ke??? :-/


Sila perhatikan pokok hiasan ni betul-betul... kat mana-mana pun, Mama selalu nampak pokok ni..belakang rumah Papa kat Kg. Bujok pun ada... Ummi pun ada tanam dalam pasu kat depan rumah, bawah pokok durian... ada lagi tak, no?

This is what the article said, " Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok ini dengan segera. Segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 hingga 3 tahun yang belum tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang biasanya diletakkan di depan rumah sebagai hiasan.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun, boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit! Bagi orang dewasa pula, boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Apa ke hal la orang dewasa nak makan daun ni, dah tak de makanan lain ke? Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kesan apabila tergigit daun beracun : Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalang pernafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana mangsa tidak dapat bernafas. Sila ambil maklum kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalunya kes akan diklasifikasikan sebagai 'food poisoning'."

Begitulah pesanan dari penulis artikel ini... Sumber asalnya Mama kurang pasti kerana Mama dapat ni pun hasil dari kawan Mama punya kawan, kawan dia punya kawan, dan kawan dia punya kawan yang forwardkan.....

What's your take on this? Care to share it with me...

Jaga diri, hiasi peribadi :x

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘πŸ₯°


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP