Sabtu, 7 Mac 2026

Ubah background-wrapper dan content-wrapper di page

Semenjak ter'melawat' blog Diari Mama minggu lepas, Mama terjebak dan addicted to change background-wrapper dan content-wrapper di pages yang Mama buat selama ini menggunakan skin yang Mama ambil daripada ipietoon.com dan lyssasecret.com. Sekarang, Mama dah tahu yang gambar biasa pun boleh dijadikan wrapper sekiranya kita tahu url gambar itu. So, untuk setiap page, Mama jadikan ianya lebih unik dengan meletakkan gambar yang berkaitan dengan cerita di page itu. Contohnya, bagi page Umrah September 2025, Mama ambil gambar siling Masjid Nabawi dan gambar suasana selepas solat Subuh di dataran Masjid Nabawi.

Untuk page School Holiday : CNY 2026 pula Mama ambil gambar pemandangan Cameron Valley Tea dan gambar bunga di Lavender Garden.

Ini kod html untuk style wrapper di page blog kita. ๐Ÿ‘‡

Page Umrah September 2026
Background wrapper - gambar dataran Masjid Nabawi
Content wrapper - gambar corak siling dalam Masjid Nabawi

Ok, done untuk catatan dan menyenangkan Mama untuk refer di masa depan.

Jomlah kita ke dapur memasak Butir Nangka untuk juadah berbuka puasa. ๐Ÿ˜‰

Butir Nangka done!!! ๐Ÿ˜‹
Nuha : Euwwww, apa yang hitam tu Mama?
Mama : Itu bukan tahi lipas, itu biji halba. ๐Ÿ˜’

Jumaat, 27 Februari 2026

Cara susun gambar sebelah menyebelah dalam post dan page

Eh, tiba-tiba ada post baru ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tiba-tiba mood rajin melanda, so terpanggil untuk melawat blog sendiri yang dah lama bersawang ๐Ÿ˜ฉ

So, bila melawat blog ni, ada sahajalah yang nak diubah. Kali ini Mama cuba belajar susun gambar di page School Holidays dan Special Events Remembered agar lebih tersusun dan kemas guna kod html. Mama create this post supaya lepas ni senang buat rujukan.

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3

Inilah kod html yang boleh digunakan untuk menyusun gambar sebelah menyebelah dengan kemas dan tersusun agar galeri pages kita tidak berselerak. Kod html ini sesuai untuk gambar yang kita nak letak link url ke pautan post atau page lain.

Untuk saiz gambar boleh ubah je saiz "height" dan "width" tu ikut kesesuaian. Untuk jarakkan kedudukan gambar boleh ubah saiz margin-left dan margin-right tu.

Kalau nak tambah baris, untuk jarakkan gambar atas dan bawah, boleh tambah kod html ini :

Kalau nak ubah jarak di Compose view, boleh tekan "enter" je..

Kalau nak letak susun gambar sebelah menyebelah TANPA pautan url link, boleh guna kod html yang ini ๐Ÿ‘‡

Kod html di atas untuk susun 2 gambar. Kalau nak letak 3 gambar, tambah kod html untuk URL GAMBAR 3 dan ubah width gambar menjadi lebih kecil. Mama buat saiz "250", ngam ๐Ÿ‘untuk 3 gambar.

Ini wajah baru page School Holidaysss!!! yang susunan gambarnya lebih tersusun. Terlupa nak screenshot paparan sebelum diubah penampilannya. ๐Ÿ˜…

Tapiiiiiiii.... kalau buka kat handphone, paparan mobile, berselerak jugaaakk... hahahaaaa ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Mama juga dah ubah outer-wrapper di page Atif Raihan. Letak skin yang bertema bola sepak. ๐Ÿ˜‰

Page Atif Raihan yang mama dah tukar outer-wrapper dan content-wrapper dengan blog skin bertema bola sepak. Ada rumput hijau, ada pemain bola sepak tu.. ๐Ÿ˜ƒ

Sabtu, 7 Disember 2024

Selamat Tinggal Papa ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Selamat tinggal Papaku sayang...

Papa telah kembali ke Rahmatullah pada 25 November 2024, jam 12.36 pagi. Mama terima panggilan Mommy lebih kurang jam 12.45 pagi. Mama terkedu dan menangis, tak tahu nak buat apa selama 10 minit... Kemudian, bila fikiran kembali waras dan tenang, Mama terus bagitau Nuha untuk kemas apa yang patut. Kita kena balik kampung sekarang juga.

Baba dan Atif ke KL, ada games. Mama call Baba berkali-kali nak bagitau Mama nak balik kampung dulu sebab tak sempat tunggu mereka balik dari KL. Rupa-rupanya, Baba dah sampai JB masa tu tapi dia tak dengar Mama call. After 30 minutes lebih kurang, Baba return call dan bagitau tunggu kat rumah, kita balik sama-sama. Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami gerak ke sekolah Ajmal. Selesai urusan mohon kebenaran warden untuk bawa Ajmal keluar asrama, kami gerak balik ke Kelantan jam 2.45 pagi. Kami sampai kampung lebih kurang jam 1 tengahari. Urusan pengebumian selesai jam 3 petang.

"Ya Allah, tempatkanlah roh arwah Papaku di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan beriman. Luaskanlah tempat pembaringannya seluas saujana mata memandang. Ringankanlah siksaan kuburnya. Semoga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang Along baca sampai terus kepada Papa. Semoga Al-Mulk yang Along baca menerangi Papa di alam sana, Insyaa Allah, aamiiiiiin YRA." ๐Ÿ˜ญ

Kami 7 beradik akan selalu ziarah pusara Papa... setiap kali balik kampung.. Kami janji.

Jumaat, 19 Julai 2024

Abang Ajmal dan nasyid berpisah tiada... ๐Ÿ˜

Ajmal terpilih menyertai kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) tahun ini. Kumpulan nasyid mereka di beri nama Soutun Najah. Dapat Johan semasa pertandingan peringkat Daerah. Dapat Naib Johan semasa pertandingan peringkat Negeri.

Walaupun dia keberatan dan lebih nak masuk pasukan bola, tapi disebabkan cikgu nasyid insist dia join juga kerana tak cukup peserta, sebab pelajar Tingkatan Lima tidak boleh dilibatkan, terpaksa jugalah dia join team nasyid ni.. tapi Mama tahu, dia kata terpaksa, tapi sebenarnya dia rela..hahahaaaa ๐Ÿ˜‚

Yang buatkan dia mengeluh dan keberatan tu sebab, latihan nasyid sangat lama dan dia stress tak boleh balik rumah bila time cuti pulang asrama (CPA). Pelajar lain semua boleh balik rumah, tapi team nasyid kena stay asrama untuk berlatih.

Mama pun kesian tengok dia penat dan tak enjoy, tapi apa yang Mama boleh buat hanyalah bagi kata-kata semangat dan tenangkan dia..rasionalkan fikiran dia supaya dia tenang dan anggap ini sumbangan dia kepada sekolah.

Namun, walaupun di bibir mengeluh penat, tapi dia tetap cuba bersungguh-sungguh sebab dia memang minat nasyid.

Bila Mama tengok Ajmal dan team perform masa pertandingan, dia sebenarnya bersungguh-sungguh buat yang terbaik. Mama bangga.

Mata naik ketumbit pulak time nak bertanding ni ๐Ÿ˜ฃ

Selasa, 2 Julai 2024

Papa ~Tok Pa~ ๐Ÿ’ž

Lama dah Mama berhenti menulis di sini...

Tapi terpanggil untuk menulis semula bila banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ini yang memerlukan ianya dicatat untuk kekal dalam ingatan.

Coretan ini tentang Papa.. cucu-cucu panggil Tok Pa..

Setelah hampir setahun juga Tok Pa batuk berdarah dan keluar darah melalui hidung, dan bila kelenjar leher Tok Pa membengkak pada 9 Januari 2022, Mommy bawa Tok Pa ke HUSM untuk buat ct scan.

Pada 23 January 2022, doktor diagnose Tok Pa kena kanser hidung. Bermulalah sesi rawatan chemo sebanyak 16 kali. Setelah habis sesi chemo, doktor nak sambung buat radiotherapy, tapi kanser dah spread ke paru-paru. Jadi tak boleh buat radiotherapy.

Doktor nasihatkan untuk sambung sesi chemo, tapi Tok Pa enggan buat chemo lagi. Dia penat. Dia dah tak nak rasa tak bermaya dan hilang selera makan.  Doktor faham sebab Tok Pa warga emas. Kalau orang muda doktor tak akan beri pilihan lain selain untuk teruskan sesi chemo. Disebabkan Tok Pa dah lanjut usianya, jadi doktor bagi pilihan untuk makan ubat sahaja.

Sepanjang tahun 2023, Tok Pa memang sihat, selera makan pun bertambah sebab dah berhenti chemo. Masa Tok Pa mula-mula kena kanser, dia jual semua lembu peliharaan sebab tak mampu untuk jaga. Tapi, bila dah sihat ni, dia beli semula lembu-lembu. Dia mula berkebun semula. Pergi mana-mana pun, dia drive sendiri. Masa chemo, aktiviti ke surau terhenti. Tapi lepas dia sihat semula, setiap kali masuk waktu, mesti akan pergi surau dengan Nek Mi...mcm dulu-dulu...

Awal tahun 2024, Tok Pa alami masalah dengan mata. Semua objek dia nampak 2, jadi sukar untuk dia bergerak dan buat aktiviti harian bila semua objek yang dia lihat akan ada sepasang. Kalau naik motosikal, jalan akan nampak dua. Bila ke HUSM, doktor pun tak boleh sahkan samada masalah mata Tok Pa ni berpunca daripada kesan kanser atau penyakit baru yang timbul. So, Tok Pa letakkan kertas hitam menutup sebelah cermin spek mata dia. Bila guna sebelah mata sahaja, barulah benda tak jadi double..

19 Mei 2024, Tok Pa sakit kepala yang sangat kritikal sehingga doktor mengesahkan Tok Pa kena strok. Tapi sebab Cik Nor sempat bawa Tok Pa ke hospital cepat, badan, kaki dan tangan Tok Pa boleh pulih seperti sedia kala. Cuma, percakapan Tok Pa sahaja yang terjejas, jadi pelat, lidah seolah-olah jadi pendek, tertarik ke dalam. Biasanya begitulah kesan pesakit yang kena strok kan...

Mama cuba kerap balik kampung untuk jenguk Tok Pa dan Nek Mi. Nasib baik ada Cik Nor yang tinggal bersama Tok Pa dan Nek Mi di kampung dan Cik Anim yang tinggal di Pengkalan Chepa...

Khamis, 5 Januari 2023

Program Sekolah Berselawat Peringkat Negeri Johor

Pagi tadi Mama menghadiri Program Sekolah Berselawat Negeri Johor yang diadakan di SK Taman Bukit Tiram. Slot tazkirah bertajuk "Selawat" disampaikan oleh Al Fadhil Tn Hj Mohd Kamal bin Md Said, Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah, Kluang.

Kandungan tazkirah beliau sangat simple, senang sampai ke otak, melekat dan menusuk ke hati. Selawat ini simple tapi miracle. Beliau menceritakan lima kisah benar yang berlaku pada orang-orang yang beliau pernah bagi tazkirah tentang kelebihan mengamalkan selawat.

Sekali kita berselawat kepada Rasulullah, 10 kali Allah berselawat dan melimpahkan rahmat kasih sayang kepada kita.

Kawan sepejabat Mama pun turut hadir ke program tu.. Nama dia Norzalinawati. Dia hadiahkan Mama buku selawat. Semoga Allah melimpahkan rezeki melimpah ruah kepada beliau dan pahala yang mengalir kepada beliau juga dengan asbab Mama berselawat dan membaca buku ini.

By the way, Mama lupa nak update.. Mama dah bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021.

Rabu, 4 Januari 2023

Panduan untuk edit template blog Diari Mama ๐Ÿ˜Ž

Mama suka mengubah type font dan saiz font di post, sidebar, linkbar, footer. Setiap kali buka blog, ada saje yang Mama ubah. So, untuk panduan, Mama tepek kat sini supaya tak hilang ingatan ๐Ÿ˜…

Ubah font link bar (tajuk pages bawah header tu)  :> #linkbar a   > baris 352
Ubah font post body, date header, post header, post labels   :>  /* Posts  > baris 425
Ubah font side bar (gambar tickers, gambar hari raya)  :> .sidebar  > baris 653
Ubah font lower bar (koleksi gambar anak-anak di bahagian bawah post) :> #lower-wrapper   > baris 828
Ubah font footer (Ayat "A little freshening up by Mama after trillion trials and errors!๐Ÿ˜๐Ÿ˜š๐Ÿ˜˜  ) ;> #footer  > baris 900

Ubah background header side bar  ;> #sidebar3 .widget, #sidebar4 .widget > baris 704
Ubah background header lower bar  ;> .lowerbar h2  > baris 867

✌๐Ÿ˜˜

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿฅฐ

School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP