Selasa, 14 April 2026

KABINET DAPUR BERWAJAH BARU 😍

Mama kan beli peti ais baru... Peti ais baru ni tak muat nak masuk kat ruangan slot kabinet peti ais lama... 

Tersembul kat depan kabinet. Tak boleh masuk.
Kalau nak buka laci kabinet, peti ais kena tolak ke tepi.
Keraplah Mama menolaknya sebab boleh 😂... dia ada roda  

Mama pun mengadulah kat Baba, disebabkan peti ais kerap ditolak ke kiri ke kanan, Mama dengar bunyi macam cengkerik kat belakang peti ais, sebelum ni takde bunyi apa-apa. Peti ais ni inverter, so dia senyap je..2-3 hari selepas guna, Mama dengar ada bunyi krik-krik kat belakang peti ais tu... So, Mama risaulah asbab asyik ditolak ke sana sini, peti ais cepat rosak 😅

So, 10/4/2026, Baba buatkan kabinet baruuuuuu 😍. Baba ubah design kabinet supaya peti ais muat masuk kat tempat asal. Dulu ruangan storage dan laci sama besar ukurannya di sebelah slot peti ais. Sekarang, kena kecilkan ruang storage untuk muatkan peti ais tanpa perlu mengubah semua kabinet di ruangan dinding dapur.

Disebabkan sekarang IN warna kabinet dapur warna cream or beige, Mama pun requestla nak warna cream atau coklat cair gitu. Baba pun setuju sebab stok papan warna seperti yang Mama request, available kat bengkel.

Petang 11/4/2026, kabinet baru siap dipasang. Heh, cepatnyaaaa...Mama suka, Mama suka 💃💃💃 

Body dah siap pasang, pintu belum ada 😅
Sebenarnya kabinet ini awal kejadiannya warna merah. Design asal macam ni 👆
Kemudian tukar warna dark grey. 


Dah siap pasang pintu. 😍
Sebenarnya Baba nak tukar juga pintu kabinet sebelah tu dari warna dark grey ke warna cream.
Tapi Mama tak kisahlah kalau kekal macam ni pun. Tak payah buang duit tukar pintu baru.

Untung bersuamikan Baba yang pandai buat perabot ni kan... 😍😀😉 Kali ini, cepat juga proses dan tindakan dia. 😌 

Namun, kebiasaannya, memang lambatlah rumah sendiri nak siap. 😌😬 Mama ada bagi modal bulan 9 tahun lepas, untuk buat katil double decker bilik Ajmal dan Atif... dan wardrobe bilik depan, tapi sehingga kini senyap sunyi tanpa berita. Bila ditanya bila akan siap, Baba jawab...sabar, kerja tengah banyak...huuuuuu... 😏😌 

Khamis, 9 April 2026

Tahun 2026 | Tahun penuh masalah untuk peralatan elektrik di rumah kita 😖😩😵 - Ep. 2

Akhirnya, mesin basuh yang telah dibaiki dengan kos RM150 minggu lepas, turut bersara dari perkhidmatan. Masa membasuh dari 26 minit menjadi 2 jam gara-gara air tak penuh-penuh. Kena mengisi air dalam baldi semata-mata nak bagi mesin bertukar ke mode washing. Membasuh pula tak boleh kapasiti banyak, kena water level small sahaja. Jadi, Mama dan Baba ambil keputusan untuk membeli mesin basuh baru.

Semalam, Baba survey kedai peralatan elektrik kat Taman Setia Indah. Kedai yang sama kita beli mesin basuh lama tu..Mula-mula, tokey kedai tu recommend mesin SHARP 14kg sebab Baba request nak mesin top load. Bawa balik ke rumah, mesin tak muat masuk ruangan peti basuh asal. Pintu tak boleh buka sebab tersekat di kabinet. 😕 Mesin ini lebih tinggi daripada mesin sebelum ini. Maklumlah, 14kg..


Mesin SHARP 11kg sebelum ini muat masuk bawah kabinet sebab pintu dia boleh lipat. Sekarang dah tiada model pintu top load boleh lipat. So tokey kedai recommend mesin basuh front load.

So, bermula malam semalam, bermulalah perkhidmatan mesin basuh baru di rumah kita. MIDEA front load, 12kg. Harapan Mama agar mesin basuh ini akan berkhidmat lama seperti mesin basuh sebelum ini.


Terima kasih kepada mesin basuh SHARP 11kg yang telah berkhidmat hampir 11 tahun. 

Masa beliau dibaiki tempoh hari. Takde gambar lain nak tepek.
Bolehlah, buat kenangan.. 😌

Sabtu, 4 April 2026

Tahun 2026 | Tahun penuh masalah untuk peralatan elektrik di rumah kita 😖😩😵

Tahun 2026 telah membawa pelbagai cabaran dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Kekejaman Israel kepada Palestin memang sejak dahulukala lagi, semakin bermaharajalela sehingga ke hari ini. Tiba-tiba tahun ini muncul pula kisah peperangan antara AS-Israel vs Iran. Apa hal ko Trump? Mungkin Trump nak realisasikan makna nama dia (To TRUMP is to outrank or defeat someone or something, often in highly public way). So, dia mencabar semua negara berperang dengan AS. 😏

Tapi yang paling mengejutkan Mama adalah... lepas satu, satu peralatan elektrik di rumah kita ni rosak 😕😩. Tahun ini tahun paling tragik apabila semua peralatan elektrik di rumah kita mengambil keputusan bersara berjemaah... 😅😅😅. 

Dalam post kali ini Mama ingin berkongsi pengalaman pahit manis yang Mama hadapi dengan peralatan elektrik yang rosak dan langkah-langkah yang Mama ambil untuk mengatasi situasi ini. Mari kita lihat bersama apakah punca di sebalik masalah ini dan bagaimana kita boleh bersedia untuk menghadapi cabaran serupa di masa hadapan!!! 😁😆

Bermula dengan kerosakan pressure cooker Noxxa yang telah Mama guna semenjak tahun 2010 ke 2011..Mama tak ingatlah, cari rekod belian pun tak jumpa dah. Lepas ni kena buat post kalau beli gajet baru. Untuk rekod.  😃

Sebelum-sebelum ini periuk Noxxa tu tak pernah bermasalah. Tiba-tiba masuk je tahun 2026, bermula dengan masalah lampu indicator dia tu berkelip-kelip, tapi masih boleh guna sehinggalah lampu tak keluar langsung dan terus kaput seminggu sebelum puasa. Huuuuuuu😓 

Mama memang mati akal sebab periuk Noxxa itu lah periuk yang Mama gunakan hampir untuk semua jenis masakan disebabkan mudah dan cepatnya urusan memasak, termasuk masak nasi dalam kuantiti yang banyak hanya 8 minit sahaja. Kalau nasi kuantiti sikit, Mama masak nasi guna periuk nasi Tefal yang cute tu je...

Tiba-tiba, dalam tempoh selang masa yang tak berapa lama, periuk nasi Tefal yang cute tu pun rosak juga. Tak boleh tekan butang masak nasi. Jadi, apa nak jadi kalau periuk nasi tak boleh masak nasi? Tak boleh jadiiii... 😅😅😅

Sepanjang bulan puasa, masaklah nasi dengan periuk nasi KINGWOOD warna putih berbunga pink yang bersaiz cute juga dibeli semasa awal perkahwinan dulu. Nasib baik masih simpan. Tak payah beli periuk nasi baru.

Jenama KINGWOOD ni dah takde dalam pasaran

Periuk nasi Tefal tu Mama dah let go ke tempat pembuangan barang-barang elektrik. Tapi periuk Noxxa Mama sayang nak buang. Mama akan repair, harap-harap boleh guna lagi.

Puan Noxxa yang dah penat 🥴🥵

Balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri haritu, tiba-tiba... Mama dapat hadiah daripada Ceq Nor, pressure cooker Swiss Thomas. Yahoooooooooo 💃💃💃. Ceq Nor dengar Mama bercerita dengan nenek, periuk Noxxa Mama dah rosak. Kebetulan dia ada sediakan complimentary gift untuk customer Coway dia, termasuklah pressure cooker tu..so dia hadiahkan kepada Mama sebab Mama pun one of her customer.  Alhamdulillah, selesai masalah pressure cooker merangkap periuk nasi. Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. 😀😁

Merahnya dia 😍 Sedondon dengan blender Mama yang dah dok ada.

Sehari sebelum raya, tiba-tiba...mesin basuh pulak meragam. Isi air tak penuh-penuh. Dah lebih sejam, mesin tak berpusing. Keluar indicator IE (Inlet Error). Apa pulak rosaknya ni? Bila Mama google indicator IE menandakan mesin basuh tidak menerima air atau air tidak dapat masuk ke dalam tab pada tahap yang sepatutnya dalam jangka masa yang ditetapkan. Baba panggil orang repair, tukar pump dan tukar belting dengan kos RM150.00. Alhamdulillah, mesin basuh masih berfungsi dan tak perlu lagi tukar baru. Mesin basuh SHARP 11kg ni pun sebenarnya dah berumur lebih kurang 10 tahun. 😅

Minggu lepas, steam iron Philips pulak buat hal. Beberapa tahun lepas, si iron magic ini pernah dibaiki kerana lampu indicator keep on blinking dan tak panas langsung. Rupanya pump rosak.

Kali ini tak tahulah apa pula yang rosak. Ironnya panas tapi tak keluar wap. Kedutan tak hilang langsung. Stress Nuha bila tudung sekolah dia berkedut. Terpaksalah Mama keluarkan iron conventional (dry iron) Philips yang masih Mama simpan untuk tujuan darurat seperti inilah... Tapi, Nuha tak mahir guna iron biasa ni, nasib baik tak berlubang tudungnya. Mama yang tolong iron tudung sekolah dia. Mama pun stress sebab silap panas sikit, melekat. Nasib baik tak hangusss 😖 

Memandangkan iron magic ini pun sudah berbelas tahun Mama guna, kerosakan ini tidak membuatkan Mama marah atau terkilan. Cuma Mama sedih kerana telah berbelas tahun beliau berkhidmat untuk keluarga kita. Mama sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada Puan Noxxa dan Mr. Iron Philips II. Akhirnya, telah tiba titik akhir dalam perkhidmatan mereka semua. Memang pembelian yang berbaloi. Alah membeli menang memakai.

Justeru, Mama telah membeli iron baru, steam iron Philips juga untuk menggantikan Mr. Iron Philips II. Iron baru ini Mama akan panggil dia Mr. Iron Philips III  😁. Mama beli through Shoppee. ETA on 4 April 2026. 

Yeayyyy...iron baru dah sampai 💃.
Mr. Iron Philips III yang warna purple kat tengah tu sampai tengahari tadi.
Di sebelah beliau itu adalah Mr. Iron Philips I dan Mr. Iron Philips II. 😆
 Mr. Iron Philips I (dry iron) tu, hadiah kahwin daripada kawan baik uni Mama, Farahiyah Badri.

Untuk rekod, Mama beli peti ais baru jenama Hisense 4 pintu dan mula digunakan pada 1 April 2026. Mama harap peti ais ini akan berbakti kepada keluarga kita untuk tempoh yang lama seperti peti ais yang sebelum ini. Reason Mama tukar peti ais baru ni bukan sebab peti ais yang kita sedang pakai tu rosak, tapi Baba nak letak peti ais tu kat bengkel perabot dia. Alasan kukuh untuk Mama tukar peti ais baru. 😁
  


Panjang lebar Mama membebel ni, jadi apa punca dan masalah semua peralatan elektrik rumah kita rosak serentak di tahun 2026? Puncanya adalah kerana usia semua peralatan ini sudah lebih sebelas tahun. Jadi, sudah sampailah masanya diorang rosak. Kerosakan semula jadi yang terjadi atau susut nilai yang berlaku pada peralatan elektrik melalui penggunaan biasa setiap hari dari semasa ke semasa.

Ok, tamatlah sudah post yang sarat dengan peristiwa yang tiba-tiba... 😅🤭

Sabtu, 28 Mac 2026

Open House - The Jamil's Family


Naja dan Angah jemput Mama ke open house family dia yang diadakan di rumah Angah di Perjiranan 10, Bandar Dato' Onn.

Lamanya tak jumpa kawan-kawan UIA. Naja antara kawan uni yang kerap Mama jumpa after habis belajar. Yang lain hanya jumpa dan bersembang di alam maya. 😔

Mama masih ingat lagi, masa Mama kat UIA, Mama dan kawan-kawan ikut Naja balik kampung kat Kangkar Pulai, Johor Bahru. Kebetulan masa tu, Cik Anim sedang belajar di Sekolah Tun Fatimah (STF). Mama datang melawat Cik Anim di asrama. 

Mama ingat itulah kali pertama dan kali terakhir Mama akan sampai ke negeri Johor sebab Kelantan dan Johor ni jaraknya jauh. Mama tak pernah terfikir Mama akan menetap di sini. Perancangan Allah adalah terbaik. Sekarang, kehidupan Mama, tempat mencari rezeki serta tempat kelahiran anak-anak adalah di Negeri Johor. 

Selasa, 17 Mac 2026

Mama tukar Favicon lagi 😍

Mama pernah belajar cara-cara tukar favicon sebelum ini... dan Mama ada buat post untuk rujukan, tajuknya "Buat Blog Jadi Unik".

Kali ini Mama nak tukar favicon lain pula😅. So,  Mama follow cara-cara yang Mama belajar sebelum ini dengan merujuk post yang Mama buat sebagai rujukan. Tapi beberapa kali tukar imej pun, website blog Diari Mama tak berubah faviconnya. Masih favicon yang sama. Jengggg kreeengggg... 😵😵

So, Mama bertanya Mr. Google. Ini solutionnya 😀

Sekiranya favicon yang kita tukar di setting, tapi favicon baru itu tidak berubah atau tidak dikemaskini di website blog kita, Press CTRL + F5 serentak. Tadaaaaaa...... favicon baru akan terus appear di website blog kita. Ilmu baru ini Mama belajar di channel GET INFORMATION AND KNOWLEDGE. 

Untuk imej favicon, kita kena guna gambar yang bersaiz kecil seperti 16 x 16, atau 32 x 32 atau saiz yang bersesuaian. Imej yang bersaiz kecil dan cute ini boleh cari di Glitter-graphics. 

Nak guna gambar personal kita sendiri pun boleh. Tapi kena tukar kepada saiz imej favicon menggunakan Favicon Generator / Converter. 

Hari ini Mama tukar favicon ini 👇... Clover four leaf dan ada bunga pink di tengahnya. Cute kan.. 😍 


Ahad, 15 Mac 2026

My favourite movies and drama series of all times 😉

Dalam banyak-banyak movies yang Mama pernah tonton sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah yang Mama ingat sampai sekarang adalah Anne of Green Gables lakonan Megan Follows sebagai Anne Shirley dan Jonathan Crombie sebagai Gilbert Blythe yang disiarkan melalui slot Dunhill Double di RTM 2 setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.00 malam, tahun 90-an dulu-dulu... 

Terngiang-ngiang lagi iklan yang berbunyi seperti ini.... "Alfred Dunhill mempersembahkan filem-filem yang bermutu luar biasa, setiap Khamis dan Jumaat, The Dunhill Double menampilkan (nama pelakon dan filem yang akan ditayangkan pada minggu itu). Iklan tersebut akan diakhiri dengan... "Dunhill, Gaya Mutu Keunggulan". Empunya siapakah suara latar di sebalik iklan itu? Mama tanya Mr. Google, tapi tiada maklumat tentang empunya suara latar itu. Tapi ada satu komen di YouTube yang menulis pemilik suara latar iklan itu adalah Allahyarham Farit Ismeth Emir. Mama dengar pun, sama macam suara arwah...

Sebenarnya, ada banyak versi filem Anne of Green Gables yang diadaptasi dari novel klasik karya Lucy Maud Montgomery ini. Tapi filem yang diarahkan oleh Kevin Sullivan dan dilakonkan oleh Megan Follows dianggap adaptasi paling popular. Mama pun suka versi yang ini. Tapi, sukar untuk mencari platform yang menyiarkan filem versi 1985 dan 1987 (sequel) sekarang. Yang ada di Netflix dan platform tontonan atas talian lain adalah versi yang lain-lain yang tidak se'asli' arahan Kevin Sullivan.

Mama rindu nak menonton lagi Anne of Green Gables versi ini. Kat mana ye Mama boleh menontonnya??? 😐

Poster filem Anne of Green Gables lakonan Megan Follows, arahan Kevin Sullivan. 
Credit goes to IMDb

Sewaktu zaman study UIA pula, Mama ter'minat' giler kat Shah Rukh Khan. 😅😅😅  Semua filem lakonan Shah Rukh Khan Mama mesti tonton especially Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ) dan Kuch Kuch Hota Hai (KKHH).

Credit goes to Wikipedia

Zaman dulu, kalau nak tengok movies, kena beli CD atau DVD, atau sewa je..lepas tengok, pulang balik 😉 Almaklumlah, zaman study uni, duit tak berapa nak ada. Ada kawan-kawan yang have-have, diorang beli DVD, Mama pun menumpanglah tengok sama-sama kat Library Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai. Mama menginap di Kolej Zainab Al-Ghazali (KZAG), bersama-sama Farahiyah Badri (Penang), Hasniza Md Noor (Kedah), Che Wan Azidah (Kedah), Junida Jamaluddin (KL), Nazarina Jamil (Johor), Norasikin Mohamed (Kelantan), Norazimah (Selangor)...dan ramai lagi lah, tapi nama-nama hok ni je yang kukuh terpahat dalam memori ingatan Mama masa kat Matrik Lembah Pantai. Hujung minggu je, kitorang pegi library menonton Dilwale ramai-ramai. Indahnya kenangan itu...😍 

Time study di main campus, IIUM Gombak, terjebak pula dengan drama series Taiwan, Meteor Garden (TV Series 2001) yang dilakonkan oleh Barbie Hsu sebagai San Cai dan Jerry Yan sebagai Dao Ming Si. 😅 Mama beli DVD diaaaaa... 😁 Setiap waktu terluang, Mama dan kawan-kawan yang menginap di Blok G Mahallah Asma' akan menonton siri ini di bilik Farahiyah atau bilik Azimah yang lebih mesra kami panggil Jim. Mama menginap satu bilik dengan Farah, Jim dan Anisatul Fitri. Naja, Shikin, Che Chu dan Che Wan Azidah yang menginap di bilik depan Blok yang sama akan datang ke bilik kami. Junida Jamaluddin yang mesra kami panggil Ida sorang lagi geng lepak kami. Setiap kali lalu depan bilik kami otw dia nak ke toilet, mesti dia menyinggah 😂. 

Kadang-kadang port menonton adalah di bilik Naja. Tempat lepak kami menonton adalah di bilik kawan-kawan yang ada PC atau laptop 😆. Angah (Mommy) yang time tu study kat UPM, setiap minggu akan datang ke UIA lepak kat bilik Mama 😅. Mommy pun dah jadi salah seorang ahli geng lepak kami. Sehingga sekarang, Mama masih berhubung dengan geng Meteor Garden dan kami ada Grup WA yang adminnya adalah Naja dan dia namakan Grup WA kami tu 'Meteor Garden Clan'  😄😆. 

Tapiiiii, DVD Meteor Garden Mama tu dah takde 😩. Mama lupa siapa pinjam, tak dipulangkan 😒. Mama ingat-ingat lupa, rasanya sepupu Mama yang pinjam time Mama dah kerja kat Kota Bharu. 

Poster Meteor Garden 2001 
Credit goes to IMDb

Terpengaruh dek siri inilah, Mama bertindik sampai 3 lubang di kedua-dua telinga. 3 pasang Mama pakai anting-anting😄😅. Once Mama kahwin dengan Baba, Ummi (Nek Mi) suruh Mama pakai sepasang je anting-anting. Lama kelamaan, lubang yang lain itu tertutup. Rupanya bertindik lebih daripada satu lubang di setiap telinga itu adalah dilarang kerana menyerupai golongan lain. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : من تشبه بقوم فهو منهم Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب   Mama rujuk di SINI.

Di era digital dan globalisasi ini, dunia saling terhubung oleh internet. Banyak platform dan aplikasi streaming service yang menawarkan pelbagai jenis rancangan TV, filem, anime dan dokumentari. Semuanya di hujung jari. Rumah kita ni, dah jarang tengok siaran biasa TV. Buka TV je, tengok Netflix. Berita tentang negara dan luar negara, tengok kat handphone je melalui aplikasi FB, TikTok dan lain-lain. Banyak sangat perubahannya... Mama adalah anak zaman Gen X. Lahir di awal dunia mula globalisasi. Mama adalah generasi yang melalui fasa peralihan daripada teknologi analog kepada digital.

So, Mama pun tidak terkecuali menggunakan pelbagai medium penstriman yang wujud sekarang ini untuk menonton movies dan drama series dari pelbagai negara seperti Korea (K-Drama), Taiwan (C-Drama), Jepun (J-Drama), Turki, India, Sepanyol, Thailand dan negara-negara yang tak pernah Mama terfikir boleh tengok filem mereka seperti Rusia, Africa, dan baaaaanyak lagi...

Zaman sekarang, movies dan drama series banyak sangat. Setiap minggu keluar cerita baru kat Netflix, iQIYI, Viu dan lain-lain aplikasi penstriman. Bila dah banyak sangat, keterujaan kita akan hilang bila ceritanya lebih kurang sama. Mama akan tengok sekali dan binge-watch sahaja. Kadang-kadang skip je scene yang tak menarik sebab nak habiskan cepat siri tu untuk tahu endingnya sahaja.

Tapi ada beberapa K-Drama yang Mama suka dan boleh ulang tengok, antaranya Business Proposal, Reply 1988 dan When The Phone Rings. Ada beberapa lagi, tapi Mama lupa 😀. Baba pula suka melayan siri Racket Boys. Dah berpuluh kali kot dia khatam. Baba bagitau dia suka cerita tu sebab cerita santai, lucu, semangat setiakawan yang tinggi dan tak sakit kepala dan tak perlu fikir banyak bila menontonnya. 😁

Manakala C-Drama pula, Mama selalu ulang tengok cerita Hidden Love lakonan Zhou Lusi dan Chen Zeyuan. Satu lagi cerita The Prisoner of Beauty lakonan Liu Yuning dan Song Zuer.

Filem Inggeris yang menjadi kegemaran Mama dan Baba adalah The Chronicles of Narnia : The Lion, the Witch and the Wardrobe dan The Chronicles of Narnia : Prince Caspian. Sequel ketiga The Voyage of the Dawn Treader tu dah tak berapa syok. Pernah tengok tapi tak habis pun..so, tak berapa pasti jalan ceritanya macam mana... Dan, sudah pastinya tersenarai dalam movies paling disukai adalah semua siri The Lord of the Rings dan The Hobbit.

Ada satu movie Inggeris yang Mama selalu ulang tengok dan akan menitis air mata dan rasa sebak... cerita tu bukan cerita sedih... tapi Mama tak tahu kenapa Mama rasa sebak... tajuknya Flipped. Mama menontonnya di Netflix. Mama menangis teresak-esak masa scene Juli dapat tahu yang Bryce buang telur ayam yang dia bagi pada Bryce setiap hari dan sebak bila scene Juli mula menjauhkan diri setelah peristiwa itu. Mama menangis lagi bila scene Bryce tanam sycamore tree di halaman rumah Juli dan Juli memaafkan Bryce. Mereka menanam pokok sycamore bersama-sama. That day they started to really talk and they'd be talking for a long time. Happy ending 😍💓. Tapi sekarang filem Flipped ni dah takde kat Netflix. Mama tak tahu nak tengok kat mana pula... Mungkin ada kat platform MovieBox.

Ada satu movie Jepun yang memberikan perasaan yang sama sewaktu Mama menonton Flipped... tajuknya Our Secret Diary, filem tahun 2023. Filem ini berkisar tentang zaman persekolahan dan semangat setia kawan. Mama menangis sewaktu scene Setoyama bagi teddy bear yang dia dapat di claw machine tu kepada Kuroda. Satu lagi scene yang menyentuh hati bila Kuroda dan kawan-kawan dia berselisih faham dan salah seorang kawan dia request lagu yang menceritakan tentang persahabatan dan betapa susahnya meminta maaf. Semasa lagu itu berkumandang, kawan Kuroda menunduk dan mengucapkan "Gomen ne" (I am sorry). Seorang lagi kawan yang turut mendengar lagu itu diputarkan semasa waktu rehat di sekolah mereka, berlari ke bilik broadcast sekolah dan mereka bertiga berpelukan dan saling meminta maaf. Ada beberapa scene lagi yang menyentuh perasaan. Kalian boleh menontonnya sendiri 😉. Kebanyakan filem dan drama yang Mama sebutkan di atas boleh ditonton di SINI.

Ok, that's all movies dan drama series yang Mama boleh ingat sepenuhnya jalan cerita dan scene menarik sebab banyak kali ulang tengok 😀. Mungkin in the future, akan ada movies atau drama baru yang bisa menyentuh hati dan tersenarai dalam list Mama's favourite movies. 👌✌💓

Next time, Mama akan menulis tentang movies dan drama yang anak-anak suka pula. 😎

Khamis, 12 Mac 2026

Letak cute icon di Blog Archive

Nampak tak cute icon 💕yang tergedik-gedik sebelah Blog Archive ni?
Macam mana cara nak buat tu?

Caranya macam ni 👇😎


> Templates > Edit HTML

> Control F cari kod ini  :  <li><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>

> Masukkan kod html ini  : <img src='URL CUTE ICON'/>

> Kod html akan jadi macam ini : <li><img src='URL CUTE ICON'/><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>

> Kalau Blog Mama, kod html ini di barisan 2803.


Kat mana nak dapatkan URL cute icon yang comey-comey dan free? Lawatlah blog ✿LYSSA FAIZUREEN✿ Dia berkongsi banyak cute mini icon di SINI. Mama selalu lawat blog dak Lyssa Faizureen ni sebab dia banyak buat tutorial untuk upgrade dan cantikkan blog. Jadikan blog kita unik. Dia tak kedekut ilmu. Terima kasih nak..makcik suka, makcik suka.. 😍😘

Sabtu, 7 Mac 2026

Ubah background-wrapper dan content-wrapper di page

Semenjak ter'melawat' blog Diari Mama minggu lepas, Mama terjebak dan addicted to change background-wrapper dan content-wrapper di pages yang Mama buat selama ini menggunakan skin yang Mama ambil daripada ipietoon.com dan lyssasecret.com. Sekarang, Mama dah tahu yang gambar biasa pun boleh dijadikan wrapper sekiranya kita tahu url gambar itu. So, untuk setiap page, Mama jadikan ianya lebih unik dengan meletakkan gambar yang berkaitan dengan cerita di page itu. Contohnya, bagi page Umrah September 2025, Mama ambil gambar siling Masjid Nabawi dan gambar suasana selepas solat Subuh di dataran Masjid Nabawi.

Untuk page School Holiday : CNY 2026 pula Mama ambil gambar pemandangan Cameron Valley Tea dan gambar bunga di Lavender Garden.

Ini kod html untuk style wrapper di page blog kita. 👇

*********************************************************************************

<style>
body {
background-image: url('URL GAMBAR 1');background-position: center; background-repeat:repeat; background-attachment: fixed;
}
</style><br />
<br />
<style>
#content-wrapper {
width: 1200px;
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
position: relative;
text-align: left;
background:#d6e0e3 url('URL GAMBAR 2');
border: 1px solid $contentBorderColor;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}
<style>
#main-wrapper {width: 1000px; float:none; margin: 0 auto !important;}
#main {width:auto;}
</style><br />

*********************************************************************************

Page Umrah September 2026
Background wrapper - gambar dataran Masjid Nabawi 
Content wrapper - gambar corak siling dalam Masjid Nabawi

Ok, done untuk catatan dan menyenangkan Mama untuk refer di masa depan.

Jomlah kita ke dapur memasak Butir Nangka untuk juadah berbuka puasa. 😉

Butir Nangka done!!! 😋
Nuha : Euwwww, apa yang hitam tu Mama?
Mama : Itu bukan tahi lipas, itu biji halba. 😒

Jumaat, 27 Februari 2026

Cara susun gambar sebelah menyebelah dalam post dan page

Eh, tiba-tiba ada post baru 😅😅😅

Tiba-tiba mood rajin melanda, so terpanggil untuk melawat blog sendiri yang dah lama bersawang 😩

So, bila melawat blog ni, ada sahajalah yang nak diubah. Kali ini Mama cuba belajar susun gambar di page School Holidays dan Special Events Remembered agar lebih tersusun dan kemas guna kod html. Mama create this post supaya lepas ni senang buat rujukan.


<div style="float: left;">
<a href="url pautan 1" imageanchor="1" style="margin-left: 3em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="420" src="url gambar 1" width="324" /></a>
<div style="font-size: medium; line-height: 15px; padding-left: 15px;">
Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3</div>

</div>

<div style="float: left;">
<a href="url pautan 2" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="420" src="url gambar 2" width="324" /></a>
<div style="font-size: medium; line-height: 15px; padding-left: 15px;">
Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3</div>

</div>

<div style="float: left;">
<a href="url pautan 3" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="420" src="url gambar 3" width="324" /></a>
<div style="font-size: medium; line-height: 15px; padding-left: 15px;">
Teks gambar baris 1
teks baris 2
teks baris 3</div>

</div>

<div style="clear: both;"></div>


Inilah kod html yang boleh digunakan untuk menyusun gambar sebelah menyebelah dengan kemas dan tersusun agar galeri pages kita tidak berselerak. Kod html ini sesuai untuk gambar yang kita nak letak link url ke pautan post atau page lain. 

Untuk saiz gambar boleh ubah je saiz "height" dan "width" tu ikut kesesuaian. Untuk jarakkan kedudukan gambar boleh ubah saiz margin-left dan margin-right tu.

Kalau nak tambah baris, untuk jarakkan gambar atas dan bawah, boleh tambah kod html ini : <br />

Kalau nak ubah jarak di Compose view, boleh tekan "enter" je..


Kalau nak letak susun gambar sebelah menyebelah TANPA pautan url link, boleh guna kod html yang ini 👇

<table cellpadding="0" cellspacing="0" style="width: 100%;">
  <tbody>
    <tr>
      <td style="padding: 5px; text-align: center;"><img src="URL GAMBAR 1" width="400" /></td>
      <td style="padding: 5px; text-align: center;"><img src="URL GAMBAR 2" width="400" /></td>
    </tr>
  </tbody>
</table>

Kod html di atas untuk susun 2 gambar. Kalau nak letak 3 gambar, tambah kod html untuk URL GAMBAR 3 dan ubah width gambar menjadi lebih kecil. Mama buat saiz "250", ngam 👍untuk 3 gambar.

Ini wajah baru page School Holidaysss!!! yang susunan gambarnya lebih tersusun. Terlupa nak screenshot paparan sebelum diubah penampilannya. 😅

Tapiiiiiiii.... kalau buka kat handphone, paparan mobile, berselerak jugaaakk... hahahaaaa 😆😆😆

Mama juga dah ubah outer-wrapper di page Atif Raihan. Letak skin yang bertema bola sepak. 😉

Page Atif Raihan yang mama dah tukar outer-wrapper dan content-wrapper dengan blog skin bertema bola sepak. Ada rumput hijau, ada pemain bola sepak tu.. 😃


Sabtu, 7 Disember 2024

Selamat Tinggal Papa 😭😭😭

Selamat tinggal Papaku sayang...

Papa telah kembali ke Rahmatullah pada 25 November 2024, jam 12.36 pagi. Mama terima panggilan Mommy lebih kurang jam 12.45 pagi. Mama terkedu dan menangis, tak tahu nak buat apa selama 10 minit... Kemudian, bila fikiran kembali waras dan tenang, Mama terus bagitau Nuha untuk kemas apa yang patut. Kita kena balik kampung sekarang juga.

Baba dan Atif ke KL, ada games. Mama call Baba berkali-kali nak bagitau Mama nak balik kampung dulu sebab tak sempat tunggu mereka balik dari KL. Rupa-rupanya, Baba dah sampai JB masa tu tapi dia tak dengar Mama call. After 30 minutes lebih kurang, Baba return call dan bagitau tunggu kat rumah, kita balik sama-sama. Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami gerak ke sekolah Ajmal. Selesai urusan mohon kebenaran warden untuk bawa Ajmal keluar asrama, kami gerak balik ke Kelantan jam 2.45 pagi. Kami sampai kampung lebih kurang jam 1 tengahari. Urusan pengebumian selesai jam 3 petang.

"Ya Allah, tempatkanlah roh arwah Papaku di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan beriman. Luaskanlah tempat pembaringannya seluas saujana mata memandang. Ringankanlah siksaan kuburnya. Semoga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang Along baca sampai terus kepada Papa. Semoga Al-Mulk yang Along baca menerangi Papa di alam sana, Insyaa Allah, aamiiiiiin YRA." 😭







Kami 7 beradik akan selalu ziarah pusara Papa... setiap kali balik kampung.. Kami janji.

Jumaat, 19 Julai 2024

Abang Ajmal dan nasyid berpisah tiada... 😍

Ajmal terpilih menyertai kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) tahun ini. Kumpulan nasyid mereka di beri nama Soutun Najah. Dapat Johan semasa pertandingan peringkat Daerah. Dapat Naib Johan semasa pertandingan peringkat Negeri. 

Walaupun dia keberatan dan lebih nak masuk pasukan bola, tapi disebabkan cikgu nasyid insist dia join juga kerana tak cukup peserta, sebab pelajar Tingkatan Lima tidak boleh dilibatkan, terpaksa jugalah dia join team nasyid ni.. tapi Mama tahu, dia kata terpaksa, tapi sebenarnya dia rela..hahahaaaa 😂 

Yang buatkan dia mengeluh dan keberatan tu sebab, latihan nasyid sangat lama dan dia stress tak boleh balik rumah bila time cuti pulang asrama (CPA). Pelajar lain semua boleh balik rumah, tapi team nasyid kena stay asrama untuk berlatih.

Mama pun kesian tengok dia penat dan tak enjoy, tapi apa yang Mama boleh buat hanyalah bagi kata-kata semangat dan tenangkan dia..rasionalkan fikiran dia supaya dia tenang dan anggap ini sumbangan dia kepada sekolah.

Namun, walaupun di bibir mengeluh penat, tapi dia tetap cuba bersungguh-sungguh sebab dia memang minat nasyid.

Bila Mama tengok Ajmal dan team perform masa pertandingan, dia sebenarnya bersungguh-sungguh buat yang terbaik. Mama bangga.


Mata naik ketumbit pulak time nak bertanding ni 😣







Selasa, 2 Julai 2024

Papa ~Tok Pa~ 💞

Lama dah Mama berhenti menulis di sini... 

Tapi terpanggil untuk menulis semula bila banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup ini yang memerlukan ianya dicatat untuk kekal dalam ingatan.

Coretan ini tentang Papa.. cucu-cucu panggil Tok Pa..

Setelah hampir setahun juga Tok Pa batuk berdarah dan keluar darah melalui hidung, dan bila kelenjar leher Tok Pa membengkak pada 9 Januari 2022, Mommy bawa Tok Pa ke HUSM untuk buat ct scan. 

Pada 23 January 2022, doktor diagnose Tok Pa kena kanser hidung. Bermulalah sesi rawatan chemo sebanyak 16 kali. Setelah habis sesi chemo, doktor nak sambung buat radiotherapy, tapi kanser dah spread ke paru-paru. Jadi tak boleh buat radiotherapy.

Doktor nasihatkan untuk sambung sesi chemo, tapi Tok Pa enggan buat chemo lagi. Dia penat. Dia dah tak nak rasa tak bermaya dan hilang selera makan.  Doktor faham sebab Tok Pa warga emas. Kalau orang muda doktor tak akan beri pilihan lain selain untuk teruskan sesi chemo. Disebabkan Tok Pa dah lanjut usianya, jadi doktor bagi pilihan untuk makan ubat sahaja. 

Sepanjang tahun 2023, Tok Pa memang sihat, selera makan pun bertambah sebab dah berhenti chemo. Masa Tok Pa mula-mula kena kanser, dia jual semua lembu peliharaan sebab tak mampu untuk jaga. Tapi, bila dah sihat ni, dia beli semula lembu-lembu. Dia mula berkebun semula. Pergi mana-mana pun, dia drive sendiri. Masa chemo, aktiviti ke surau terhenti. Tapi lepas dia sihat semula, setiap kali masuk waktu, mesti akan pergi surau dengan Nek Mi...mcm dulu-dulu...

Awal tahun 2024, Tok Pa alami masalah dengan mata. Semua objek dia nampak 2, jadi sukar untuk dia bergerak dan buat aktiviti harian bila semua objek yang dia lihat akan ada sepasang. Kalau naik motosikal, jalan akan nampak dua. Bila ke HUSM, doktor pun tak boleh sahkan samada masalah mata Tok Pa ni berpunca daripada kesan kanser atau penyakit baru yang timbul. So, Tok Pa letakkan kertas hitam menutup sebelah cermin spek mata dia. Bila guna sebelah mata sahaja, barulah benda tak jadi double..

19 Mei 2024, Tok Pa sakit kepala yang sangat kritikal sehingga doktor mengesahkan Tok Pa kena strok. Tapi sebab Cik Nor sempat bawa Tok Pa ke hospital cepat, badan, kaki dan tangan Tok Pa boleh pulih seperti sedia kala. Cuma, percakapan Tok Pa sahaja yang terjejas, jadi pelat, lidah seolah-olah jadi pendek, tertarik ke dalam. Biasanya begitulah kesan pesakit yang kena strok kan...

Mama cuba kerap balik kampung untuk jenguk Tok Pa dan Nek Mi. Nasib baik ada Cik Nor yang tinggal bersama Tok Pa dan Nek Mi di kampung dan Cik Anim yang tinggal di Pengkalan Chepa...















Khamis, 5 Januari 2023

Program Sekolah Berselawat Peringkat Negeri Johor

Pagi tadi Mama menghadiri Program Sekolah Berselawat Negeri Johor yang diadakan di SK Taman Bukit Tiram. Slot tazkirah bertajuk "Selawat" disampaikan oleh Al Fadhil Tn Hj Mohd Kamal bin Md Said, Pengerusi Pondok Anwarul Mahabbah, Kluang.

Kandungan tazkirah beliau sangat simple, senang sampai ke otak, melekat dan menusuk ke hati. Selawat ini simple tapi miracle. Beliau menceritakan lima kisah benar yang berlaku pada orang-orang yang beliau pernah bagi tazkirah tentang kelebihan mengamalkan selawat. 

Sekali kita berselawat kepada Rasulullah, 10 kali Allah berselawat dan melimpahkan rahmat kasih sayang kepada kita. 

Kawan sepejabat Mama pun turut hadir ke program tu.. Nama dia Norzalinawati. Dia hadiahkan Mama buku selawat. Semoga Allah melimpahkan rezeki melimpah ruah kepada beliau dan pahala yang mengalir kepada beliau juga dengan asbab Mama berselawat dan membaca buku ini.


By the way, Mama lupa nak update.. Mama dah bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021. 

Rabu, 4 Januari 2023

Panduan untuk edit template blog Diari Mama 😎

Mama suka mengubah type font dan saiz font di post, sidebar, linkbar, footer. Setiap kali buka blog, ada saje yang Mama ubah. So, untuk panduan, Mama tepek kat sini supaya tak hilang ingatan 😅

Ubah font link bar (tajuk pages bawah header tu)  :> #linkbar a   > baris 352
Ubah font post body, date header, post header, post labels   :>  /* Posts  > baris 425
Ubah font side bar (gambar tickers, gambar hari raya)  :> .sidebar  > baris 653
Ubah font lower bar (koleksi gambar anak-anak di bahagian bawah post) :> #lower-wrapper   > baris 828
Ubah font footer (Ayat "A little freshening up by Mama after trillion trials and errors!😍😚😘  ) ;> #footer  > baris 900

Ubah background header side bar  ;> #sidebar3 .widget, #sidebar4 .widget > baris 704
Ubah background header lower bar  ;> .lowerbar h2  > baris 867

✌😘

Selasa, 3 Januari 2023

Akhirnya... tukar jugak 😌

Baru je Mama ceritakan tentang Abg Ajmal yang bersekolah di SMKAF dan tak akan tukar sekolah sebab dah selesa kat sana kan...

Penghujung cuti sekolah bulan Disember 2022 lepas, dia tiba-tiba tanya Mama, 

Ajmal : Tingkatan 3 nanti boleh ke Abang pindah sekolah sama dengan Kakak?

Mama : Kenapa pulak? Hari tu Mama tanya nak tukar sekolah ke tak, abang cakap keputusan muktamad abang tak nak tukar. Sekarang dah ubah fikiran? So, bagitau Mama keputusan terkini, muktamad dan tak boleh ubah-ubah lagi!

Ajmal : Ok, Abang nak tukar...

Mama : Betul ni? Tak menyesal?

Ajmal : Insyaa Allah tak... urusan Mama lebih senang kalau Abang sekolah dekat dengan rumah.

Mama pun segeralah uruskan proses pertukaran sekolah. Mama jumpa pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, Ustaz Najib... sebab nak tukar sekolah ke aliran yang sama dengan SMKA Falahiah. Kebetulan pula Ketua Penolong Pengarah Kanan SPI, Tn Hj Lukman ada sekali, dia terus bagi green light untuk kelulusan Ajmal berpindah ke SMKA Johor Bahru. Kebetulan juga ada permohonan bertukar keluar dari sekolah tu, jadi adalah kekosongan di SMKA Johor Bahru. Alhamdulillah, urusan penempatan sekolah baru Ajmal dipermudahkan.

Urusan dengan CC di SMKA Falahiah pun sangat senang. Beliau yang ramah membahasakan diri beliau dengan panggilan Kak Na, menghantar borang pertukaran melalui aplikasi Whatsapp. Segala dokumen lampiran seperti surat beranak, IC ibubapa dan Sijil Kahwin pun Mama submit kepada Kak Na melalui whatsapp sahaja... Mama dengan rasa bersalah meminta maaf kerana Kak Na pula yang terpaksa mencetak dokumen-dokumen tersebut sebanyak 3 copy... Tapi Kak Na dengan mesra menjawab takde masalah, dan dia juga akan bantu mendapatkan tandatangan Pengetua untuk salinan diakui sah juga utk salinan-salinan dokumen lampiran tu.. 😍

Allah, terima kasih kerana permudahkan urusan Mama 👐 

💬💬💬

Semalam Ajmal call... dia bagitau Badan Disiplin SMKAF interview dia untuk jawatan Pengawas bagi sesi 2023. 

Soalan Ajmal yang sangat tragis. "Mama, nanti abang tukar ke sekolah JB, abang boleh jadi Pengawas tak? 

Oh anak... 😵😶 


Untuk perkongsian, untuk urusan pertukaran sekolah, ada borang pertukaran standard yang KPM keluarkan. Ibubapa boleh guna borang P.U.(A) 275 (Permohonan Untuk Pertukaran Sekolah Oleh Murid Warganegara). Manakala dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama adalah salinan surat beranak pelajar, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, sijil nikah ibubapa, dan salinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah lama.

Namun, untuk memudahkan urusan sekolah, better berhubung dengan sekolah untuk mendapatkan borang tersebut kerana ada sekolah yang meletakkan nombor siri di borang tersebut bagi memudahkan urusan dokumentasi di peringkat sekolah.

Ahad, 11 Disember 2022

Projek CROSS STITCH yang tak siap-siap 😆

Dua bulan lepas, masa tengah kemas barang-barang yang nak let go, Mama terjumpa beg ni...


Mama dah lupa kewujudan beg ni dan khazanah yang terkandung di dalamnya 😅. Dalam beg ni ada kain cross stitch dan patterns cross stitch. Ada projek cross stitch yang Mama mula buat pada tahun 2009, masa confinement Ajmal, tak siap-siap sampai sekarang 😏 

So, semenjak terjumpa beg ni, Mama terjebak, hahahaaa 😆. Instead of let it go, Mama let it in 😂

Mata makin rabun, baru mula nak sambung hobi jahit menjahit ni. 😅

Tajuknya, Vase of Flowers 😍

Pattern dah koyak rabak...
Nak print semula, website pun dah nowhere to be found.

Mama akan update, once it's finished! 💪

Sabtu, 3 Disember 2022

It takes quite a while...

It has been quite a long time since I've scribbled something here... 

Anak-anak semakin membesar dan moment childhood ini semakin hilang dan kabur dari kotak ingatan Mama andainya kenangan-kenangan yang dicaptured tidak disimpan di sini.

Perubahan wajah, perangai dan kesukaan anak-anak berubah-ubah, hinggakan ada ketika menatap gambar-gambar lama, Mama mengimbau semua kenangan dan nostalgia lama. Kalau gambar-gambar lama ni takde, tidak mustahil suatu hari nanti Mama akan terlupa apa kesukaan kamu, gelak tawa kamu dan karakter kamu semasa kamu semua menginjak dewasa. 

Tika ini pun Mama semakin digamit rindu... ini baru Ajmal yang duduk asrama...huhuuuuuu 😢

Ajmal dah naik Tingkatan 1, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Pasir Pekan Kelantan. Duduk asrama jauh nun di Kelantan sana. Kenapa hantar Ajmal bersekolah jauh sangat?! Semua orang tanya Mama... Allah telah takdirkan Ajmal menuntut ilmu di SMKAF, dengan asbab dia nak ikut Abang Amjad bersekolah di sekolah yang sama. Namun, rezeki Amjad menuntut ilmu di SMKAF tak lama, kerana dia tidak betah tinggal di asrama dan tak betah duduk berjauhan daripada keluarga. So, Angah (Mommy) pindahkan Amjad ke sekolah harian di Kuantan. Tinggallah Ajmal bersendirian di SMKAF.  😢 Tapi Mama yakin Ajmal akan survive sebab dia berjiwa kental. 

Hari lapor diri ke SMKAF pada 16 Mei 2022.
Posing dah macam gaya masuk sekolah tentera 😂😀
Depan koperasi hari pertama daftar Tingkatan 1 😄
Koperasi ini akan pasti menjadi tempat yang selalu dikunjungi selama mana Abang belajar di sini...
  
  
Pernah beberapa kali Mama tanya Ajmal sama ada dia nak pindah balik bersekolah di Johor Bahru. Pernah juga dia setuju, tetapi akhirnya dia buat keputusan untuk tetap bersekolah di SMKAF atas faktor dah selesa dengan suasana di SMKAF dan telah kenal kawan-kawan dan abang-abang senior. Mama dan Baba sokong apa sahaja keputusan Abang. Mama yakin itu keputusan terbaik.

Nuha dah Darjah 5. Semakin dewasa dan matang. Dah pandai bergaya... Kalau nak keluar tu, menggayakan shawl saja pun hampir satu jam 😄   Nuha seorang gadis yang serius. Wajahnya selalu berkerut dan masam je... Bercakap dengan orang macam nak ajak gadoh... 😅 Berbeza sangat dengan karakter dia semasa kecik dulu. Bila Mama tengok semula semua video Nuha masa kecil, rindunya pada keletah dia yang comel. 


 

Nuha pun selalu menyatakan hasrat dia nak ke sekolah berasrama penuh. Mama memang nak anak-anak ke asrama, sebab Mama bekerja, tak sempat memantau anak-anak sepanjang hari. Keberadaan kalian di asrama menjadikan anak-anak lebih berdikari, jadual masa untuk kehidupan harian dan ulangkaji yang lebih teratur. 

Kalau duduk rumah, memang masa banyak habis main game, tengok TikTok, tengok YouTube, tengok Netflix...Mama pun tak terpantau sebab Mama pun tengok Netflix juga 😅😁

Last posting about Atif, masa tu dia baru 5 tahun, baru masuk Tadika Al-Amin. Sekarang ni Atif dah Darjah 2. Dulu dia lemah lembut dan malu-malu, sekarang ni nakal yakmat dan suka menyakat Mama dan Kakak Nuha... Main game jerrrr.... habis bateri HP dia, dia kidnap HP Mama. Bab study, ke lauttt... 😅  Darjah Dua tapi masih belum lancar baca jawi...mengaji pun masih Iqra' 4. Mama risau sebab kalau nak bandingkan dengan Abang Ajmal dan Kakak Nuha, Atif sedikit lambat dari segi akademik...tapi tak elok bandingkan keupayaan anak-anak kan... Setiap anak ada kelebihan masing-masing. 

Atif nampaknya lebih meminati sukan dan lasak menurun Baba. Atif goalkeeper untuk Team U8 Kelab Bola Sepak Kampung Melayu Football Academy (KMFA) dan Kelab Setia Darul Takzim (SDT). Dia minta dengan Baba nak jadi goalie sebab penat berlari kejar bola. Goalie tunggu bola datang je 😆😁

Gaya Mutu Keunggulan 😂😆


Semoga anak-anak membesar sihat walafiat, menjadi anak soleh dan solehah, bahagia di dunia dan di Akhirat, Insyaa Allah, aaamiiiin. 💞

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘🥰


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP