Ahad, 10 Mei 2020

Buat blog jadi unik

Mama buat post ini supaya tak lupa cara-cara untuk menggantikan favicon default yang digunakan oleh semua akaun Blogger kepada favicon yang lebih cute dan comel yang akan menjadikan blog Mama berbeza dan unik.

Mama mencedok ilmu dari laman web ciktom.com Terima kasih kepada tuan tanah kerana berkongsi ilmu.

Sekarang, blog Mama berlambang icon bunga berwarna merah.


Esok lusa tukar icon lain pula... 😄


Updated on 22 Dec 2022

Mama dah jumpa cara lebih senang untuk tukar favicon blog. Tukar dekat setting blog sahaja. Senang je..takyah pening nak edit code di edit html.



Jumaat, 8 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Kedua

Assalamualaikum Diariku sayang...

Hari ini 15 Ramadhan sudah...
Kenapa terasa sudah teramat lama kita berpuasa...
Mungkin juga kita berpuasa di musim PKP ini, dengan duduk saja di rumah, menjadikan masa terasa amat perlahan dan kadang-kadang duduk rehat sahaja, menjadikan kita terasa lebih penat, sakit urat  dan macam-macam lagi.

Awal-awal tempoh PKP, di fasa pertama dan separuh masa kedua tu, Mama memang rasa sangat penat....mungkin sebab terlebih tidur...hahahaaaaa... iyelah, lepas solat Subuh, Mama bantai tidur lagi sebab takyah terkejar-kejar nak pergi kerja. Bangkit tidur, kepala ting tong... 😵

Tempoh PKP fasa ketiga dan keempat, Mama bertekad untuk berubah. Selepas solat Subuh, Mama tak sambung tidur dah... Mama terus buat kerja-kerja pejabat, barulah berkat gaji yang dapat semasa tempoh kerja WFH ni, Insyaa Allah. Sambil-sambil buat kerja opis, pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Tapi takdela terpantau sangat sebab sampai ke la ni, kerja sekolah Ajmal belum siap-siap juga...😫😵😵

Ramadhan tahun ini juga Mama berazam untuk khatam Al-Quran. Insyaa Allah dengan rezeki masa yang sangat luas yang Allah kurniakan di musim PKP ni, Mama sempat membaca 4 helaian Al-Quran atau lebih setiap kali solat fardhu.

~ credit to MuslimPro apps ~

Lepas solat Zohor, Mama terus masuk dapur untuk sediakan juadah berbuka. Walaupun masak simple, Mama kena masak awal, sebab bab masak-memasak ni, Mama slow-mo sikit... 😅

Jom recap juadah kuih-muih untuk berbuka yang Mama telah sediakan sepanjang 8-14 Ramadhan ✌


8 Ramadhan 1441H ~ 1 Mei 2020
Mama masuk dapur awal untuk menjala Roti Jala. 😀
Mama cuba resipi daripada blog Azie Kitchen. Mama pernah buat roti jala guna resipi yang sama sebelum ni. Memang lembut sampai ke malam. 👍



Nasi masa sahur berlebih banyak, so Mama buat Cucur Nasi. Ini first time Mama buat Cucur Nasi. Alhamdulillah, menjadi dan masih lembut walaupun dah sejuk... Mama guna resipi di SINI.



9 Ramadhan 1441H ~ 2 Mei 2020
Ya Allah... Mama sakit perut, sakit belakang dari malam hingga tengahari. Penyakit Mama ni semenjak Mama sekolah menengah lagi. Puncanya daripada sakit gastrik. Bila perut kosong sepanjang hari, dan waktu berbuka atau moreh tu Mama makan banyak, rasalah kesannya waktu malam tu. Perut rasa sebu dan sakit sampai ke belakang. Baba akan urut bahagian belakang, kat tempat yang rasa macam ada urat yang tersimpul tu...lepas urutan yang kuat, Mama akan sendawa atau muntah. Then, baru rasa lega. Penyakit angin kus-kus 😩

So hari ni, kita berbuka dengan kuih-muih yang Baba beli dan rezeki pemberian jiran-jiran. Mama masak lauk untuk sahur je lepas terawih.


10 Ramadhan 1441H ~ 3 Mei 2020
Masa Mama buat Apam Nasi minggu lepas, Baba bagitau dah lama tak makan apam yang selalu kita beli pada waktu pagi di kampung. Itu namanya apam bakar. Rasa dia macam ada rasa masam manis tapai atau pisang dan rasa lada hitam tu... Jadi, Mama google resipi Apam Bakar dan Mama memilih untuk mencuba resipi di blog Azie Kitchen.


Resipi tu dapat 7 biji apam. Dalam pinggan untuk Kak Ton, dalam bekas untuk Kak Fati.

Mama buat Roti Lasagna juga, guna je bahan-bahan yang ada kat rumah. So cheese yang ada hanya cheesedale slice je...dia punya tarikan cheese tu tak umphhh sangat. Next time kita guna cheese yang sepatutnya iaitu mozarella or parmesan shredded... Mama cuba resipi di SINI.

Lapisan lasagna yang sangat tebal, makan seketul dah kenyang. Next time, buat dua lapis sahaja.

Mama sempat masak Ayam Grilled Sos Pedas Korea juga. 😋


Hari ini cuti Hari Pekerja bawa ke depan. 😃😄


11 Ramadhan 1441H ~ 4 Mei 2020
Giliran Mama kerja di pejabat hari ini. Sampai rumah dah pukul 5 petang. Nak berbuka dengan apa kita hari ini? Mama ternampak pisang lebihan buat apam bakar semalam. Cekodok pisang sajelah yang Mama sempat hari ni ye...tapi juadah berbuka jadi bertambah juga hasil pemberian jiran-jiran, Alhamdulillah. 👐


12 Ramadhan 1441H ~ 5 Mei 2020
Stok roti sandwich banyak, so terjadilah Puding Roti Marble. Namun, masa nak berbuka, penuh satu meja dengan kuih kosui by Kak Ton, mee hailam by Kak Fati, seri muka, koci dan vadey yang Baba beli bila dia keluar beli air khatira.

Mama guna resipi Cikgu Edry Shaszlin di FB Kelas Online Berbayar Puding Custard Cocktail

13 Ramadhan 1441H ~ 6 Mei 2020
Puding Roti Marble semalam masih ada lagi. So, jangan membazir. Tak perlu buat kuih lain lagi. Mama masak bihun tomyam untuk tambahan juadah berbuka. Sama seperti semalam, masa berbuka ada je tambahan juadah lain... kuih ketayap by Kak Ton dan spaghetti carbonara by Kak Zana. Alhamdulillah 👐


14 Ramadhan 1441H ~ 7 Mei 2020
Mama ulang lagi buat Butir Nangka, kuih feveret Mama 😀😁. Hari ni kita skip makan nasi. Seperti biasa, meja makan penuh juga dengan juadah pemberian jiran-jiran. Ada roti canai, bihun soto dan tomyam. Mama masak spaghetti bolognese untuk santapan selepas terawih, tetapi dah kena ngap masa berbuka... 😂😂😂


Berwarna-warni 😉😊😋

Meleleh sampai ke dagu 😆



Done minggu kedua Ramadhan. Insyaa Allah minggu depan Mama update lagi. Bye... 😘

Jumaat, 1 Mei 2020

Ramadhan Kareem 1441H / 2020 ~ Minggu Pertama

Ramadhan tahun-tahun sebelum, kita sekeluarga mengamalkan berbuka di masjid. Mama akan memasak sedikit juadah kuih-muih atau membelinya di bazar Ramadhan untuk berkongsi bersama-sama dengan muslimin yang turut sama berbuka di masjid. Masak sendiri tu memang boleh kira dengan jarilah, banyak kali beli je kat bazar... 😅😏

Tapi Ramadhan kali ini sangat berbeza. Ramadhan tahun 2020 ini, kita semua kena duduk rumah, patuhi arahan PKP. Solat jemaah dan solat terawih semua kat rumah. Bazar Ramadhan pun takde...jadi masaklah sendiri. 😅

Semenjak 1 Ramadhan, Mama tak pernah miss buat satu jenis kuih. Terpaksa buat, kena buat...selain untuk santapan family, Mama kena pulangkan pinggan jiran-jiran, Kak Ton dan Kak Fati... 😁. Berkat Ramadhan sempena PKP ni, sebab semua orang berbuka kat rumah je, jadi amalan bertukar-tukar juadah berbuka, dah jadi acara wajib antara rumah kita, Nek Ton dan Kak Fati.

Jom recap kuih-muih yang Mama telah sediakan sepanjang 1-7 Ramadhan 😉😋

1 Ramadhan
Mama bersilat dan tikam-menikam di hari pertama berpuasa ni... buntu memikirkan menu apa yang nak buat berbuka. Al-maklumlah, jarang-jarang masak... 😌🤭 Maka terjadilah kuih Lompat Tikam, kuih tradisional Kelantan. Tok Pa amat menggemari kuih ni. Mama ingat lagi dolu-dolu, kalau Papa pergi Pasar Besar Pasir Mas, mesti dia beli kuih ni... teringat kat Tok Pa dan Nek Mi puasa tahun ni sebab tak boleh berpuasa sama-sama di awal Ramadhan. 😢


Resipi dan cara-cara di SINI

2 Ramadhan
Mama buat kuih Onde-onde dan Butir Nangka. Kuih tradisional Kelantan juga...Ini kuih wajib setiap kali Ramadhan. Takde gambar nak letak sebab kuih dah biasa buat, so takdelah teruja sangat nak snap 🤭

3 Ramadhan
Order murtabak cheese dengan Kak Ummi. Kena support bisnes kawan² tambah² lagi musim PKP ni.

4 Ramadhan
Seri Muka yang kurang berseri sebab lapisan pulut kurang masak... Ada² saje masalah mama kalau masak kuih muih ni, mesti ada yang tak kena. Tapi yang ini Mama tau kenapa, sebab Mama derhaka dengan resipi asal 🤭. Mama tak rendam beras pulut tu selama 3-4 jam macam yang tok guru Malina Lina Pg buat.


Resipi dan cara-cara di SINI

5 Ramadhan
Hari ni Mama masak kuih tradisional Kelantan juga... Kuih Puteri Mandi atau dikenali juga dengan nama kuih Kepek Hidung. Kuih paling senang buat, gerenti jadi 😁.

Sedondon dengan tudung saji 😂

6 Ramadhan
Ini baru hari ke-6 puasa, tapi Mama dah buntu nak masak kuih apa. So, jadilah Agar² Santan dan Agar² Gula Melaka. Mama buat juga Roti Pizza simple.


Untuk tips agar-agar santan dan agar-agar gula melaka jadi cantik boleh lihat SINI dan SINI . Mama dah follow satu persatu resipi dan cara yang ditunjukkan, tapi masih tak cantik macam yang tok guru Malina Lina Pg buat. Mama punya agar-agar, nipis je lapisan bawah tu, senipis kulit bawang. Mungkinkah selepas ni Mama kena kurangkan santan?

7 Ramadhan
Buat kuih tradisional Kelantan lagi... Pulut Sekaya Telur. Mama masuk dapur awal hari ni, jadi masih ada masa untuk buat satu lagi menu kuih. Nasi semalam banyak lebih, so Mama buat Apam Nasi.


Resipi Apam Nasi di SINI
Resipi Pulut Sekaya Telur di SINI

Ada cerita di sebalik kuih Apam Nasi ni... Usai memproses adunan, Mama perap adunan dalam bekas bertutup. Selesai solat Asar, Mama masuk dapur, ini yang terjadi...😲

Lain kali kena guna bekas yang lebih besar 😅

Done minggu pertama Ramadhan. See you soon... 😘

Isnin, 27 April 2020

Tahun 2020 yang akan meninggalkan 1001 kenangan...

Assalamualaikum Dear Diary,
Walaupun kau dah lupa padaku, please bear with me... 😉

Last posting di sini pada 2 Mac 2019... maksudnya dah lebih setahun Mama tak update apa-apa di sini. Alasannya bukanlah takde masa, tapi sangatlah takde idea! Hahahaaaaa...

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama yang bermula 18 Mac 2020 lalu telah bersambung-sambung sampai fasa keempat dah, Mama masih dalam mood malas sebab takde idea nak tulis apa, tapi hari ini ketika Mama merajinkan diri untuk memurnikan storage handpone Mama yang berat sangat dah tu, Mama terlihat gambar-gambar family yang banyak sangat kat dalam tu yang perlu di transfer ke dalam medium yang lain iaitu pendrive...hihihiiiiiii apa la yang Mama mengarut ni, takde idea sangat dah ni....

Haaaa....belum cerita lagi tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan? Belum pernah lagi Mama terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order ni sepanjang usia Mama 42 tahun...tiba-tiba di tahun 2020 ni, kita semua rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia terlibat dengan satu kejadian penularan wabak pandemic dikenali sebagai Corona Virus atau COVID-19 yang telah mengorbankan seramai 98 orang rakyat Malaysia semasa Mama menulis ni... Jumlah kematian akibat wabak COVID-19 melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah. Wabak ini diisytiharkan pandemic sebab penularannya ke seluruh dunia. Virus ini mula-mula ditemui di pasar di Wilayah Wuhan, China.

Dolu-dolu, masa Mama sekolah rendah, kerajaan pada masa tu telah mengilhamkan satu wawasan untuk mewujudkan negara berdaya maju iaitu Wawasan 2020. Tak sangka tahun 2020, kita semua kena duduk dalam rumah je, tak boleh keluar #jangetubik. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.

Jadi, PKP ini dilaksanakan untuk membendung penularan wabak ini. Semua orang kena duduk dalam rumah je #StayAtHome. Untuk beli barang keperluan, ketua keluarga seorang je yang boleh keluar. Nasib baiklah Baba dah biasa shopping barang dapur, so takdelah dia tertukar beli selabu bawang putih dengan sebiji labu...hihihiiiii 😁

Mama work from home. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini, Mama tak masuk pejabat langsung. Rasa diri sangat under-utilized...  Sekolah semua tutup, anak-anak belajar di rumah. Ini paling susah Mama nak manage sebab buat keje sekolah sekejap, dah tido. Kalau main handphone, sampai pukul 2 pagi masih cerah biji mata. Nuha je yang ada inisiatif sendiri siapkan semua kerja sekolah yang cikgu share kat grup WA kelas, tak perlu Mama suruh 2-3 kali.


Kerja rumah Bahasa Inggeris Nuha. 

Berbalik kepada gambar-gambar yang kena pindah ke pendrive tadi tu, jadi bila tengok gambar-gambar tu, Mama terpaksa merajinkan diri untuk buat another pages of School Holiday 2019 memandangkan semua gambar holiday kita sebelum ini setiap tahun ada. So, for the sake of remembrance...

Sabtu, 2 Mac 2019

Atif pun dah bersekolah...


Pengakuan jujur di hari pertama persekolahan. 💓😘
Mama ingatkan anak ini yang paling senang urusan masuk tadika...
rupa-rupanya... 😅😅😅


So long since I've been here...
Still remember me Dear Diary?

Mama rajinkan diri untuk mencoret kisah sesi persekolahan Atif di Tadika Al-Amin. Sungguh tidak adil kalau takde kenangan Atif bersekolah tadika di sini sedangkan Abang Ajmal dan Kakak Nuha semuanya ada...

Tahun 2019, Atif mula bersekolah di Tadika Al-Amin. Umur Atif 5 tahun, sama umur dengan Kakak Nuha masa kakak masuk sekolah tadika. Abang Ajmal je yang masuk tadika seawal umur 4 tahun.

Mungkin simptom anak bongsu, Atif sangat manja. Minggu pertama ke sekolah, masih bersemangat dan ceria. Masuk minggu kedua, dia buat muka senget...(sengetkan mata sebelah kanan dan mata mula berair). Mama dan Baba cannot stand that look...kami pun sedih...

Beberapa kali juga Atif tak ke sekolah just because we were carried away by his sadness...bila Mama suruh dia mandi, dia minta peluk dan mula menangis teresak-esak, Mama tak mampu untuk marah bahkan turut sama sedih. Baba lebih-lebih lagi, dia tak boleh tengok muka sedih Atif tu, hati tersentuh gitewwww. So, Atif tak hadir lagi... seminggu dua hari je kot pegi sekolah..tiga hari lagi duduk ngan Mama Shah atau ikut Baba pegi work...

Then, after confirm dia tak payah ke sekolah hari tu, mood dia bertukar ceria dan happy and willingly took his bath and talked about having breakfast at Mamak's... 😅😏

Setiap pagi dia berdrama...tak boleh jadi ni...so kami berbincang dengan Mama Shah dan keputusan dibuat untuk menghantar Atif seawal 6.30 pagi ke rumah Mama Shah, let Mama Shah yang uruskan Atif ke sekolah. So, dengan Mama Shah, Atif tak boleh berdrama sangat...jadi berjayalah Atif ke sekolah 5 kali seminggu dan masuk awal kerana van sekolah yang ambil dan hantar ke sekolah. Sebelum ni, kelas masuk pukul 7.30, Baba hantar Atif pukul 8.00..huhuuuuuuu, memang selalu masuk senarai murid datang lewat. 😞

Sekarang ni, Atif makin berubah. Hujung minggu bila Mama ada di JB, dia rajin scribble everything yang dia belajar kat buku...baru pandai tulis huruf a,b, i dan u, dah kenal nombor dan boleh kira in english sampai twenty. Tulis nombor pula pandai tulis nombor 1 dan 2 je... 😄

It's ok Atif... as long as Atif dah boleh adapt kat sekolah, Mama dan Baba lega sangat dah... Semoga Atif terus ceria dan suka ke sekolah. Insyaa Allah, aamiiiin.

Hari pertama persekolahan... Muka ada manis juga 😅


Hari pertama, belajar naik van sekolah.

Peminat tegar pistol....main lego pun buat pistol 😄


Muka sedih...tiap-tiap hari request Baba ambil dari sekolah. 😢

Kalau balik Baba ambil, Baba bawak gi ngeteh 👍

Be happy Atif!!! 💪💪💪

Ahad, 14 Oktober 2018

Akhirnya Mama alaminya juga...

Mama kena catatkan peristiwa ini... supaya tak terlupa yang kita sekeluarga pernah terpaksa berkorban demi sebuah kehidupan. Chewwaaaaaaahhh...

Mama telah ditukarkan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Johor Bahru ke APMM Zon Maritim Batu Pahat berkuatkuasa 1 Ogos 2018. So, semenjak 1 Ogos 2018 sehingga ke entry ini ditulis, Mama telah berkhidmat di Batu Pahat di mana ada hari-harinya Mama ulang alik setiap hari menghabiskan duit minyak dan duit tol dan adakalanya Mama stay di bilik sewa di Taman Soga, Batu Pahat bagi mengurangkan perbelanjaan minyak dan tol.

Pada hari-hari Mama bermalas-malasan di rumah sewa di Batu Pahat, baring-baring sahaja tanpa membuat apa-apa layan drama Korea, tunggu masa nak tidur sahaja, Baba di Johor Bahru yang akan menguruskan semua hal anak-anak termasuk menghantar anak ke rumah pengasuh, menghantar anak ke tempat mengaji dan membasuh baju anak-anak. Mama akan balik hari Isnin dan hari Khamis ke JB. Sampai bila keluarga kita akan menjalani kehidupan sebegini??? 😕

Setiap kali Mama stress dan rasa sedih, rasa nak menangis, rasa tak berdaya, Baba akan tenangkan hati Mama dengan kata-kata " Sabar Mama, Allah nak bagi dugaan kecil je ni. Selama ni Allah bagi kita senang, urusan hidup mudah... So, untuk dugaan sekecil ini, bertabah dan terimalah dengan redha".

Soalan semua orang, "Puan dah pindah Batu Pahat, semua pindah ke? Anak-anak tukar sekolah ke? Jual ke rumah kat JB? Belilah rumah kat Batu Pahat pula...."

Jawapan Mama, "Saya sewa bilik je kat Batu Pahat. Anak-anak masih di JB, suami yang jaga dan uruskan anak-anak. Susahlah nak tukar sekolah anak-anak tengah tahun ni...lagipun, saya tak pernah terfikir yang anak-anak kena tukar sekolah ke sana sini setiap kali saya kena pindah. Sekejap je saya kat Batu Pahat ni...."

Jawapan ini menunjukkan Mama memang berharap sangat bila Mama naik pangkat nanti, semoga akan ada kekosongan gred jawatan Mama di Johor Bahru, Insyaa Allah...

Nasib baiklah jarak Johor Bahru dan Batu Pahat ni 2 jam perjalanan sahaja...


Sabtu, 13 Oktober 2018

Sejarah Gigi Susu Anak²

Stressnya Mama memikirkan proses pertumbuhan gigi anak²..

Gigi susu diorang ni kukuh sangat sehingga gigi kekal dah keluar, gigi susu masih tak goyang. Keadaan ini menyebabkan gigi kekal diorang tumbuh tak cantik, tak tersusun..tumbuh berlapis-lapis macam gigi monster. Ajmal dan Nuha alami masalah yang sama.. Atif nanti tak tahulah...

Gigi susu anak² kukuh, masa kecil Mama ngan Baba bangga gigi anak² tak rongak, tak hitam, tersusun cantik je.. Masalah muncul bila gigi kekal mula tumbuh sedangkan gigi susu masih tak tercabut. Semua gigi susu kena pergi dental untuk dicabut. Gigi yang dah bergoyang sikit² tu, dentist guna krim pink tu je untuk kebaskan sebelum cabut. Tapi, bagi gigi yang betul² kukuh tak bergoyang langsung terpaksa dicucuk bius. Kebanyakan masanya, Ajmal dan Nuha memang kena cucuk lah... 😫😫

Semalam, bawa Nuha jumpa dentist, cabut gigi depan yang dah goyang. Dalam masa yang sama, dua batang gigi kekal bahagian bawah sudah mula memunculkan diri.. Dentist nasihatkan gigi susu yang masih belum tercabut perlu dibuang supaya gigi kekal dapat tumbuh kat tempat sepatutnya. Nak cabut sekaligus tiga batang gigi Nuha semalam, macam kejam sangat...risau dia trauma pulak. 😓

Mama rasa, kalau macam ni masalahnya, tak payahlah jaga sangat gigi susu anak²... Biarkan je anak² makan gula-gula, tak payah gosok gigi, biar gigi rongak, biar gigi cepat tercabut..hmmmmmm

Mama bukannya ada duit banyak nak betulkan gigi anak, nak pakaikan braces pula bila diorang besar nanti sebab gigi tak tersusun...adoilaaaaa... Dilema mak² betullaaaa... 😌😌😌

Nuha rongak 😋

Happy Hour...

Happy Hour...
with cousins.... Abg Danish, Mya dan Yaya

Sayangsssss.....

Sayangsssss.....
Asyik menonton Monster House ~kali ke-10~

Kesayanganssss

Kesayanganssss
Dah besar anak-anak Mama 😍😘🥰


School Holiday 2015

School Holiday 2015
@ Chengal Hill Retreat Kg. Janda Baik

@ Le Village Beach Resort Kuantan

@ Le Village Beach Resort Kuantan
Mama bertanding menembak, Baba temankan anak2. Tiap2 hari request nak mandi kolam. Baba sampai demam sebab boring...

Apple of my eyes..

Apple of my eyes..


Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama

Hurin Ain.. Bidadari Baba & Mama
10/03/2008 - 25/03/2008. Al-Fatihah. Semoga kesayanganku menjadi bidadari syurga.

First Momento

First Momento
Wajah tulus mulus anak-anak di hari pertama kelahiran...

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

Anugerah & Amanah Allah untuk Baba & Mama

I love all of you to the moon and back!

I love all of you to the moon and back!

Merempit dengan Baba

Merempit dengan Baba

Back to TOP